Monday, April 20, 2009

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF)


Selamat Datang...

Sempatlah aku perabih saki baki gaji bulan ni untuk beberapa buah buku pengurusan, buku cerita untuk Anisa dan Sufi juga beberapa set soalan tahun lepas untuk UPSR, PMR dan SPM di pesta buku.

Mamat ni memang minat buku dari kecil lagi...
Boleh kata dia lagi sibuk kelebek buku dari kakaknya!

Paling best for sure untuk Anisa dan Sufi bila berpeluang naik pentas bersama-sama Rabbani sempena Pelancaran Semula Kelab Asuh.


Anisa semakin ada keberanian dan menjadi kanak-kanak pertama naik ke pentas berjaya menjawab soalan kuiz..Dapatlah barangan dari Rabbani!


Sempat berposing dengan Rabbani...


Ramai-ramai atas pentas termasuklah Sufi yang offer diri !!

Peluang untuk membina keyakinan anak-anak agar ke depan wajar diasuh seawal mungkin. Ramai ibu bapa yang semakin menyedari hal ini kerana kepandaian dalam akademik kini gagal menandingi kebijaksanaan membawa diri dalam public. Tetapi aku masih lagi mencari suasana yang sesuai untuk anak-anak aku agar tidak terover expose...kadang-kadang aku sendiri tak tahu mana yang sesuai dan mana yang tidak sebab zaman sekarang perubahan sekeliling berlaku dengan cepat sangat. Dulu kita melihat kebolehan emosi, kini kita fokus pada kemahiran sosial pulak..esok-esok, ntah apa pula trend dalam mendidik anak-anak...


Gambar ni Sufi yang amik...semakin expert dia handle camera.
Kalau idak, asyik hilang kepala!!

Ini tengah compete dengan kakak untuk dapatkan paling banyak kayu yang dikeluarkan dari susunan bongkah...Dapatlah hadiah...hehehe!

Apa komen aku tentang Pesta buku?? Memang macam pesta!! Hahahaha...Cuma bila dah ramai orang, sesak nafas! Aku dan buku, lebih macam keluar dating...tak syiok sesak-sesak. Hilang dalam ramai. Akhirnya apa yang nak terlepas begitu je! Mungkin aku akan turun sendirian masa minggu kerja. Relax dan tak sesak dengan ramai orang. Sebenarnya rimas gak bila bersesak-sesak memilih buku. Serabut mata dan tangan...heheheheh!!

Kesimpulannya: Banyak kutip freebies!!

Antara buku yang paling aku suka ialah past years exam untuk English dan set past years SRJK (C) exam paper untuk kakak....

Paling aku tak suka ialah salesman dari Grolier dan Gogo...walamak..boring betul sebab menyekat perjalanan aku dan membuang masa mendengar benda sama bertahun-tahun...

Paling membuka mata dan minda aku ialah Klinik EZ math...memang menarik sebab fokusnya pada sifir, tambah dan bahagi...Tapi dah hilang pulak pamplets. Mungkin boleh hantar kakak untuk kelasnya di Shah Alam..

1 comment:

Penyulawa (Kak Anim) said...

tp pesta buku kali ni macam tak ramai peserta seperti tahun2 sebelumnya. spt biasa kopak beratus ringgit dengan buku2 masakan dan hiasan kek... hehehe...