Hari ni dua peristiwa penting berlaku dalam hidup Anisa dan juga aku..
Pepagi lagi aku dah kelam kabut!!
Memikirkan hari ni ada perjumpaan pertama dengan Pengarah JPN Perak yang baru dan juga hari pertama Anisa menduduki UPSR...Apa yang dapat aku simpulkan ialah keadaan dalam diri aku memang berperang antara menetapkan untuk terus mempertahankan orientasi peperiksaaan atau berubah kepada orientasi pembelajaran.
Oleh kerana Anisa bersekolah aliran cina maka sudah pasti untuk meletakkan harapan memang tidak ada tambah pula dia adalah pelajar LD (learning disability)...Namun apa yang pasti ialah dia dibesarkan tanpa memikirkan apa itu peperiksaan dan apakah kepentingan peperiksaan. Apa yang penting ialah kemahiran yang dikuasai. Teringat aku apabila semasa dia di darjah satu, guru kelasnya menyuruh aku menukarkan dia ke sekolah aliran biasa kerana dia tidak mengenal ABC! Mungkin kerana Anisa tidak pernah menyebut bahawa maknya ialah seorang guru dan aku pula kalau ke sekolahnya selalu dengan Tshirt, jeans dan selipar...heheheeh..memang memberikan gambaran yang mak dan anaknya sama jeeee....Sehinggalah bila aku bersuara dan menjelaskan kepada guru kelas tu bahawa Anisa mempunyai masalah pembelajaran dek Disleksia. Apa yang mengejutkan aku ialah guru tu sendiri pun tak tahu amende tu disleksia...
Akhirnya aku sendiri memilih untuk membiarkan Anisa belajar mengikut kapasitinya tersendiri. Biarlah dia tidak sehebat pencapaian adik-adiknya tetapi dia mampu memahami apa yang dipelajarinya. Dan sebagai ibu bapa, apa yang perlu dilakukan ialah merancang perjalanan seterusnya agar walaupun perjalanannya perlahan, sukar dan berbeza, diakhirnya tetap membuahkan hasil tanpa meletakkan fokus pada peperiksaan...
Sayangnya perjumpaan aku dengan pengarah JPN Perak memang mengesahkan kekecewaan aku terhadap sistem pengurusan pendidikan yang bercanggah dari Kementerian. Ini kerana penekanan terhadap pelajar adalah hanya pencapaian akademik semata-mata sedangkan pihak kementerian begitu beria-ria pula untuk menumpu kepada pencapaian pembelajaran. Penat memikirkan hajatnya supaya semua warga SMKA perlu berusaha mencapai sasaran 60% pelajar mencapai straight A's dengan alasan pelajar itu masuk dengan rekod 4A dan 5A.
Pengalaman aku sebagai pelajar dan pendidik meletakkan aku pada aliran pemikiran yang berbeza dengan Pengarah JPN kerana pencapaian peperiksaan tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pelajar kecuali sekiranya ada nilai survival dan kekuatan minda dalam menguasai setiapa masalah yang ditempuhi. Kenikmatan belajar bukan untuk dirasai bersama peperiksaan tetapi untuk dinikmati dengan kekuatan JERI secara keseluruhannya. Apa yang dilihat ialah pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan selalunya berakhir dalam kapal yang sama dengan pelajar yang merangkak perlahan-lahan ke arah destinasi yang sama dan mereka terus mengecapi kejayaan demi kejayaan berbanding dengan pelajar yang pada asalnya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan...Adakah kerana mereka gagal memahami kekuatan dalaman diri mereka dan hanya mengira berapa A yang bakal dikutip sehingga mengenepikan pelbagai kemahiran yang yang perlu dikuasai sebelum meninggalkan dunia persekolahan mereka berbanding dengan pelajar yang menikmati dunia persekolahan mereka dengan meneroka perkara yang baru setiap hari dengan mengasah bakat yang ada dalam diri mereka?
No comments:
Post a Comment