Saturday, April 25, 2009

Duduk dan BUAT!

Seronok pulak bila duduk dan merancang dan membayangkan bagaimana apa yang diingini direalisasikan.

Hari ni aku dapat duduk dengan Hazlina untuk prepare Minggu Bahasa Inggeris di SMKA Slim River. Tema yang dipilih ialah kebersihan dengan kelainan dari segi perlaksanaan aktiviti dan hadiah.

Trend di sini ialah bagi hamper kepada pelajar tapi lepas aku dan Hazlina buat brainstorming sambil interview anak-anak murid aku, akhirnya hadiah Minggu Bahasa adalah buku cerita, dvd, dan voucher Pizza Hut, KFC dan McDonald. Aktiviti pun best sebab semuanya hands on. Objektifnya ialah agar pelajar dapat memahami bahawa English bukan akademik semata-mata tetapi juga untuk keseronokan. Memang sesuai dengan motto aku "learning is FUN".

Hopefully, bermula dari Minggu Bahasa Inggeris, pelajar dapat diterapkan dengan budaya keseronokan belajar dan sambil belajar kepentingan kebersihan diri dan persekitaran melalui aktiviti yang dirancang. Seperti biasa, aku suka aktiviti simple tapi impaknya mengegarkan...

Terima kasih kepada semua cikgu yang memberi idea...Aku hanya menggerakkan je.

No comments: