Latihan intensif bermula 3 minggu sebelum sambutan. Aku kagum dengan mereka kerana aku akui bahawa mereka memang lemah dalam Bahasa Inggeris kerana tidak ada pendedahan yang banyak masa di sekolah rendah menyebabkan tahap keyakinan mereka sangat rendah...tapi aku yakin bahawa mereka mampu memberikan yang terbaik!
Beberapa hari sebelum persembahan, mereka menerima baju batik yang ditempah khas oleh pihak sekolah sebagai pembakar semangat untuk mereka melakukan yang terbaik! Aku pun dapat sepasang baju batik dengan corak yang sama sebagai tanda aku adalah penyokong mereka no 1.
Latihan diadakan di mana-mana ruang yang tersedia. Keadaan ini pada mulanya menjadikan mereka malu dan segan tapi akhirnya mereka membina keyakinan kerana mereka mula merasa nikmat "memberi yang terbaik".Kali pertama mereka membuat latihan di atas pentas! Pendedahan demi pendedahan diberikan oleh Cikgu Elly tentang bagaimana lenggok choral speaking melalui video pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 2005. Dari situ, pelajar aku mencedok dan meniru mimik muka dan membina keyakinan untuk berhadapan dengan penonton yang rata-rata masih belum pernah melihat atau mendengar persembahan choral speaking.
Latihan memanaskan suara pelajar lelaki sebelum persembahan diadakan di tapak roll call sessi petang. Nampak jelas keyakinan diri yang sudah mula terserlah yang membuatkan aku tersenyum walaupun mereka tahu Puan Sharifah ialah guru yang serius! Aku serius??? Biar betul...
A pat on the back for a job well done!
No comments:
Post a Comment