Sunday, September 27, 2009

Mencipta Kebijaksanaan

Pertama kali aku bersua dengan MI ialah semasa aku mengambil kelas ini di semester satu di UPM pada tahun 2007. Antara bacaan aku adalah melalui Francis Bacon dan Howard Gardner. Rasanya inilah yang menjadi tunjang dalam pengajaran di sekolah dan pendidikan anak-anak di rumah.

Walaupun renyah tetapi memang berbaloi. Kemudian aku mengambil kertas "Readiness in Critical Reading" juga dalam tahun yang sama. Dalam kelas ini aku didedahkan dengan aspek kesediaan seseorang untuk menerima input dengan berkesan. Ibarat mencari "the right timing".

Kesimpulan aku ialah semua ini memang wujud dalam kehidupan kita. Tetapi kita tidak pernah memikir dan mengaturcara keadaan-keadaan bersesuaian dengan kesediaan dan MI.

Setakat ini 3 projek aku boleh dikatakan agak berjaya.

Bagaimana keadaan ini berlaku? Melalui penetapan objektif, perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Apa yang paling penting ialah kita memahami setiap proses yang berlaku dan apakah output terhasil dari proses tersebut. Bunyi macam Lab experiment pulak tetapi sebenarnya tidak! Semuanya berlaku hanya dengan kitchen experiment.

Dan apa pula akan berlaku bila MI digabungkan dengan pintar cerdas?

Antara konsep dan realiti

Seketika aku bersama dentist!

Selalunya nyonya ni akan bercerita tentang buku-buku yang dibacanya sambil membetulkan braces aku. Kali ni dia berkongsi tentang sebuah buku buddism. Aku tertarik antara penceritaannya tentang memahami konsep dan melihat realiti melalui anekdote yang cukup simple.

Cuba kita ambil sekarung pasir dan gantungkan. Kemudian buatkan lubang kecil di hujung karung pasir itu. Lihat lah bagaimana butiran pasir yang keluar dari karung itu membentuk satu talian halus sambil di tiup angin. Sememangnya kita hanya melihat kepada talian halus yang terbentuk seolah-olah seutas benang terbuai-buai dek bayu. Namun realitinya, seutas benang itu ialah butiran pasir halus.

Di sini terletak kekuatan minda kita untuk menerima yang mana yang dibentuk secara konsep dan yang mana terbentuk secara realiti di antara seutas benang yang tidak pernah wujud tetapi itu lah yang dipandang dalam minda kita berbanding butiran pasir yang halus yang langsung tidak kelihatan pada mata kasar.

Dalam kehidupan selalu kita terpesong dengan konsep sebegini, selalunya apabila kita terlalu menginginkan sesuatu sehingga kita mengenepikan realiti yang benar-benar berlaku. Kita memesongkan minda kita kepada mempercayai kepada konsep yang langsung tidak wujud semata-mata untuk membentuk apa yang kita ingini.

Wajarkah sebegitu, apabila banyak pembolehubah lain dalam realiti yang perlu dipertimbangkan sebelum kita melangkah dalam dunia ilusi?

Saturday, September 26, 2009

Thursday, September 17, 2009

Tempoh Bertenang

Jom balik raya...heheheh! Tempoh bertenang bersama ahli keluarga tersayang. Dalam kepala dah mula membayangkan bagaimana nak pujuk abah buat lemang kegemaran aku...lemang campur jagung!!! Sedap oooo kalau lawan pulak dengan rendang tok atau rendang pedas (mak aku sure buat dua-dua!)

Aku pulak dalam kesibukan dengan assignment jadi satu cara nak relax waktu raya ialah main remote control! Akhirnya mak aku dapat oven elektrik! So kompom dapatlah berbalang-balang buah tangan dari Tepen bila nak balik Tanjung nanti! yang penting Tat nenas dan biskut suji dah siap....hehehehehe! yang penting jangan lupa bawa balik balang kosong dari rumah aku untuk isi bekalan...Bab baju raya lagi sempoi untuk tahun ni! Memandangkan semua dah disiapkan awal-awal lagi...memang aku bertenang je, cuma memastikan keperluan-keperluan yang perlu sahaja...Lagipun raya sehari je...ada 363 hari lagi nak ngadap.

Alkisah esok cuti khas, maka lagi mudah merancang perjalanan. Tahun ni panggilan Tepen memang kuat sebab ada projek Kek Chocolate dengan adik aku....as usual aku tukang buat, dia tukang jual...mak dan abah serta anak-anak dan anak sedara tukang merasa habuan nya nanti.

Tahun ni aku suka! Sebab raya aku memang sempoi...Balik raya kembali bergelumang dengan buku-buku dan exam papers. Begitu juga beberapa projek profesional yang telah dirancang dan hanya menunggu untuk dilaksanakan sahaja.

So...Selamat Hari Raya buat semua pengunjung blog ini, begitu jua semua yang berada di luar sana dan paling penting buat semua yang aku sayang dan semua yang menyayangi aku! Maaf Zahir dan Batin, Halalkan semua tutur kata dan tulisan yang menyinggung perasaan! Drive Safely k...

Sunday, September 13, 2009

Wanita Ini...

 
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "...i letih

la..dah lewat ni, i nak tido lah...."


Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk
pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok...nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,
papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel....towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle... ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo
coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ...pakai toner...pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak... huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2... kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle.. dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya... sampai bawah meja makan pun  ade... adoi.. ...ok dah ... ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams... aaahh... sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9..30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??


Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK


KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...


Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi


kerana memahami mereka...well, women understand women better...


foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak,
isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Friday, September 11, 2009

Lelaki ini...

 
1. Bila si dia sibuk....... .
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik.... .....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.


4. Bila si dia panas baran....... .
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......

Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... ....

Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. ....

Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... ..

Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....

Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......

Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah Diri

Apabila ketamakan menguasai diri sememangnya kita tidak mempu membuat keputusan yang sewajarnya malah kita terus berharap dan berharap sedangkan masanya telah tiba untuk kita berhenti dari terus melangkah. Kita pelu berhenti kerana langkah kita tidak lagi berpaksi kepada keperluan tetapi langkah yang penuh gah bahawa kita mempunyai kemampuan untuk melakukan yang luar biasa. Sayangnya hakikat yang sebenarnya ialah ketamakan itu disuntik ke dalam diri kita sebagai satu pentanda bahawa kita sudah lupa kepada tujuan asal kita melangkah..

Itulah  yang ditempuhi oleh diri aku dalam beberapa minggu kebelakangan ini! Penangan FOREX memang mengujakan tetapi sesungguhnya selagi aku gagal menguasai ketamakan dalam diri aku, selagi itu aku tidak akan dapat membuka pintu kepada dunia FOREX yang sebenarnya.

Persoalannya mampukah aku menutup ketamakan aku untuk memperoleh kunci kepada pintu itu? Pintu yang sememangnya mampu mengubah kehidupan apabila hanya setelah aku berjaya menguasai KETAMAKAN...

Penangan FOREX...aku gagal lagi untuk kali ketiga!

Dalam kehidupan juga begitu, pengharapan bukan satu kepastian selagi kita tidak dapat memahami mengapa kita membuat satu-satu keputusan malah keputusan itu pula bukan satu perjanjian bahawa tindakan kita itu adalah bertepatan dengan keperluan semasa...Fikirkanlah sebagaimana aku memikirkan bagaimana harus aku kuasai ketamakan yang membuak dalam diri ini...

Tuesday, September 8, 2009

Aku, Anak dan Peperiksaan

Hari ni dua peristiwa penting berlaku dalam hidup Anisa dan juga aku..
Pepagi lagi aku dah kelam kabut!! 
Memikirkan hari ni ada perjumpaan pertama dengan Pengarah JPN Perak yang baru dan juga hari pertama Anisa menduduki UPSR...Apa yang dapat aku simpulkan ialah keadaan dalam diri aku memang berperang antara menetapkan untuk terus mempertahankan orientasi peperiksaaan atau berubah kepada orientasi pembelajaran.
Oleh kerana Anisa bersekolah aliran cina maka sudah pasti untuk meletakkan harapan memang tidak ada tambah pula dia adalah pelajar LD (learning disability)...Namun apa yang pasti ialah dia dibesarkan tanpa memikirkan apa itu peperiksaan dan apakah kepentingan peperiksaan. Apa yang penting ialah kemahiran yang dikuasai. Teringat aku apabila semasa dia di darjah satu, guru kelasnya menyuruh aku menukarkan dia  ke sekolah aliran biasa kerana dia tidak mengenal ABC! Mungkin kerana Anisa tidak pernah menyebut bahawa maknya ialah seorang guru dan aku pula kalau ke sekolahnya selalu dengan Tshirt, jeans dan selipar...heheheeh..memang memberikan gambaran yang mak dan anaknya sama jeeee....Sehinggalah bila aku bersuara dan menjelaskan kepada guru kelas tu bahawa Anisa mempunyai masalah pembelajaran dek Disleksia. Apa yang mengejutkan aku ialah guru tu sendiri pun tak tahu amende tu disleksia...
Akhirnya aku sendiri memilih untuk membiarkan Anisa belajar mengikut kapasitinya tersendiri. Biarlah dia tidak sehebat pencapaian adik-adiknya tetapi dia mampu memahami apa yang dipelajarinya. Dan sebagai ibu bapa, apa yang perlu dilakukan ialah merancang perjalanan seterusnya agar walaupun perjalanannya perlahan, sukar dan berbeza, diakhirnya tetap membuahkan hasil tanpa meletakkan fokus pada peperiksaan...
Sayangnya perjumpaan aku dengan pengarah JPN Perak memang mengesahkan kekecewaan aku terhadap sistem pengurusan pendidikan yang bercanggah dari Kementerian. Ini kerana penekanan terhadap pelajar adalah hanya pencapaian akademik semata-mata sedangkan pihak kementerian begitu beria-ria pula untuk menumpu kepada pencapaian pembelajaran. Penat memikirkan hajatnya supaya semua warga SMKA perlu berusaha mencapai sasaran 60% pelajar mencapai straight A's dengan alasan pelajar itu masuk dengan rekod 4A dan 5A. 
Pengalaman aku sebagai pelajar dan pendidik meletakkan aku pada aliran pemikiran yang berbeza dengan Pengarah JPN kerana pencapaian peperiksaan tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pelajar kecuali sekiranya ada nilai survival dan kekuatan minda dalam menguasai setiapa masalah yang ditempuhi. Kenikmatan belajar bukan untuk dirasai bersama peperiksaan tetapi untuk dinikmati dengan kekuatan JERI secara keseluruhannya. Apa yang dilihat ialah pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan  selalunya berakhir dalam kapal yang sama dengan pelajar yang merangkak perlahan-lahan ke arah destinasi yang sama dan mereka terus mengecapi kejayaan demi kejayaan berbanding dengan pelajar yang pada asalnya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan...Adakah kerana mereka gagal memahami kekuatan dalaman diri mereka dan hanya mengira berapa A yang bakal dikutip sehingga mengenepikan pelbagai kemahiran yang yang perlu dikuasai sebelum meninggalkan dunia persekolahan mereka berbanding dengan pelajar yang menikmati dunia persekolahan mereka dengan meneroka perkara yang baru setiap hari dengan mengasah bakat yang ada dalam diri mereka?

Friday, September 4, 2009

Resolve vs Dissolve

Resolve: selesaikan
VS
Dissolve: hilangkan
Lelaki dan wanita adalah entiti yang berbeza terutama cara mereka memandang dan menyelesaikan masalah. Selalunya perbezaan ini wujud kerana perkara yang remeh bagi perempuan adalah penting bagi lelaki dan sebaliknya.
Alkisah perbualan ini boleh membuat kita memikirkan pendekatan yang kita gunakan untuk memahami kaum yang saling berbeza ini...
"Ala...lupakan aje...apa yang nak diingatkan lagi...tak sihat untuk perhubungan. Lagipun malasla nak layan hal-hal sebegini!" Sang Perwira berkata-kata.
"Susah nak lupa sebab benda ni macam tak selesai...kesannya masih terasa..nak buat macamana?" Luah si Puteri.
"Benda-benda macam tu tak payah lah nak dikenang-kenang, life goes on. Ingat dua tiga hari udahlah.." Sang Perwira terus mendesak.
"Faham, tapi nak buat macamana kalau dah asyik teringat, benda ni berkaitan dengan sensitiviti, perasaan, saya rasa...maka terkenang-kenang kenapa jadi sampai macam ni..Bila awak buat macam tu, rasa macam awak betul-betul mengenepikan apa yang saya rasa..." si Puteri cuba rasional kan pendiriannya.
"Hmmm....memanglah, tapi benda dah berlaku. Cuba tengok disebalik kejadian itu, pelajari apa iktibarnya. Ada benda boleh diambil berat dan ada yang perlu ditolak tepi"pujuk Sang Perwira meredakan keresahan si Puteri..
Wanita: seringkali ini memahami apa yang mencetuskan tindakan lelaki. Tetapi lelaki pula seringkali menganggap perempuan memperbesarkan perkara-perkara yang telah lama berkubur.
Lelaki: seringkali bertindak mengikut rasional keadaan semasa dan keputusan dibuat agar keadaan itu berada dalam kawalannya. Dan dia berharap wanita mampu menerima kesan dari tindakan dan keputusannya.
:: Masalahnya wujud apabila timbul situasi resolve VS dissolve:
Sang Perwira hanya ingin "dissolve" kan keadaan yang telah berlaku dengan menganggap ia sudah berlalu!
Si Puteri pula ingin isu itu di "resolve" supaya dia memahami kenapa tindakan sebegitu berlaku.
:: Persoalannya: bagaimana kedua pihak mampu menjadikan isu itu dalam keadaan "resolve AND dissolve" agar keduanya puas hati?
Mampukah kita?

Thursday, September 3, 2009

Dalam Keboringan

Hari ni satu sekolah menunggu kehadiran pelawat. Kali ni dari Putrajaya. Lawatan dari rombongan Pengarah BPI untuk pemantauan juga untuk penilaian Pengetua Cemerlang DG52 untuk Ustaz Wan...
Memandang jadual aku tidak lagi padat sejak menjadi GD, hari ni penuh keboringan dan kemalasan. Hanya nak mencari bahan untuk proposal dan juga bahan p&p student Ting 2. Akhirnya member baik aku mengeluarkan Jangan Pandang Belakang Congkak...hehehe..Layaaan.
Alamak tetiba terjengoi kepala Pak Uda di celah pintu makmal ICT, memberi isyarat Pengarah BPI nak masuk....Habis kelam kabut aku mematikan wayang free dan paparan cantik kuar di Laptop...Hahahahha..habis semua control ayu and memachokan langkah. Aku terkekek melihat betapa formalnya Mahfuz melayan Pengarah tentang kedaifan makmal ICT (Harap-harap peruntukan baru ada untuk menaiktaraf makmal ICT)..Selepas menandatangani buku pelawat, Pak Uda sempat memperkenalkan pemastautin Makmal ICT...termasuklah aku yang tak terkenal nih!
Elok berlalu je Pengarah tetiba telefon free aku berdering! Tengok nombor memang dari Batang Padang punya area...Lama gak aku memandang dan bila dijawab, hmmm....suara yang tak aku kenali tapi soalan pertama yang membuat aku terkedu;
"Assalamualaikum, Sharifah, Pengarah dah datang melawat??"..
"Dah!"..
"Dia tengok awak ngajar ke?"
"Eh! Taklah...dia hanya melawat Makmal je!"...aku semakin bingung!!...
Jeng..Jeng..Jeng..
"Saya Hamdan dari PPD!"
"Hamdan?...Encik Khamdan?" Jenuh aku nak meletakkan suara dengan muka dan orangnya!!!
"a'a...ada tak Kak Long bagitau apa-apa pasal Kajian Tindakan?"
"Tak ada la pulak...saya pun dah tak ingat!..hehehehe..." blurrrr....
"Heheheh...Tahniah, Kajian Sharifah terpilih untuk dibentang ke Peringkat Negeri Perak!"
"Biar betul (bertuah aku ni...boleh cakap gitu...terkejut badak!)..saya tak jangka pun..tambah pula ini kali pertama saya buat kajian tindakan!"
"Eh...tak pa...pengalaman...Tahniahla sebab dah terpilih..."
Selepas itu aku diperingatkan tentang membuat rumusan dan segala detail akan diemelkan. 
Dan aku pun menelefon kawan baik aku di Ipoh...Hehehe...free kena semboq!
"Apasal ko tak hantar proposal Kajian tindakan ko ke EPRD?..Aku salah seorang panel pemilih...jenuh aku cari proposal ko...Kalau idak boleh gak dapat pendrive free!" (dalam kepala aku..tu je?)

"Heheheh....Itu untuk orang hebat je lah...aku baru dok terkial-kial nak buat Kajian Tindakan..Aku nak minta ko tolong aku prepare camna nak present kat negeri nanti"


"No hal....ko just ...bla..bla...bla...(tepu kepala aku mendengar cik Minah sorang nih bercerita dari A-Z terbalik dari Z-A!!!) Itulah Asmah, besh fren aku dari zaman-zaman belajar kat Maktab Pot Pet Pot Pet (Maktab 4P), sekarang antara guru hebat Negeri Perak mengajar di SMK Bainun, Ipoh.

Akhirnya aku pun menapak perlahan-lahan ke Sifu aku di bilik persediaan Sains. Sifu aku ni mantap!! Salah sorang Jurulatih Utama Kajian Tindakan Bertaraf National! Dok la aku melanggut depan dia untuk menuntut ilmu sambil merangka persediaan...

Nampak gaya bertindih pula projek aku untuk bulan nih...dalam kesibukan aku menyiapkan thesis proposal, soal selidik, proposal untuk USA Grant tahun 2010,juga sedang menyediakan bahan untuk Projek USA Grant yang telah diluluskan dan kini bertambah lagi satu projek...heheheeh..

tu pun aku masih lagi boring...kenapa ek?

Wednesday, September 2, 2009

Mengekang Nafsu

Dah hampir 2 minggu kita berpuasa...kaum ibu semakin sibuk menyediakan kelengkapan raya dan kaum bapa pula asyik mengira budget memandangkan belum ada tanda-tanda bonus yang dinanti! Kena pulak gaji awal sesangat-sangatnya! Tak silap aku antara 8 September -10 September.
Sepanjang puasa ni, cabaran yang paling besar ialah nafsu. Bukan mudah nak mengekang nafsu yang membuak-buak...apatah lagi nafsu makan. Pantang ke Pasar Ramadhan..sampaikan terliur melihat nasi lemak yang bukan kegemaran pun! 
Mak-mak kat rumah pula sibuk menyediakan juadah berbuka seolah-olah tengah masuk rancangan memasak pula...abis semua buku resepi diselak. Agaknya ada yang masukkan internet semata-mata untuk mendapat resepi-resepi yang mengecur nafsu!
Nafsu di siang hari jangan dikatalah...ketika bulan ni lah yang tak pernah tidur petang pun akan terkulai lepas zohor atau asar...Melayan badan yang keletihan menahan lapar tapi tak tertahan nafsu melentuk kepala...heheeheh!
Namun begitu paling ramai di antara kita yang tak dapat menahan nafsu makan sekenyang-kenyangnya di waktu malam atas alasan mengantikan waktu makan di waktu siang?! Lepas berbuka...selalunya semuanya menyuloq serupa ular sawa kekenyangan...Magrib pun dah dekat-dekat Isyak untuk dilanjutkan terus ke Terawih (itu pun mujur ke Terawih)
Iktibarnya ialah kita tak mampu menahan nafsu, sebab ujian paling dasyat ialah tika datangnya Ramadhan...agaknya sebab tu syaitan diikat sebab kita perlu berdepan dengan syaitan dalam diri sendiri...

Antara Cantik Seorang Lelaki dan Gagahnya Seorang Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.