Monday, July 7, 2008

Kawin dan Cerai

2 cerai, 14 kahwin tiap sejam
JOHOR BAHRU 9 Jun - Dalam tempoh sejam, lebih daripada dua perceraian dan 14 perkahwinan melibatkan pasangan beragama Islam berlaku di seluruh negara.Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlaku di negara ini.Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), angka itu adalah purata bilangan perceraian dan perkahwinan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Jumlah perceraian sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 20,529 manakala perkahwinan pula sebanyak 131,086, kedua-duanya meningkat berbanding 2006.Selangor mencatatkan bilangan perceraian tertinggi iaitu sebanyak 3,722 diikuti Kelantan (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551) dan Terengganu (1,537).Pahang mencatatkan sebanyak 1,502 perceraian, Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37).
Sementara itu, Kedah mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi iaitu sebanyak 20,889 diikuti Kelantan (17,201), Selangor (14,817), Johor (13,241) dan Perak (11,446).Sabah merekodkan sebanyak 9,941 bilangan perkahwinan, Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang (4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538), Perlis (2,484) dan Labuan (486).
Dalam pada itu, bilangan perceraian yang dilaporkan di seluruh negara pada 2006 adalah sebanyak 19,463 manakala perkahwinan sebanyak 114,812.Kesemua negeri kecuali Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak mencatatkan peningkatan bilangan perceraian manakala hanya Kuala Lumpur dan Sarawak merekodkan penurunan bilangan perkahwinan
~ aku sembang dengan kawan aku pasal jumlah penceraian yang begitu tinggi dan soalannya ialah berapa pula jumlah perkahwinan. Tadi aku baca entri PakNgah pasal pendatang hantar RM 15.5 juta keluar negara...so terfikir juga nak cari berapa jumlah orang kawin dan cerai tahun lepas. Apa yang aku lihat ialah dalam ramai yang ghairah untuk berkahwin, masih ramai juga yang belum cekap melayari bahtera perkahwinan mereka...Tergerak juga aku untuk mencari punca penceraian yang mengikut nisbah setiap 7 perkahwinan satu pasangan pasti bercerai, boleh dianggap tinggi juga tu...

No comments: