Seharian hari ini, aku cuba menyiapkan segala persediaan utkk program yang tinggal hanya beberapa hari sahaja...memandangkan esok ada program yang bakal memakan seharian masa aku maka perancangan yang jitu agar semuanya nampak cantik perlu dilakukan!
Kadang-kadang ada masanya aku berdepan dengan manusia-manusia yg hanya mampu mengarah tanpa ingin mengangkat sebatag jari. Memang merimaskan! Dan ada pula yang merasakan mereka sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan tanpa memikirkan akan ada aspek dalam pengurusan yang memerlukan kepakaran dari pihak lain...Memang menjelekkan! Ada pula yang suka kerjanya disusun atur agar dia nampak bagus..memang membosankan!
Pendekatan aku merangkumi semua itu, agar aku dapat menyelami semua keadaan dan aku dapat bersedia dari semua penjuru! Pengalaman lepas memang memainkan peranan tetapi aku suka bergerak di atas platform baru sebab aku sentiasa menjadi budak baru belajar! Tetapi berapa ramai yang sanggup begitu? Baru belajar perkara lama dengan pendekatan yang mengangkat kita ke satu tahap yang lebih baik dari pengalaman lepas!
Ye laaaahhhh.. kebanyakan orang nak yang mudah je dan kalau boleh datang bergolek ke depan mereka!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment