Dissolve: hilangkan
Lelaki dan wanita adalah entiti yang berbeza terutama cara mereka memandang dan menyelesaikan masalah. Selalunya perbezaan ini wujud kerana perkara yang remeh bagi perempuan adalah penting bagi lelaki dan sebaliknya.
Alkisah perbualan ini boleh membuat kita memikirkan pendekatan yang kita gunakan untuk memahami kaum yang saling berbeza ini...
"Ala...lupakan aje...apa yang nak diingatkan lagi...tak sihat untuk perhubungan. Lagipun malasla nak layan hal-hal sebegini!" Sang Perwira berkata-kata.
"Susah nak lupa sebab benda ni macam tak selesai...kesannya masih terasa..nak buat macamana?" Luah si Puteri.
"Benda-benda macam tu tak payah lah nak dikenang-kenang, life goes on. Ingat dua tiga hari udahlah.." Sang Perwira terus mendesak.
"Faham, tapi nak buat macamana kalau dah asyik teringat, benda ni berkaitan dengan sensitiviti, perasaan, saya rasa...maka terkenang-kenang kenapa jadi sampai macam ni..Bila awak buat macam tu, rasa macam awak betul-betul mengenepikan apa yang saya rasa..." si Puteri cuba rasional kan pendiriannya.
"Hmmm....memanglah, tapi benda dah berlaku. Cuba tengok disebalik kejadian itu, pelajari apa iktibarnya. Ada benda boleh diambil berat dan ada yang perlu ditolak tepi"pujuk Sang Perwira meredakan keresahan si Puteri..
Wanita: seringkali ini memahami apa yang mencetuskan tindakan lelaki. Tetapi lelaki pula seringkali menganggap perempuan memperbesarkan perkara-perkara yang telah lama berkubur.
Lelaki: seringkali bertindak mengikut rasional keadaan semasa dan keputusan dibuat agar keadaan itu berada dalam kawalannya. Dan dia berharap wanita mampu menerima kesan dari tindakan dan keputusannya.
:: Masalahnya wujud apabila timbul situasi resolve VS dissolve:
Sang Perwira hanya ingin "dissolve" kan keadaan yang telah berlaku dengan menganggap ia sudah berlalu!
Si Puteri pula ingin isu itu di "resolve" supaya dia memahami kenapa tindakan sebegitu berlaku.
:: Persoalannya: bagaimana kedua pihak mampu menjadikan isu itu dalam keadaan "resolve dissolve" agar keduanya puas hati?
Mampukah kita?
10 comments:
:: salam... selalunya nak puaskan hati kedua2nya tu sukar le sikit, tambahan pulak kalau masing2 nak pertahankan prinsip/pegangan masing2... patah riuk le jawabnya... pengalaman dan pemerhatian banyak memaklumkan perkara ini... tambahan pulak jika si Puteri sentiasa menunjukkan dominannya ke atas Sang Perwira... hmmm... bye2 le jawabnya...
Salam kembali...
si Puteri dominan dan Sang Perwira pula ingin menguasai...
sama je!
Versus atau And! itu persoalannya...
Memahami atau Mempertahankan! itu persoalannya...
Ego atau Sensitiviti! itu persoalannya...
Akhirnya si Puteri dan Sang Perwira akan terus main tarik tali...hehehehehehe
:: dalam urusan mengendalikan rumah tangga... kalau kedua2nya keras kepala dan kepala batu, tak panjang le usia rumah tangga tuu... biasanya begitu, walaupun kekadangnya... bergaduh 24 jam sehari semalam, bertekak tak habis2, tapi jodohnya panjang... nasib badan lee... makan hati berulam jantung lee...
Salam,
namun jika dilihat dari sudut yang memberangsangkan pula...jodoh yang panjang itu disebabkan kerana bertekak berpanjangan untuk mencari daya penarik kerana sentiasa ada ruang baru yang diterokai...
dalam hubungan yang sihat, faktor penarik utama meungkin bersandarkan kepada keberanian pasangan meluahkan apa yang terbuku dan belajar mencari penyesuaian di atas perbezaan yang wujud.
Pencarian itulah yang menyebabkan hubungan menjadi dua hala bukan satu hala dengan keadaan salah seorang hanya bergantung dan mengiakan dengan keadaan menerima apa jua!
Tapi berapa ramai yang berani meneroka sejauh itu?
:: salam... banyak angkubah yang menentukan kelangsungan hubungan tu... kuatnya ikatan jodoh, komunikasi 2 hala, saling memberi dan menerima, menerima pasangan seadanya, dll yang sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan tuu...
:: apa2pun pengalaman, pemerhatian dan pembacaan juga turut berperanan dalam menentu corak hubungan... dan ahli keluarga atau sahabat yang membantu menjernihkan keadaan, bukannya menambah kusutmasaikan lagi... namun, kekadangnya kita jarang belajar dari pengalaman, di samping peningkatan usia tidak mendewasakan pemikiran dan tindakan kita... dan begitulah kita selalunya...
Salam,
sangat setuju dan memang suka dengan penyataan Pakngah!!
Sayangnya selalu kita memikirkan bahawa kita telah, sedang dan bakal melakukan yang terbaik buat pasangan kita dengan meletakkan fokus pada hubungan yang terjalin...kita memahami bagaimana hubungan itu harus dijalinkan, harus dijaga, haru dipupuk tetapi adakah pasangan kita juga menginginkan apa yang kita harapkan?
:: salam... bilamana komunikasi 2 hala dibiasakan dan dijadikan amalan dalam kehidupan kita, maka adakah masih wujud persoalan "adakah pasangan kita juga menginginkan apa yang kita harapkan?"...
:: komunikasi 2 hala mungkin belum memberi makna jika satu pihak masih mendominasi kehidupan berumahtangga... masih mengawal setiap perbincangan/perbualan/... manakala satu pihak lagi "ditekan" dan ruang berbicara dikawal ketat... menjadikan pihak berkenaan masih memendam perasaan dan banyak "perkara" tak terluah...
Salam kembali..
Sesungguhnya kita tidak akan mampu memahami segala-galanya tentang the other half...itulah yang menjadikan hubungan semakin mengancam!!
komunikasi 2 hala memang belum memberi makna selagi kita tidak menjadikan ia bermakna...sayangnya jika terdapat kawalan dan memendam rasa sehingga tidak terluah...
hakikatnya itulah yang berlaku dalam kehidupan rumahtangga sebenar-benarnya!
mungkin kita rasa kita telah memberi yang terbaik dan menerima apa jua yang diberi tetapi adakah apa yang diberikan itulah yang diinginkan dan apa yang diterima pula, itu yang dharapkan??
:: salam... selagi kita tidak pasti bahawa segala yang kita beri kepada pasangan itu adalah sesuatu yang diingininya... maka sahlah bahawa kita belum mengenali hati budi pasangan kita itu... dan sahlah bahawa pasangan kita itu masih belum berani dan mampu menyatakan apa yang terbuku dan terpendam di hatinya... malah mungkin ada yang masih menjeruk perasaan hatta belasan tahun mendirikan rumah tangga... hidup bersama... beranak pinak... tapi berbeza matlamat hidup dan kehidupan mereka... semacam tiada keserasian... dan itulah penyebab kepada penceraian... biasanya sebegitu... dan mungkin ada hikmah di sebaliknya bagi pasangan tersebut... agar masing2 belajar memuhasabah diri...
salam...
mungkin pendekatan resolve di mana pihak lelaki memahamkan pihak wanita kenapa satu-satu tindakan di ambil tanpa terasa seolah-olah kena query dan pihak perempuan pula dapat hilangkan (disolve)perasaan tergugat apabila berlaku keadaan di luar jangka dalam hubungan..
apabila resolve DAN disolve disatukan maka pertentangan yg berbentuk VERSUS dapat diatasi kerana kedua-dua pihak menerima seadanya dan memberi ala kadarnya!
Post a Comment