Seketika aku bersama dentist!
Selalunya nyonya ni akan bercerita tentang buku-buku yang dibacanya sambil membetulkan braces aku. Kali ni dia berkongsi tentang sebuah buku buddism. Aku tertarik antara penceritaannya tentang memahami konsep dan melihat realiti melalui anekdote yang cukup simple.
Cuba kita ambil sekarung pasir dan gantungkan. Kemudian buatkan lubang kecil di hujung karung pasir itu. Lihat lah bagaimana butiran pasir yang keluar dari karung itu membentuk satu talian halus sambil di tiup angin. Sememangnya kita hanya melihat kepada talian halus yang terbentuk seolah-olah seutas benang terbuai-buai dek bayu. Namun realitinya, seutas benang itu ialah butiran pasir halus.
Di sini terletak kekuatan minda kita untuk menerima yang mana yang dibentuk secara konsep dan yang mana terbentuk secara realiti di antara seutas benang yang tidak pernah wujud tetapi itu lah yang dipandang dalam minda kita berbanding butiran pasir yang halus yang langsung tidak kelihatan pada mata kasar.
Dalam kehidupan selalu kita terpesong dengan konsep sebegini, selalunya apabila kita terlalu menginginkan sesuatu sehingga kita mengenepikan realiti yang benar-benar berlaku. Kita memesongkan minda kita kepada mempercayai kepada konsep yang langsung tidak wujud semata-mata untuk membentuk apa yang kita ingini.
Wajarkah sebegitu, apabila banyak pembolehubah lain dalam realiti yang perlu dipertimbangkan sebelum kita melangkah dalam dunia ilusi?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment