Frust tak terkata bila Perak kalah di tangan Selangor. Rasa macam nak pencen, tak mau terlibat dah dengan debat tapi fikirkan macam perjuangan tak selesai...hisshhh! Tak boleh jadi nih..Tahun depan kena rancang strategi betul-betul, kenalpasti kekuatan dan kelemahan. Baiki dan perkemaskan!
Hari ni aku selesaikan urusan assignment terakhir untuk Dekan Prof Dr Omar. Lega rasanya bila dah hantarkan folio dan ulasan jurnal kepada Intan (PA).
Minggu ni memang sibuk dan meletihkan. Dari hari Ahad sampai Selasa di IAB, Jitra. Hari ni selesaikan assignment. Hari Sabtu ni ada kursus Kajian Tindakan di SMK Bidor. Hari Isnin depan sepatutnya Perak cuti tapi aku kena ke Putrajaya sebab kena ke interview HLP. Kalu dapat biasiswa tu, wah! bestnya. Kalau tak dapat, cuba lagi..heheheh!
Dalam perjalanan balik dari Jitra, sempat aku tengok banner TLDM Lumut mengadakan hari terbuka selama 2 hari pada 25 dan 26 Mac. Macam-macam pameran diadakan. Best juga kalau pergi tambah gaji dah masuk. Aku calling orang Pantai buat kira-kira sikit. Rasa macam menjadi! Tambah pula sepanjang aku belajar ni, anak-anak macam terbiar je!!! Sedih pulak tengok diaorang tapi bagus sebab mereka belajar berdikari dan belajar memahami. Maka minggu depan ke Lumut pula la aku dengan budak-budak. Outing yang pertama sejak pindah ke Tanjung Malim. Dalam kepala, macam-macam perancangan dibuat kalau ke Lumut! For sure ke Teluk Batik. Nak ke Pangkor susah sikit sebab kat sana kenderaan jadi masalah. Kena sewa motor untuk merayau. Ghenyah!

No comments:
Post a Comment