Hari ini adalah minggu kedua pelajar Tingkatan Satu mengikuti program minggu orientasi dan suai kenal di SMKA Agama. Inilah antara masa kritikal yang menentukan kekuatan minda dan kekentalan jiwa mereka untuk mengharungi kehidupan berjauhan dari kedua ibu dan bapa. Nampak gayanya bila aku bersua wajah pada hari terakhir untuk slot aku, pasti kami akan bertukar senyuman dan saling mengerti timbal balas tindakan aku pada hari ini terhadap mereka.
Seperti tahun lepas, aku masih memegang rekod antara guru yang paling sukar untuk mereka mendapat tandatangan. Sekadar memasak jiwa mereka agar benar-benar mengenali guru-guru di sekeliling dan membentuk hubung jalin yang mesra! Kadang-kadang bila dipandang mata mereka yang masih memerlukan belaian manja dari ibu bapa, aku cuba memahami dan mengerti apa yang mereka lalui dan apa pula rasional tindakan kedua ibu bapa mereka menghantar mereka ke asrama. Adakah untuk memudahkan urusan kedua ibu bapa mereka dengan keadaan kurangnya pemanatauan harian dan meletakkan beban itu kepada warden asrama atau mereka ingin anak-anak mereka membesar dalam suasana yang lebih teratur dan terancang berbanding di rumah kerana mereka tidak mampu menyediakan suasana sedemikian? Adakah ini juga punca kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak mereka sehingga menyumbang kepada banyak masalah sosial?
Namun begitu, aku sering melihat dari sudut positif agar keadaan yang berlaku diseimbangkan dengan suasana yang memerlukan pihak ibu bapa dan pihak guru bergandingan demi kejayaan anak-anak!
Harapan aku seperti selalu ialah apabila aku berusaha mengukir kejayaan untuk anak orang, anak aku juga menerima layanan sebegitu dari guru-guru di sekolahnya!
Anisa juga sedang meniti kehidupan remaja dalam suasana yang memberangsangkan. Semoga pengalamannya di sekolah akan membentuk peribadi yang kental jiwanya juga!
Bagi pelajar-pelajar Tingkatan Empat aku untuk tahun ini, nampaknya Bahasa Inggeis mula mengambil tempat di hati mereka dengan pendekatan-pendekatan baru yang aku bawa. Menggunakan tahap aplikasi dalam pembelajaran menjadikan mereka mampu meneroka dunia baru dengan pengalaman sedia ada. Komputer baru yang diterima di makmal ICT menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Tambahan pula talian internet yang semakin stabil menjadikan penerokaan ke alam maya lebih menyeronokkan!
Pendekatan pertama ialah meneroka dunia blog...lepas ini mereka akan belajar teknik menapis maklumat dan mencari maklumat yang diperlukan. Ini untuk memudahkan mereka menyaring setiap maklumat yang diterima agar mereka tahu kepentingan maklumat yang diterima dan bagaimana maklumat itu diolah semula untuk kepentingan mereka.
3 comments:
hye.....remember me teacher
yes....i've got it...
pleas teach me about this blog.....i want to know all about this blog..
Post a Comment