Monday, July 7, 2008

Mengapa memilih Jalan Keluar?

Menurut Presiden Peguam Syariee Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata punca kebanyakan pasangan yang bercerai adalah kerana mereka gagal memahami dengan jelas hak dan tanggung jawab dalam perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga walaupun mereka telah lama bercinta.
Akhirnya berpisah dipilih sebagai jalan untuk meleraikan ikatan yang telah dibina.Perkahwinan itu sendiri disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kebahagiaan sering terpancar di wajah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tatkala itu semua perkara yang berlaku merupakan peristiwa yang indah-indah belaka. Suami sangat menyantuni dan menghormati isteri dan begitu juga sebaliknya. Segala cabaran dan dugaan diharungi bersama-sama dan berjanji akan hidup semati.Tidak dinafikan bahawa sesebuah perkahwinan itu akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

Adakalanya pasangan suami isteri bertelagah pendapat, bertengkar, bermasam muka, tidak bertegur sapa malah ada yang sanggup memukul isterinya. Anak-anak pula mula tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa. Akhirnya pelajaran anak-anak merosot dan sikap mereka menjadi lebih agresif.Apabila sudah tidak sefahaman, penceraian menjadi jalan pilihan. Isteri sudah tidak tahan tinggal bersama suami. Suami pula seolah-olah lupa tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Apa yang pasti perkahwinan yang suatu ketika dahulu dibina atas dasar cinta terlerai begitu sahaja akibat perasaan benci dan marah. Persoalannya, adakah cukup cinta sahaja kukuh untuk mempertahankan sebuah perkahwinan?

Hampir setiap hari Jabatan Agama Islam dikunjungi oleh pasangan-pasangan yang bermasalah dan berhasrat untuk bercerai. Mahkamah Syariah pula tidak sunyi dengan permohonan penceraian oleh pasangan-pasangan. Pendek kata Majlis Sulh pun tidak mampu mendamaikan hati kedua-dua pihak.

Dalam tempoh setahun sahaja ratusan kes penceraian dilaporkan di seluruh negeri di Malaysia. Apakah punca-punca yang mendorong kepada penceraian mereka? Bagaimana pula tuntutan yang dibuat oleh isteri-isteri selepas penceraian?

~ Pastinya apa yang disebut Zainul Rijal Abu Bakar memang patut dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana. Aku rasa panduan itu bukan sahaja sesuai digunapakai dalam perkahwinan semata-mata tetapi juga dalam pergaulan seharian kita kerana apabila kita berjaya memahami dan berkomunikasi dengan baik, banyak masalah kehidupan dapat diselesaikan tanpa ada yang merasa kecewa atau terkucil...

No comments: