Monday, April 20, 2009

Teruskan Langkah...

Kalau disingkap sejarah hidup aku, pastinya ada yang menangis. Bukan mudah nak melangkah dengan kehidupan yang tercalar dengan kisah-kisah yang menguris kalbu. Tetapi hidup adalah pengalaman yang perlu kita tempuh dan lalui.

Kalau kita perhatikan ada diantara kita dilahirkan OKU secara fizikal tetapi hakikatnya lebih ramai diantara kita yang OKU spiritual, emosi dan sosial! Malah ada yang diberi kehebatan fizikal sehingga sehingga menjadi gilaian ramai orang tetapi spiritual, emosinya OKU!!

Aku lebih suka menjadikan diri aku sebagai spesimen. Menjalankan ujikaji demi ujikaji dan menunggu keputusan demi keputusan. Ada masanya aku yang menentukan corak keputusan tetapi lebih banyak ketentuannya di tangan orang sekeliling.

Hari ini aku menggunakan teori responsive terhadap beberapa orang dan aku melihat keputusannya. Apa yang pastinya aku yang mengawal keadaan dan aku tidak membiarkan keputusan aku dikawal oleh orang lain!!!

Cuma percayalah satu perkara...kehidupan kita seperti berdepan dengan jurujual. Macam-macam yang diperlukan tetapi kerana godaan si penjual, kita selalunya gagal membezakan keperluan dan kehendak...

Di situ terletaknya OKU kita...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau dihalusi...kita selalu dicacatkan oleh kelemahan diri kita yang mungkin boleh dibaiki dengan beberapa siri perubahan. Tetapi berapa ramai diantara kita yang berani mengakui kecacatan diri sendiri? Selalunya kita hanya mempamerkan kekuatan dan kehebatan diri kita hanya sekadar untuk mengaburi mereka yang memandang. Cuma untuk berapa lama?

Aku?...Teruskan melangkah dan sedang belajar menerima hakikat bahawa aku juga OKU!!!



No comments: