Saturday, January 30, 2010

Data ohhh Data!

 

Aku suka kerja ikut time line..senang nak mengatur gerak! 
Hari ini adalah hari terakhir untuk update Data sekolah, bagi guru-guru data, hari ini adalah hari paling meletihkan kerana Kutipan Perdana bagi data akan dilakukan pada 31 Januari 2010. Pengalaman aku sebelum ini semasa aku berada di sekolah lama sememangnya memudahkan kerja-kerja yang sedang aku lakukan tetapi kekangan masa dan mempunyai priority dan komitmen lain menyebabkan aku menerima panggilan dari Boss ICT Batang Padang pada 10.55 am pepagi hari!. Ketika itu aku berada di kaunter No 46 LCCT untuk check in bagi penerbangan ke Langkawi (Walamak..WHW 84 kena saman parking!)

Dari LCCT aku terus ke Putrajaya kerana menyelesaikan urusan pemohonan surat kebenaran dari Unit Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Memandangkan aku tiba tepat 12.15 pm, maka aku tahu urusan aku bergantung kepada kelicikan aku menggunakan kemahiran soft skill untuk memastikan suratdapat dikeluarkan pada masa yang  dinginkan. Alhamdulillah, surat dasar itu selewatnya ialah pada hari Selasa 2 Februari akan difaxkan ke pejabat Dekan IPS, UPSI! walaupun pada awalnya Ketua Penolong Pengarah, En Shazali telah berjanji surat akan difaxkan petang ini juga...hmmm...!

Dari Putrajaya, aku merempit ke Low Yat untuk memenuhi keinginan si Tuan Pengarah! Akhirnya barang yang dicari ditemui dengan harga yang sangat murah....apalagi..borong le aku! Janji Tuan Pengarah sain check...hihihihih...

Dan akhirnya mak tersayang menghantar sms...sebab dah lama aku tak balik le tu..."kalau bosan..balik le ke Taiping!"...hmmm...aku sememangnya kena balik..Dr Foo punya appointment pun dah lewat dua minggu! Tapi aku tak sempat menjawab sms tu sebab aku terlena di R&R Rawang pada pukul 4.10 pm! 

Bila tersedar teringat pula file Jadual Waktu guru yang tertinggal di makmal ICT di sekolah, maka ke sana pula le aku, demi Bos aku di unit ICT, PPD Batang Padang, aku target semua kerja aku selesai sebelum jam 12 tengah malam (kang aku tukar pula jadi Cinderella...jenuh pulak nooo...!)

Akhirnya tepat 11.53 pm, aku menghantar sms kepada Boss aku "Salam, Data SMKA is done and finished!"
dan dibalas kembali dengan ringkas..."Tq"! 

sekarang....melahu pula leee sementara tunggu mood untuk mengadap projek aku!!



No comments: