Friday, July 18, 2008

Pesta Air VS Pesta Kerja

Balai Polis Simpang pada jam 6.45pm

Simpang,hari ni bermandikan hujan yang cukup sinonim dengan "nestled amist the wet town of Taiping". Cuma yang bestnya ialah hujan kali ini membersihkan bukan sahaja luar kawasan rumah tapi termasuk dalam rumah!...Terima kasih hujan rahmat sebab sesiapa yang segan nak bersih rumah, nampak gayanya hari nilah masanya untuk membuat Gotong Royong Perdana...

Aku pula seperti biasa cool je dalam kalut sebab nak meraih simpati...tapi...waaaargh!!! jantung aku jangan ditanyalah bagaimana rasanya sebab aku baru sangat pindah ke rumah dengan semua kelengkapan baru yang kira habis jugalah sebelah tangan! Sabar...dan terus sabar!
Lewat petang tadi kebanyakan guru di sekolah mula kalut sebab ada ramai guru sessi pagi datang untuk bertugas dan mereka memberitahu bahawa beberapa kawasan di Simpang sudah mula dinaiki air..aku pula..heheheh..relax je sebab memikirkan kawasan rumah aku tu tinggi
Tapi bila aku tengok Balai Polis Simpang dinaiki air melebihi satu kaki, aku dah mula panik. Bila aku buat U-turn dan melihat kawasan rumah aku sudah dilimpahi air...masyaallah...innalillah dah semua barang-barang dalam rumah aku.
Aku pun call la kawan-kawan, meraih simpati sambil mendapatkan ketenangan bahawa ini dugaan je...
Sebenarnya dalam kepala aku dah risau bila tengok kedai fotostat yang sudah mula kelam kabut, confirm bahan aku sangkut...dan seperti yang dijangkakan, mereka tidak dapat menyiapkan bahan tersebut sebab mereka lebih sibuk untuk selamatkan mesin mereka. Bahan-bahan tu pula nak digunakan untuk Ceramah Muet Kertas 4 di SMK Raja Shahriman, Beruas esok pagi pukul 8.30 am...Nampak gayanya aku kena fotostat semua di Beruas sebelum ke sekolah. Dan yang paling best, aku tak tau sekolah tu kat mana. Esoklah dalam kereta baru fikir. Apapun paling penting sekali ialah RUMAH KU kekal SYURGA ku sebab air tak masuk.
Leganya!

Depan Makmal Komputer pukul 6.15 pm tempat anak murid aku berlatih Choral Speaking untuk Sambutan Jubli Perak SMK SIMPANG. Bunyi macam Datuk Alimuddin nak rasmikan. Pada masa yang sama aku terlibat sebagai urus setia untuk Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak di SERATAS, kerat dua la nampak gayanya!

Depan Bilik Guru pada jam 6.30pm, air di padang dah macam tasik, bergenang dan berkocak...

Jalan utama sebelum ke Lorong Tembusu, rumah aku pada jam 6.50pm. Rupa-rupanya rumah di kawasan dalam taman mengalami kebanjiran air yang teruk. Harap-harap adalah bantuan derma kilat dari Nizar atau DAP! Masa ni la kalau nak tunjuk perihatin ke tidak..


Permandangan depan lorong nak ke rumah aku...Menurut budak Cina tu, rumah lorong ni tak ada yang dimasuki air..leganya aku!





Kira-kira 20 minit menunggu, belum ada apa-apa perubahan, maka aku terus ke Kg Boyan ambil Sufii bila mengetahui bahawa kakak masih di rumah pengasuhnya dan rumah mereka di naiki air. Pastinya aku tak dapat buat apa-apa selagi air belum surut.

Dalam pukul 7.30pm lepas aku dah ambil Sufi, air dah mula surut tapi aku masih lagi kerisauan memikirkan air yang bergenang dan barang-barang dalam rumah tu.
Pukul 8 malam, aku masih lagi menanti dalam kereta untuk air surut. Takut juga kereta sangkut. Menambahkan masalah lagi. SO sabar!


Botol yang tersadai di pagar rumah aku...Cit ada juga jenama nih!
Bila pagar rumah dibuka jam 8.15 malam...wah leganya bila tengok lantai rumah kering. Tapi kesian pula bila tengok jiran di seberang sana sibuk berGotong Royong Perdana. Sekali imbas macam nak raya pulak!

4 comments:

Rozita bt. Paiman said...

Kesiannya dia. Tahniah! kerana berjaya menempuh dugaan yang diberikan dengan tabah dan sabar. Allah akan sentiasa menduga umatnya dengan pelbagai cabaran bagi melihat bagaimana kasih dan cinta hambanya kepada Nya.

DeLinn said...

uishh teruk gak banjirnya sharifah. Hope everything's fine with your house.

:)

Sharifah Hassan said...

Salam Rozita,

Terima kasih tapi macam tak sanggup nak berdepan dengan debaran menanti surutnya air yang melimpah!

Sharifah Hassan said...

Salam delinn,

Syukur rumah saya tak masuk air...tapi ramai rakan guru di sekolah yang kerugian ribuan ringgit kerana air naik sehingga paras yang di luar jangka.