Monday, April 13, 2009

Bahas.

Wow! (itu baru masuk Dewan IAB). Alkisahnya ada klausa baru yang telah diminitkan yang menyebabkan ada pasukan yang tak dapat ambil bahagian dalam perbahasan esok. Pasukan Sabah terpaksa tarik diri kerana telah menjadi Johan Kebangsaan tahun lepas. Samuel (best friend aku dari Penang) merupakan best speaker kebangsaan tahun lepas pun tak boleh ambil bahagian. Part yang traumanya ialah pemenang dan pendebat terbaik kebangsaan tak boleh ambil bahagian sampai bila-bila untuk beri laluan pada muka baru....Fussshhhh....sadis beb. So perbahasan hebat dalam dewan tadi sebab team yang kecewa dan team yang bersorak. Akhirnya Nazeri dari JPN Perak menjelaskan minit yang diterima semasa mensyuarat adalah muktamad.

Perak sengih jerrr sebab semua dah dipropaganda oleh aku (kali ni aku bawak watak antoganist..) untuk tak perlu menang esok supaya boleh berjalan ke Thailand. Semua dah get ready dengan border pass dan passport! Hahahahaha...

Reverse Psikologi nih memang besshh! Tahun ni, Izrul jadi pengurus pasukan dan aku jadi anchorman. Paling penting ialah strategy. Bukan untuk menang tapi to have fun...yang syioknyerr, aku sentiasa mendapat jolokan kak sherry yang cool! hahahahah...dalam hati sapa tahu beb!

Selepas taklimat dan sessi Perak sengih je tengok team lain berbalah...semua kumpul kat rumah aku dan Punitha. Kami buat sessi satu jam sebab bahas kini ikut stail Rotary Club. Dapat tajuk sejam sebelum perbahasan berlangsung. Sebagai anchorman, kena pandai meredakan kerisauan (aku nih...kalau orang kalut, aku lagi le cool!) so diaturkan dua team, government dan opposition, carikan 3 points dan bersedia untuk esok. Semua ada tugas masing-masing. Esok, kalau masa undi naik government, Yong, Darling dan Sam akan naik! Aku n Punitha relax je. Tapi kalau kena opposition, aku, punitha dan sam pula berpeluh. Kut mana pun Sam sure peluh lebih pada orang lain..heehhehe...kesian dia kena raging dengan aku..

Propaganda aku simple je. Tak perlu menang tapi kut mana pun ke Terengganu pada 13-15 Mei wajib!!! Macamana, itu strategi (bab tu aku memang terer, yang penting muka kena sardin je!).

Pendekatan bahas tahun ni pun lain. Sebelum ni bertanding ikut zon masing-masing, tahun ni bertanding tak ikut zon tapi ikut undian. Satu Malaysia berkumpul di IAB Utara, Jitra, Akhirnya untuk round pertama, Perak akan bertemu Johor. Hmmm....camna tu. Tunggu esok jelah.


No comments: