Melakukan rutin dengan pendekatan yang berbeza!
Aku baru sahaja selesai Program Teachers as Intellectual Leaders in Schools and Community.
Terima kasih pada semua barisan yang membantu merealisasikan Program ini. Terutama pada sumbangan tenaga dan idea yang mencurah-curah! Yang terbaik pastinya dari Anda dan yang kurang pastinya dari diriku sendiri.
Refleksi aku:
Ini bukan kali pertama aku melakukan perkara sebegini! Sampai satu tahap aku inginkan kelainan..dan aku gunakan platform yang berbeza. Mendekati rutin sebuah program dari sudut setiausaha! Satu dunia yang berbeza dan baru, buat aku yang sentiasa menjadi pembuat keputusan!
Pegangan aku tetap satu, setiap program yang aku anjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua yang terlibat kerana itu ada ruang dan peluang untuk kita menimba ilmu. Untuk satu kejayaan ia memerlukan sokongan dari semua orang. Rasanya aku tetap berpegang pada The 100th Monkey. Tak kisah lah berapa lama masa yang bakal aku ambil dan aku tak pernah peduli dengan apa pun tanggapan yang dilemparkan kepada diri aku. Apa yang pasti ialah aku bukan seseorang yang sentiasa mencari peluang untuk diri sendiri dan aku belajar membuka peluang untuk mereka yang berada di sekeliling.
Dari setiap program yang dianjurkan, kecil atau besar, semuanya punya ilmu yang tersendiri. Aku tetap menyimpannya kemas dalam kantung pengalamanku. Pasti berguna dan pasti digunakan.
Kali ini aku diperkenalkan dengan perkataan 'setiakawan'! Sayangnya aku tak pasti adakah sesuai kewujudan setiakawan dalam pelaksanaan program apabila setiap tindakan yang diambil diletakkan dalam suasana yang negatif semata-mata untuk mewujudkan sikap lebih teliti dalam diri aku. Mungkin itulah ilmu yang aku pelajari..tapi belum jumpa saat dan peluang untuk diaplikasikan. Mungkin dalam Program yang selanjutnya!.
Selepas ini aku akan sibuk dengan Program Kecemerlangan Akademik SMK Agama Slim River. Dengan bermodalkan grant yang kedua..aku cuba merangka program yang lebih mantap! Mungkin kerana aku sendiri yang mengarah dan menentukan arah tuju, maka lebih mudah untuk aku menggarap dengan acuan aku sendiri! Paling penting, aku tahu apa yang aku mahu, dan aku tahu bagaimana mendapatkan apa yang aku mahu tanpa bergantung dan berharap pada orang lain.
Selesai sahaja menyediakan perjalanan program itu, aku akan membiarkan kaunselor sekolah yang amat berpengalaman untuk menguruskan segala clerical work yang perlu diteruskan kerana aku perlu menyelesaikan Thesis aku sebelum bulan June kerana perancangan seterusnya harus dijalankan sebelum bulan 8. Perancangan ini perlukan penelitian yang jitu kerana ia melibatkan masa depan dan di mana bakal aku berada pada 2011. Beberapa pilihan berada di tangan tetapi aku masih berusaha untuk menjamin Thesis aku dihabiskan dengan sebaik mungkin kerana ketika itu, keputusan sudah pasti mula bermain2 di minda ku!
Prinsip dan pegangan sangat perlu agar kita sentiasa berada di laluan yang tepat. Pelaburan kita pada hari ini adalah jaminan kita di dunia sana. Aku bukan seorang yang hebat bercakap bab keagamaan tetapi aku yakin dengan usaha dan tindakan kita, ia adalah seiring dengan kehendak Islam yang satu. Memang kita akan tersadung dan tersilap langkah namun kita tetap akan bangun dan betulkan apa yang perlu. Lakukan apa jua seikhlas dan terbaik mungkin kerana bukan kita yang menilai dan menentukan! Semuanya adalah dengan izinNYa jua...
Motto aku ~ Ikhlas, Telus dan Adil...dacing aku tak akan berat sebelah!