Monday, April 26, 2010

I love Myself!

Kod Asas : 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:

Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)...adakah Sharifah Che Hassan akan tercatat di sini suatu hari nanti?

Terima kasih kepada Cikgu Jinggo!

Masa Untuk Menunaikan Janji..

HULU SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.
MENANG...Najib  bersama Muhyiddin  mengangkat tangan  Kamalanathan 
selepas diumumkan memenangi  pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 
di  Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
MENANG...Najib bersama Muhyiddin mengangkat tangan Kamalanathan selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

“Kemenangan calon BN Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada 2008 dan keputusan pada hari ini (semalam), sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

“Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin parti komponen BN.

BNmerampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Bharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi hari ini. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.
Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan ‘tsunami politik’ bagi BN, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang juga Ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, kejayaan itu bererti bahawa penduduk di kawasan Hulu Selangor menolak cara parti pakatan pembangkang berpolitik.

“Maknanya, kalau mereka menabur fitnah atau membuat pembohongan, pengundi dah tau untuk buat penilaian atas apa yang benar dan apa yang batil,” katanya.

Beliau berkata, BN menerusi Kamalanathan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru akan bekerja bersungguh-sungguh memenuhi amanah, harapan dan jangkaan rakyat selama ini.


“Ini satu amanah rakyat yang kita mesti pandang dengan serius, ambil berat dan mesti laksanakan bukan sahaja semua janji tetapi jangkaan dan harapan rakyat, kita mesti penuhi dalam semua aspek sama ada daripada segi pembangunan, kebajikan dan melayani kehendak pengundi dalam kawasan ini,” katanya. - Bernama

Friday, April 23, 2010

Setiap Wanita itu Cantik...

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, April 20, 2010

Terkenang...


 Aku, Ariffah, Nazimah (teman serumah dari Sem 2 sampai abih maktab) Kak Ezan...peneman masa dok kat blok Jambu...

Dulu-dulu...tahun 1991 sehingga 1993, zaman yang mudah dan senang buat kami! Kali pertama tengok slip peperiksaan, tak paham apa itu CGPA...malah tak tau pun masuk maktab untuk apa..sekadar kerana mak pak kata senang jadi cikgu, masa depan terjamin. Bila gagal kelas Grammar, Lucille Dass, pun tak kisah! Aku sendiri tersenggok-senggok lentok manja masa Lucille buat tuisyen untuk kelas ulangan. Teringat masa pokai...heheheh...menyewa di rumah Puan Safar (apa jadi dgn dia ek?!)..time tak dak duit...makan mewah sebab tolong peghabih stok dapur dia!! hahhaahah...dan teringat masa tu, minum air limau pahit (sebab guna limau purut!)

Bila posting, memasing jauh dari mak pak..pertama kali pegang duit gaji! RM 424 bagi kami yg grad dengan Sijil Persekolahan Malaysia..membawa perbezaan yang sangat besar berbanding mereka yang grad dengan STPM. Kata depa yg tua pada kami, pada leerr dengan umuq hampa! Adeeeehhh! Senak perut sebab tak tau budget..belum abih bulan, duit dah abih!

Susahnya hidup bila gaji kecik...teringat masa duit tinggal RM 20 dalam bank..nak tunggu gaji banyak ari lagi. Makan berhati-hati, budget gila...nak shopping, mak ooi...tak berani! Masa tu, terasa betapa tingginya nilai RM 20 tuhhh...

Arini..selepas 17 tahun, gaji dah berlipat ganda. Alhamdulillah hidup semakin selesa tapi masa dulu tetap mengingatkan kita dimana mulanya hidup!

Friday, April 16, 2010

I Choose My Choice

Di mana anda berada hari ini adalah akibat perkataan yang telah anda tuturkan selama ini, pemikiran dan tindakan-tindakan yang telah anda ambil, hari, minggu, dan tahun-tahun kebelakangan ini. Salahkan siapa saja – ibu bapa, guru-guru. Di mana anda tinggal, salahkan televisyen, salahkan kerajaan, atau apa saja … yang nyata anda berada di takuk yang sama disebabkan ANDA sendiri yang menyebabkan begitu.
Pedas tetapi ialah adalah kenyataan! Memang mudah mencari kesalahan orang lain. Dia tu tak betul. “Si anu tu yang membuat aku begini.” Lebih lama anda membiarkan diri anda berada di tahap yang sama, lebih lama lagilah anda akan menghadapi suatu corak hidup yang anda sendiri tidak gemari.

Salam Hormat.
FARIT ISMETH EMIR

The only thing, is that...."they" made me happy....my sparing partner, my children, my family, my buddies, my collegues,"they" complete me. In "them" I found me...

Monday, April 12, 2010

Life is about choices...

Choose to be Happy or to be Sad...

Choose to Enjoy your Life or let life leave you behind...

thanks Chandra..!

Sunday, April 11, 2010

Bajingan Semut Merah...

 Musim panas sebegini memang musim membiak gamaknya?! Di tempat-tempat yang memang luar jangka...membosankan kerana kehadirannya menyebab ketidakselesaan yang teramat buat ahli dalam rumah. Sufi sudah mula kemerahan dan menggaru merata-rata. Makanan pula harus disimpan dalam peti ais, jangan dibiarkan berlanar di luar...habis dicopeknya!

Maka hari ini, bermula pagi tadi, rumah di "spree cleaning" kan. Segala macam tok nenek yang dijangka menjadi perumah sementara dikeluarkan dan disumbat dalam tong sampah di depan rumah. Abis segala susur galur retak dinding di Shieldox kan...

Bilik anak dara aku pun dikerah agar dikemaskan agar semuanya tersusun. Mengamuk sakan aku hari nih!

Akhirnya jam 4 petang, semua kelembikan mengemas kerana dah tak sanggup berkongsi rumah dengan si banjingan semut merah....


Thanks Nisa sebab ari ni dia dah 55% terror kemas dapur..walaupun wajahnya menggambarkan dia lebih rela menjadi sahabat si Bajingan Semut Merah dari menurut kehendak aku...heheheheh!

Indahnya Ciptaan

Sebenarnya di sebalik berbagai perkara yang tidak menyenangkan yang kita rasa setiap hari, ada reka cipta indah yang tidak mampu di lihat dengan mata dan pengetahuan kita yang serba terhad. Hanya mereka yang memiliki mata batin yang tajam boleh  mengenali keindahan dan itulah sebab nya mereka jarang mengeluh, walaupun mereka menghadapi keadaan yang sukar dan berat. Boleh jadi anda pernah mendengar contoh ini.
       Suatu hari seorang anak sedang bermain di atas lantai, sementara ibu nya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan merasa hairan, Dia bertanya kepada ibunya,

"Apa yang sedang ibu lakukan?"
"Ibu sedang menyulam, nak," Jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain. 
"Tapi buat apa?" Anak itu masih bertanya hairan. "Sulaman itu nampak buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat."
       Ibunya tersenyum. Lalu dia memberikan isyarat pada anaknya untuk berdiri.
"Berdirilah, nak!" Ujarnya. "Tengok sulaman ini dari atas sini."
       Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya, Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa kagum pada keindahannya.
"Begini indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah." Kata anak itu.
Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatan NYA dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNYA. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihat dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu, kita mampu melihat keindahannya.

Seperti anak yang dipaksa mengambil ubat oleh ibunya atau disuntik oleh doktor, kita tidak akan mengetahui apa yang sedang berlaku pada diri kita dan kerana itu kita mudah menyangka buruk terhadapNYA...

....aku hanya manusia biasa...




dipinjam dari Syed Alwi Alatas: Bila ALLAH Menduga KITA

Friday, April 9, 2010

kita hanya fakir miskin...meminta-minta sesuatu yang tidak pasti...

Guru yang biasa-biasa....hanya mengajar dan menghabiskan apa yang perlu dihabiskan...tapi guru yang hebat ialah guru yang mencetus paradigma dalam pemikiran dan pembelajaran anak muridnya.

Aku sedang menghabiskan buku ini...


hati yang suci selalunya ada titik hitam...dan hati yang hitam adalah sesucinya! Namun antara duanya ada batasan yang perlu difahami. Kita hanya manusia biasa yang cuba mengenal diri, dan dalam diri memang penuh dengan rahsia Ilahi...

dalam kita mengharapkan keredhaanya, pasti kita akan diuji. Ada yang menolak ujian itu kerana menyangkakan itulah yang terbaik...tetapi semakin ditolak, semakin payah jadinya. Dan ada pula yang tidak sanggup menerima ujian itu kerana takut gagal. Sedangkan penerimaan itulah kejayaan dalam ujian yang diberikan....

Hakikat dalam kehidupan ialah ramai diantara kita terlalu mementingkan kehendak diri sendiri sehingga kita lupa bahawa kita tidak memiliki apa-apa pun malah kita hanya mencari wasilah untuk kehidupan di sana..

Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah pasti....kerana ia adalah milik kita, pemberian abadi! Namun bagaimana kita menerima...dan bagaimana kita menanti kehadirannya....

Tuesday, April 6, 2010

Public speaking!

The kids are busy preparing for their oral test next week. Maybe these tricks can help them to overcome the jitters...

How To Conquer Public Speaking Fear
By Morton C. Orman, M.D.
© 1996-2002, M. C. Orman, MD, FLP. All rights reserved

Review Of 11 Hidden Causes Of Public Speaking Stress
1. Thinking that public speaking is inherently stressful (it's not).
2. Thinking you need to be brilliant or perfect to succeed (you don't).
3. Trying to impart too much information or cover too many points in a short presentation.
4. Having the wrong purpose in mind (to get rather than to give/contribute).
5. Trying to please everyone (this is unrealistic).
6. Trying to emulate other speakers (very difficult) rather than simply being yourself (very easy).
7. Failing to be personally revealing and humble.
8. Being fearful of potential negative outcomes (they almost never occur and even when they do, you can use them to your advantage).
9. Trying to control the wrong things (e.g., the behavior of your audience).
10. Spending too much time overpreparing (instead of developing confidence and trust in your natural ability to succeed).
11. Thinking your audience will be as critical of your performance as you might be.

Review of 10 Key Principles To Always Keep In Mind

#1---Speaking in Public is NOT Inherently Stressful
#2---You Don't Have to be Brilliant or Perfect to Succeed
#3---All You Need is Two or Three Main Points
#4---You also Need a Purpose That is Right for the Task
#5---The Best Way to Succeed is NOT to Consider Yourself a Public Speaker!
#6---Humility and Humor Can Go a Long Way
#7---When You Speak in Public, Nothing "Bad" Can Ever Happen!
#8---You Don't Have to Control the Behavior of Your Audience
#9---In General, the More You Prepare, the Worse You Will Do
#10--Your Audience Truly Wants You to Succeed

Sunday, April 4, 2010

Melayan Selera..



Layan....jangan tak layan!! rasanya udah seminggu anak dara aku dok merenggek nak tau camna nak buat sagon...akibat penangan sagon masa merayau kat Jln TAR beberapa minggu lepas. So petang tadi, aku pun merayau cari bahan-bahannya:
~ 1 biji kelapa parut
~ 100 g tepung pulut
~ 400 g tepung beras
~ sedikit garam dan gula sesedap lidah merasa!

nak belajar kaaannn...so kenalah dia menggoreng sampai pecah peluh!! Baru tau penat tak penat  melayan seleraaa...hahahahah!


Hasilnya....tidak mengecewakan..






Macamana pulak aku melayan selera??? Rezeki datang dalam macam-macam cara..Ini adalah kancil lama yang baru aku! Nak beli baru...huhuhuhu! idak le kut tapi kalau barukan yang lama?










So setelah di 'cinderella' kan selama dua minggu lebih, akhirnya, inilah hasilnya. Tinggal nak touch-up sikit2 lagi..speaker nak kena ganti, tadi baru perasan bulb lampu rendah udah kaputt! Tengah cari budget untuk tukar tinted kepada yang lebih mengancam agar sedondon dengan warna garangnya!!

Friday, April 2, 2010

Embarking A New Journey

Past few days, it was filled with  busy yet fulfilling activities...On 7 April, Mag Inc. will be sneaking to all school promising free pizzas for the students. Hmm..Yummy!

My old students, Talwin and the gang...with evergreen MR Foong during 'Introduction to Mag Inc. 2010' at SMJKC Sam Tet, Ipoh!

It was a great opportunity to see an old friend and students from SMK Tarcisian Convent, Mr Foong, nampaknya dia pula jadi coordinator utk Mag Inc, The Star.



Buku Program untuk Pertandingan  Catur MSSPK Daerah Batang Padang, 
kerjasama dengan SK Sg Behrang

Maka, sedikit perancangan untuk memperkenalkan bagaimana majalah perlu digarap di SMKA Slim River bakal diperkenalkan agar Zikroyat bakal berwajah baru..bersediakah aku membawa perubahan tersebut? Aku mulakan dengan langkah yang mudah...hari ini, buat pertama kali warga SMKA melihat hasil tangan aku...heheheh! Simple dengan impak maksima..itu motto aku dalam bekerja!




Kak Raja sedang ghalit memotong tag arbiter...(ke..!! main sms dengan cik abang!)



But the best past was (my part!), Kajian Tindakan yang telah dibentang di Peringkat Negeri telah di terima oleh committee dari BPI untuk dijadikan inovasi utama SMKA Slim River semasa Kursus Pentararan Inovasi SMKA di SMKA Kuala Lumpur 30 Mac 2010.  Dalam masa yang sama, jawatankuasa Inovasi sekolah turut dibentuk...hidup semakin menarik. KT tersebut bertemakan bahasa, maka pendekatan yang digunakan bakal membawa pembaharuan dalam teknik pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di SMKA!




 Ini kali pertama bersua muka dengan orang kuat BPI, Encik Wan Salmunan.



Kajian aku dikomen oleh En Abdul Aziz tentang bagaimana untuk memantapkan lagi aspek inovasi dan laporan yang bakal disediakan pada bulan November untuk penilaian akhir



Dan akhirnya, aku berjaya memeterai ikatan dengan pioneer dan pencipta Prodigy untuk digunakan dalam grant bersama alumni ILEP yang lain-lain. Apa yang pastinya alumni ILEP hanya dapat digerakkan dengan adanya sesuatu ditangan...maka inilah masanya!

Tuesday, March 30, 2010

Penataran Inovasi SMKA

Hari ini  aku kenal jalan Bandar Manjalara, Kuala Lumpur apabila berpeluang mengikuti Kursus Penataran Inovasi SMKA untuk Zon Tengah. Sekolah-sekolah yang hadir adalah dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak. SMKA di bawah Bahagian Pendidikan Islam bergerak tanpa sempadan..!

Pengisian kursus ini adalah sebagai pengumpulan idea untuk mewujudkan komuniti berinovasi di SMKA. Maka balik ke sekolah, satu jawatankuasa Inovasi perlu diwujudkan dengan pencetusan inovasi sama ada di kalangan guru atau pelajar.

Ini adalah ruang dan peluang untuk memangkinkan diri dan keluar dari kepompong keselesaan...!

bacaan seterusnya adalah di sini

Monday, March 29, 2010

Saat-saat Yang Sentiasa Membahagiakan...


Hari Jadi Mak yang disambut seminggu lebih awal...hehehehe! Surprised sungguh semua orang sebab ADHOC..

Friday, March 26, 2010

Emosi Wajah tercerna...

wajah adalah ibarat kanvas isi hati yang terserlah melalui emosi yang melintas sekilas di riak-riak yang menacap.

ada kalanya sukar untuk memahami emosi yang terpancar kerana riak-riak ditutup dengan ketenangan.

bagaimana mampu aku mencapai tahap itu?

Thursday, March 25, 2010

Kisah Seekor Helang


Burung helang (Bald Eagle) merupakan seekor burung yang amat dikenali kerana kegagahannya. Kehebatannya menangkap mangsa dan ketajaman penglihatannya amat mengkagumkan manusia. Ia selalu menjadi simbol kegagahan dan keunggulan. Namun ramai yang tidak tahu bahawa untuk kekal gagah burung helang harus menghadapi fasa perubahan. Fasa ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal burung tersebut untuk menjalani proses pemulihan.

Burung helang merupakan seekor burung yang mempunyai jangka hayat paling lama. Ia mampu hidup hingga 70 tahun. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun. Ketika ini seekor helang akan dilanda dilema samada untuk meneruskan kehidupannya atau menghadapi saat kematian.

Ketika helang ini mencecah usia 40 tahun, fizikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya. Saat ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, samada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya. Dilema ini yang pastinya mengegarkan jiwa bukan sahaja pada burung helang tetapi juga kepada kita sebagai manusia.

Proses pemulihan itu mengkehendaki sang helang tadi terbang ke puncak gunung dan berehat di sarangnya. Di atas puncak gunung itu sang helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut. Sang helang tadi harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon) atau kerana ia hanya boleh dicabut dengan menggunakan paruh baru yang kuat. Bayangkan kesakitan yang harus ditanggung oleh sang helang demi untuk meneruskan kehidupannya. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh pemulihan ini sang helang tadi juga tidak mampu makan. Hanya kecekalan, keyakinan dan semangat yang betul-betul kuat mampu mengatasi segala tekanan.

Sang helang yang gagah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga kuku yang baru tumbuh. Setelah itu, proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. Kini setelah 5 bulan sang helang mampu berbangga. Sang helang meraikan kemenangannya dengan memulakan penerbangan pertamanya. Sang helang merasakan seolah-olah ia telah dilahirkan semula (rebirth) dan ganjaran yang diperolehi daripada kesengsaraan yang dilalui adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi dengan kemegahan.

Sang helang kini bebas terbang di udara dengan kebanggaan, keunggulan dan kehebatan yang nyata. Ia berhak merasa megah sambil melayang di udara.

Kisah ini seharusnya diteladani oleh manusia, demi mencapai kebuah kejayaan. Dalam meneruskan kehidupan kita mesti melalui fasa perubahan. Perubahan harus dimulakan kerana ia tidak mampu terjadi dengan sendiri. Namun berapa ramai daripada kita yang sanggup melakukan perubahan tersebut.

Manusia rata-ratanya amat takut pada perubahan kerana mereka tahu bahawa mereka akan gagal sebelum proses tersebut berakhir. Penangguhan demi penangguhan dilakukan sehingga pada akhirnya tiada apa-apa pun perubahan yang terjadi. Untuk berubah seseorang individu itu perlu memiliki keyakinan yang betul-betul mantap. Ramai yang mampu menulis atau bercakap tentang keyakinan tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Kecekalan dan semangat sebagai pendorong atau agen kepada perubahan tersebut.

Adakalanya kita perlu menyingkirkan kenangan silam yang menghantui kehidupan, habit lama yang tidak membantu kepada perubahan, serta lain-lain kebiasaan atau amalan yang sudah tidak relevan dengan kehidupan kini. Hanya kebebasan daripada bebanan yang lepas membolehkan kita mengambil peluang untuk kejayaan masa hadapan.

Jangan takut pada perubahan yang positif kerana setiap perubahan yang berlaku pasti akan disusuli dengan suatu hasil atau ganjaran yang sangat menguntungkan. Mulakanlah dengan perubahan yang paling kecil iaitu mengubah cara pemikiran anda. Kawal setiap apa yang anda fikirkan. Jangan mudah melatah dengan isu-isu remeh. Berfikirlah dengan cara yang lebih terbuka dan tenang. Hanya pemikiran yang positif mampu menghasilkan ganjaran yang positif. Perubahan cara berfikir merupakan perubahan yang paling utama kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.


Motivasi singkat dari pembacaan petang ini dan untuk diamalkan selamanya InsyaAllah:
sentiasa berani untuk berubah. Be oppurtunistic. Always think positively and make sure react in a positive way too!

Think Big, Aim for the Sky..... ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Moral untuk AKU?

Mula menyelongkar kembali dalam diri aku...kisah ini aku dengar pada petang tadi semetelaah berbincang pasal prodigy dengan En AzizYatim di Dusun Bay dan anak-anak buahnya.

Memang menarik bila kisah ini dibicarakan secara terbuka, dari kaca minda seorang lelaki dan juga seorang wanita...

Akhirnya kami semua tersengih sendiri kerana menyedari mungkin kami juga menghampir usia si helang tadi...

masanya sudah tiba kah? 

Wednesday, March 24, 2010

O.C.D.

OCD @ Obsessive-Compulsive Disorder adalah satu penyakit emosi yang semakin banyak diidapi oleh masyarakat masa kini.

Hmmm...mungkin ini boleh membantu...Di Sini


Sekadar menambah pengetahuan...

Permainan Emosi

Kehidupan penuh dengan pelbagai rencam kehidupan dan karenah sekeliling yang mampu melonjakkan perasaan dan mematikan apa yang dirasa!
Itulah permainan emosi, hanya kebijaksaan mampu menanganinya dan memastikan emosi berada dalam kawalan.

Tetapi ada masanya kita mengalah dengan permainan emosi untuk mengetahui di mana kita berada walaupun pasti ada pihak lain yang berpendapat bahawa kita perlu berusaha sentiasa menguasai keadaan dalam permainan emosi.

Rencam dan ragam kehidupan selalu meletakkan kita dalam kesempitan untuk bergerak, namun begitu, aku yakin kebijaksaan kita membentuk ruang tersendiri dalam kesempitan itu akan membuka lebih banyak peluang-peluang yang menarik untuk diterokai!

Kenapa perlu kita menampilkan personaliti yang hebat dan cool sepanjang masa tatkala kita sememangnya berada dalam satu permainan emosi yang memerlukan kita lemah dan kelam kabut.  Sesungguhnya andaian kita lemah memberi peluang kita melihat situasi dalam permainan dari sudut lawan kita pula...

Masih banyak yang perlu dipelajari oleh kaum wanita untuk menghilangkan sindrom siling kaca dalam kehidupan mereka. Mereka seringkali kalah dalam permainan emosi kerana terlalu inginkan perhatian dan penjagaan....hehehhehe...! Tetapi tidak salah juga menggunakan kelemahan ini untuk memastikan mereka memiliki apa yang mereka iniginkan dalam kehidupan!

Kesimpulan aku mudah sahaja, kaum wanita perlu bangun dan mempertahankan diri mereka...Walk your walk, and never expect people to walk for you..it will never happen!

Tuesday, March 23, 2010

Mendaki gunung untuk sampai ke puncak...itulah pegangan yang seiring dengan usaha untuk menghasilkan kejayaan dalam apajua yang diceburi..

Namun begitu, ada masanya dalam pendakian ke puncak, berlaku insiden-insiden yang melemahkan semangat, terutama dalam kelelahan juga keletihan...

Tapi di saat jejak semakin hampir dan sayup-sayup puncak sudah kelihatan...itulah pendorong!

Monday, March 22, 2010

Hari ini adalah hari pertama

Hari pertama ke sekolah bila dah bercuti panjang. Paling lega bila aku tak busy dengan class tapi busy jadi TNB pulak..huhuhuu....kesnya, makmal ICT bertukar jadi disco ala 80an (heheheh...macam le penah masuk..tu lee panahan TV!). Tak cukup dengan itu, tetiba berdering hp nokia free aku tu...

"Sherry (panggilan manja dari para pentadbir!).."
"Ya, Ustaz Azmi (nih, PK HEM)...ada dapat surat utk ke SMK Kruit ari ni jam 2.30 petang?"
"Tak dak le Ustaz, internet di makmal down pasal ada wayar terbakar (aik?..pandai le aku xplain benda yg aku pun blur-blur glaucoma!)

"Dah tu, sapa handle?"
TNB leeee....jawab aku!

Elok pula nak melangkah masuk ke kereta nak ke kantin,

berdering lagi hp aku nih...

"Salam, cikgu, saya Firdaus dari PPD, tolong faxkan data SISMAKAN, hari ni juga!"

Ayoyo...menggaru lagi aku....hmmm...hilang soon  dah aku nak breakfast!

Mendail pula aku mencari orang penting....

"Nan...ko kat mana?"
"Aku di Bilik PIBG.."

Heheheh...menghayun pulak aku dengan keroncong di perut ke kantin..

"Nan, file SISMAKAN ko kat mana?"
"Atas meja aku...sorry la Pah, aku bukan nak nyusahkan ko..tapi paham-pahamla bila tarikh makin dekat nih!"

Elok je aku nak melangkah ke kantin yang tidak tidak beberapa langkah, berbunyi lagi hp aku...adussshhhh...lapor woi!

"Pah, dah dapat surat dari Bahagian Pendidikan Islam, di KPM kena emelkan Kajian Tindakan tahun lepas yang bentang kat Negeri untuk dibentangkan di Mesyuarat Pengetua SMKA Kebangsaan bulan April nih?"

"Walamak, kak long, surat mende nih?"
"Kak Long ada di makmal belakang (belakang tu maksudnya bangunan baru jauh nun belakang padang sana nun!)..meh sini le, senang akak explain!"

Akhirnya merempit le aku ke sana pulak...

Setelah bercerita dan bercerita dan bercerita...akhirnya aku pun telefon 03-8884xxx dengan niat nak bersembang dengan Ustaz Jalil...hmm....mamat ni outstation ke Filipina 2 minggu pulak! Nak emel atau tidak...tapi belum ada  SMKA dari mana-mana negeri yang dah emel pun...keputusan aku...isi perut dulu!!!

Baru le ke kantin...makan dengan PK 1 (Ustazah Ummi) yang juga sedang bergegas nak ke JPN Perak untuk mesyuarat ABM. Tapi lauk tak mengizinkan aku membelasah...yelerrr....gigi besi yang lembut!!! heheheh!

Dalam masa yang sama pulak...

"Cher...Sir Aznan kasi senarai nih, untuk sijil penghargaan PIBG..."

Aik, jumpa pulak budak-budak nih cari aku....hilang terus selera makan....huhuhuhuhu..

"Pah, ada mesyuarat pukul satu nanti, ko ingat tak?"

"Mesyuarat apa pulaknyerr?"..kepala aku dah pening-pening gajah dah...!
"Mesyuarat Hari Anugerah!, Kak Ummi tak de, ke JPN.."

Aku melanggu lagi....nak ke mesyuarat atau nak abiskan nasi yang dah terasa kelu di lidah atau chow balik antar barang2 yang bersepah dalam kereta..(tak dak apa pun!...laptop, buku dan buku dan buku..baju kurung yang siap tempah untuk Anisa..)

Balik laaaa.....

Pastu ke SMK Sg Kruit!

Moral of today's event:  Cikgu-cikgu seantero Malaya boleh start mohon tukar dalam e GTukar mulai 1 April-25 April 2010...


Penatnya!!!!

air pulak takdak kat umah!!! Adoi....