Konsep memahami dan menerima ini aku mula faham bila aku duduk bersama Honey pada suatu petang beberapa minggu lepas di Taiping Lake Garden dengan anak-anak aku berkeliaran di padang.
Hari ini sekali lagi aku berdepan dengan keadaan di mana aku perlu memahami sekaligus menerima hakikat yang sukar aku faham dan terima. Akhirnya aku menghabiskan masa dengan kawan aku yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan.
Aku semakin mengenali diri aku sendiri, meneroka kelemahan dan kekuatan aku. Kehadiran kawan aku membantu aku menampakkan keadaan yang aku tidak nampak, menjelaskan yang kabur padaku...
Selalunya kita hanya mampu menerima apa jua keadaan tanpa benar-benar memahami kenapa ia berlaku. Ada pula keadaan di mana kita mampu memahami apa yang sedang berlaku tetapi kita tidak mahu menerima hakikat bahawa ia sedang berlaku ke atas diri kita.
Apabila berlaku keadaan kita mampu menerima tapi tidak memahami atau keadaan di mana kita memahami tapi sukar menerima maka kita selalunya akan mencari escapism...
Ada yang memilih escapism yang positif dengan berserah diri pada Tuhan dan menganggap keadaan yang sedang ditempuh adalah ujian semata-mata. Ada juga yang memilih escapism yang negatif dan menganggap apa yang berlaku adalah kesalahan seseorang dan kita akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan...ada juga menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berdepan dengan keadaan tersebut. Malahan ada di antara kita yang akhirnya akan mematikan apa jua perasaan agar tidak merasa terkucil, kecewa atau marah dengan apa yang berlaku...
Di mana aku?
No comments:
Post a Comment