Wednesday, September 9, 2009

Muhasabah Diri

Apabila ketamakan menguasai diri sememangnya kita tidak mempu membuat keputusan yang sewajarnya malah kita terus berharap dan berharap sedangkan masanya telah tiba untuk kita berhenti dari terus melangkah. Kita pelu berhenti kerana langkah kita tidak lagi berpaksi kepada keperluan tetapi langkah yang penuh gah bahawa kita mempunyai kemampuan untuk melakukan yang luar biasa. Sayangnya hakikat yang sebenarnya ialah ketamakan itu disuntik ke dalam diri kita sebagai satu pentanda bahawa kita sudah lupa kepada tujuan asal kita melangkah..

Itulah  yang ditempuhi oleh diri aku dalam beberapa minggu kebelakangan ini! Penangan FOREX memang mengujakan tetapi sesungguhnya selagi aku gagal menguasai ketamakan dalam diri aku, selagi itu aku tidak akan dapat membuka pintu kepada dunia FOREX yang sebenarnya.

Persoalannya mampukah aku menutup ketamakan aku untuk memperoleh kunci kepada pintu itu? Pintu yang sememangnya mampu mengubah kehidupan apabila hanya setelah aku berjaya menguasai KETAMAKAN...

Penangan FOREX...aku gagal lagi untuk kali ketiga!

Dalam kehidupan juga begitu, pengharapan bukan satu kepastian selagi kita tidak dapat memahami mengapa kita membuat satu-satu keputusan malah keputusan itu pula bukan satu perjanjian bahawa tindakan kita itu adalah bertepatan dengan keperluan semasa...Fikirkanlah sebagaimana aku memikirkan bagaimana harus aku kuasai ketamakan yang membuak dalam diri ini...

No comments: