Monday, February 8, 2010

Mencipta Kecemerlangan

Hari ini adalah hari yang penuh pengisian...

Aku dan Kak Ros (guru praktikum NPQH) merancang beberapa program kecemerlangan bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk guru. Kami berdua brainstorm beberapa idea dan akhirnya dapatlah kami buatkan list. Antara program yang telah dirancang ialah:

1. Legasi Guru SMKA
2. Susur Kejayaan
3. Hikmah di sebalik kata-kata
4. Memahami Headcount
5. Teambuilding Guru

Pembangunan Fizikal sekolah sangat penting untuk persekitaran yang kondusif bagi para pelajar. Oleh kerana persekitaran sekolah memang memerlukan perhatian, maka aku dan kak Ros merancang untuk memberi fokus kepada kawasan yang menjadi laluan utama pelajar supaya bahan-bahan yang bakal dipamerkan itu dapat memberi manafaat kepada pelajar. Contohnya, Legasi Guru SMKA adalah gambar guru yang mengajar di SMKA dengan kata-kata hikmah agar menjadi perangsang kepada pelajar. Manakal Susur Kejayaan adalah profil pelajar SMKA yang telah mencatat kejayaan setelah meninggalkan sekolah. Mereka akan menjadi role model agar pelajar mempunyai idol yang mereka contohi. Profil ini akan dipasang di susur-susur laluan pelajar.

Beberapa dinding yang nampak suram akan dipenuhi dengan ayat-ayat berupa hikmah di sebalik kata-kata kerana kekosongan yang wujud di sekolah perlu diisikan dengan kata-kata perangsang yang positif.

Dalam masa yang sama, program kecemerlangan untuk guru turut dirancang. Memahami Headcount adalah aspek yang sangat penting bagi seorang guru untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajarnya. Namun begitu aspek ini masih tidak diberikan perhatian, maka aku merancang untuk memberi pendedahan kepada guru akan kepentingan Headcount. Selepas itu, satu program kekeluargaan dirancang untuk merapatkan jurang dengan Teambuilding. Program ini akan dibuat di luar sekolah. Setakat ini, tempat  yang dirancang ialah di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Harapan aku, garapan aku dan Kak Ros akan membuahkan suasana positif dan menghasilkan gandingan yang mantap demi kejayaan sekolah...

No comments: