Friday, November 28, 2008

Layan



Layan kereta.
Setakat ni aku dah overhaul enjin, tukar waterpump, arm dan tulang (macam tulang anjing je) tayar belakang, kompressor, cd player, carpet, steering, exaust pipe, tayar, sport rim...apa lagi ek...? ohhh...aku tukar seat standard wira kepada seat proton perdana...(kaki panjang!) Tinggal nak tukar absorber je..tapi belum eekk...ookkk..biarla kut dulu nooo....Itu belum kira ntah berapa kali alignment dan balancing tayar...heheheh..! Rasanya for the next few years, boleh la aku relax!


Hmmm dah dua minggu aku asyik melayan kereta aku nih! Yelah kereta murah (tapi semangat patriotik~ kena sokong buatan Malaysia), banyak yang kena dibaiki. Sejak bulan 6 sehingga sekarang banyak juga yang aku belajar pasal kereta ni. Kiranya aku boleh le tulis kamus pasal kereta...hahahah! Orang selalu kata pompuan dan kereta ni musuh ketat tapi aku rasa hal ni berlaku pasal kereta selalunya dikaitkan sebagai boy's toy! Dan ia juga sebab mengenali kereta memang memerlukan kesabaran untuk terus ingin tahu dan benar-benar menghabiskan masa mengenali bahagian selain stering semata-semata. Aku bukanlah pro tetapi aku harap ilmu yang aku ada ni berbaloi dengan wang yang aku laburkan!




Layan Adlin..

Masalah gigi kalau tidak dijaga dari awal memang akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Semalam bila aku ke klinik dentist aku, ramai makcik-makcik tua yang buat pemeriksaan gigi. Suka aku tengok barisan gigi original mereka yang tersusun cantik...


Jadi gigi dan aku adalah hal yang cukup aku lali! Sebabnya gigi ni memang satu yang perlukan layanan dan keprihatinan yang sangat tinggi. Dua dari empat anak aku bermasalah gigi yang tidak sekata. Hari ni gigi geraham kecil Adlin dicabut sebab dah beberapa hari mengadu giginya longgar. Akhirnya pepagi lagi ke klinik. Nasihat yang diberikan adalah menetapkan appointment sehingga semua gigi susunya tanggal untuk mulakan treatment.


Habis melayan Adlin, aku layan pula si Sufi yang sudah pandai mengadu sakit. So selesai Adlin di tingkat atas, ke bawah pula ke klinik pesakit luar. Sejak petang semalam dia muntah dan mengadu sakit perut. Agaknya hari ni hari kaunter aduan dibuka (sarcasticnya aku!!!)sebab anehnya, Dr Rizawati sempat mengadu kepadaku pasal ubat yang dicatu. Katanya sepatutnya Sufi diberikan syrup hyrocine tapi farmasi membuat catuan dan ubat yang diberikan adalah bekalan basic sahaja...Katanya masalah budjet...Aik?


Layan 5 kepala...

Memberi ruang untuk anak-anak berehat sebenarnya satu tindakan yang amat-amat memerlukan kesabaran! Akhirnya akibat aku tak tahan dengan kerenah anak-anak dalam rumah aku, bodyguard aku buat special delivery ke rumah aku beberapa malam yang lepas. 2 rotan berlainan saiz! Hahahaha...Sekurang-kurang sekarang suara aku tak berbunyi...hehehe...tunjuk rotan je! (Boleh gitu ke??)

Hahahaha....dua minggu ni memang aku biarkan anak-anak bercuti sepuas hati mereka. Cuma petang tadi kelas menggaji dah mula. Pada mulanya merenggek semuanya sebab kelas bermula dari pukul 3 sehingga 6 petang tapi bila balik sibuk pulak seronoknya kelas sebab ustazahnya baik dan kelasnya ada ramai kawan...hehehee!


Dalam aku sibuk melayan laptop tua ni, asyik mereka berempat bertanya bila nak ke kolam air panas(Jawapan standard aku~ tanya sekali lagi...takyah pegi langsung!) Malam semalam dah layan tapi sebabkan macam nak hujan aku hanya layan sampai pukul 11pm. Rasanya malam ni aku nak biarkan mereka mandi sepuas-puasnya sampai kolam tu tutup....

Esok ada trip ke Kampar untuk mereka bermalam di sana...Layan jee...

Tapi...aku ni sapa nak layan??

Tuesday, November 25, 2008

Hak

Hak yang ada ditangan kita biasanya akan terselit hak orang lain. Bagaimana kita menjaga hak yang dikatakan "hak kita" banyak bergantung kepada bagaimana kita menjaga hak orang lain juga.
Selalunya kita terlupa pada hak orang lain dan hanya meletakkan fokus kepada "hak kita" semata-mata. Ini agaknya keadaan yang dikatakan 'mementingkan diri sendiri". Kenapa berlaku begitu?
Banyak contoh di sekeliling kita. Ambil yang mudah. Katakan kita memiliki sebuah kereta dan kita menjaga kereta itu sebaik mungkin kerana itu "hak kita" sedangkan kita menggunakan kereta itu untuk membawa anak isteri kita ke mana-mana. Jadi kita membeli kereta itu bukan untuk diri kita tetapi demi kesejahteraan orang lain juga. Itu yang dikatakan hak yang ada di tangan kita biasanya terselit hak orang lain.
Kenapa hari ini aku menulis tentang hak?
Semalam aku menghantar kereta aku untuk di touch-up! Kes sagat pagar rumah...habis dua pintu di sebelah kanan....Dulu tanya harga dengan tokey cat Ah Siong kat kedai makan mak aku, dia minta RM280. Baru-baru ni ada sebuah kedai cat budak melayu bukak kat jalan shortcut dari Simpang ke Aulong. Aku ajak bodyguard aku riki harga. Budak tu offer RM120. Canteeekkk....So hari ni aku patah kaki lagi.
Dalam kami berbual petang semalam, terselitlah kisah kehidupannya yang menyayat hati. Rupa-rupanya budak tu ialah bapak kepada dua budak yang kini tinggal dengan bekas isteri. Perpisahan yang baru sangat. Aku hanya menitik beratkan hak anak-anaknya itu kerana walaupun kedua ibu bapa mereka berhak untuk berpisah tetapi dalam hak mereka itu terselit hak dua anak kecil yang masih perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Aku masih memikirkan bagaimana kita masih mampu menekan tentang "hak kita" sedangkan dalam "hak kita" itu masih terselit hak orang lain...
Wallahuallam...

Avant-garde

Cara kita berbeza...Satu pendekatan yang pastinya menghasilkan penglihatan dan pemahaman yang tidak akan serupa dengan orang lain. Lalu kita belajar untuk mencari persamaan dalam perbezaan itu agar kita dapat diterima masuk dalam kumpulan yang kita ingin bersama!

Namun begitu, ada masanya kita perlu kekal dengan perbezaan yang ada apda diri kita agar kita menimbulkan keunikan tentang identiti dan entiti sendiri. Kelainan itu pasti akan menjadikan kita lebih mudah mempunyai "niche" untuk dikenali dan didekati..

Mungkin cara kita yang berbeza itu dianggap radikal dan sesuatu yang baru sehingga menimbulkan rasa skeptikal terhadap diri kita. Tetapi itu adalah pendekatan penerimaan yang perlu kita bersedia untuk menerima dan menempuh. Bila kita sabar dan sanggup dengan apa jua keadaan yang dihadapi, pasti akhirnya kesungguhan itu membuahkan hasil yang lumayan.

Teringat aku pada kisah Datuk Tom Saufi dengan corak batik yang menjadikan dia terkenal seantero Asia. Corak batik bulat-bulat yang dipopularkan oleh Camelia yang akhirnya diciplak oleh ramai pengeluar kain yang lain...Itulah Avant-garde!

Sunday, November 23, 2008

A Treat



Been busy lately! Bukan dengan kerja tapi anak-anak. Percutian sangat perlu buat anak-anak aku kerana itu satu cara mereka meredakan perasaan mereka dan menghilang stress (yang stress waktu percutian ni biasanya aku...hehehehe!). Aku awal-awal lagi dah bercuti supaya aku tak sakit kepala melayan karenah 5 anak (anak aku sentiasa bertambah~ kali ni Qeemal ikut sekali dan disambung bercuti di rumah aku!)


Kebetulan ianya lebih sebagai hadiah kepada Anisa sempena hari jadinya pada 22 November dan untuk Adlin yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kelasnya di SRJKC Chung Hwa. Tambah ada yang sponsor tempat bermalam dan tiket all park dibeli dengan harga staff (jangan jeles!). Maka tahun ni percutian mereka ditetapkan ke Genting Highlands...yang rasanya macam dah jadi yearly event!




Sebenarnya Taiping juga adalah destinasi percutian yang tidak kurang hebat. Apa yang pasti ialah aku tidak pernah jemu ke Night Safari di Taiping Zoo (kebiasaannya boleh masuk percuma). Begitu juga ke Bukit Larut yang pastinya bakal menjanjikan ketenangan minda. Paling tidak pun berendam di Kolam Air Panas di Trong pada waktu malam juga memberi keselesaan fizikal yang menyenyakkan lena...





Aku juga sempat ke Langkawi untuk menyelesaikan urusan yang akhirnya melegakan minda aku sepanjang cuti ini. Apapun cuti sekolah kali ini penuh berisi aktiviti dari hari pertama hingga ke hari terakhir!


Selamat bercuti untuk semua...

Saturday, November 22, 2008

I'm Getting Cold Feet!


She is eleven and I still can remember the day she was born!


Panduan Keibubapaan Setelah Anak-anak Menginjak Alam Remaja

~Semasa remaja, mereka mula mengambil tindakan yang berisiko dan bereksperimen. Ini adalah titik permulaan bagi remaja untuk beralih dari alam yang berpusat kepada keluarga (family-centered) kepada komuniti yang jauh lebih luas di mana mereka mula tercari-cari identiti diri sendiri. Remaja mungkin akan memilih kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa atau mencuba merokok, menghisap dadah dan minum minuman beralkohol. Mereka turut bergaya dengan fesyen semasa, membanding-bandingkan gaya hidup keluarga mereka dengan keluarga yang lain serta melanggar peraturan rumah atau norma masyarakat.

~Remaja berbuat demikian untuk menguji sejauh manakah kemampuan dan keterbatasan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka ingin percaya bahawa mereka boleh meneruskan hidup tanpa panduan atau kawalan ibu bapa. Remaja juga mungkin cuba memindahkan keseimbangan kuasa dan otoriti ke pihak mereka. Maka dengan itu, ramai ibu bapa yang bimbang dan dihantui dengan sikap anak remaja mereka yang seolah-olah ingin berkonfrontasi dengan mereka. Ibu bapa juga bimbang dengan tindakan berisiko tinggi yang diambil oleh anak remaja mereka.

~Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan dari semasa ke semasa supaya berlaku aliran komunikasi yang licin di antara ibu bapa dan remaja. Ibu bapa perlu memahami keperluan emosi, fizikal dan mental remaja bagi membangunkan sahsiah mereka sepenuhnya.

Panduan berikut boleh digunakan oleh ibu bapa dan orang dewasa yang ingin menangani remaja keseluruhannya:

*Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja. Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal, biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak remaja anda menangani perubahan tersebut.

*Kenangi semula zaman remaja anda; perasaan yang berubah-ubah (mood swing), kemarahan terhadap pihak yang memegang kuasa (seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya), kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka.

*Daftarlah untuk kursus kemahiran keibubapaan yang berkesan. Keibubapaan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Belajarlah juga daripada ibu bapa lain yang berpengalaman dalam mendidik remaja yang berjaya.

*Dengarlah dan kurangkan bercakap. Anak remaja anda telah menghabiskan sebahagian besar masa kanak-kanak mereka sebagai pendengar dalam kebanyakan situasi. Ketika remaja inilah mereka mahu dan perlukan peluang untuk didengar dan berkongsi perasaan dan pendapat mereka. Mereka mula menyemak semula pegangan keluarga, adat tradisi dan agama yang sesuai dengan kehendak identiti mereka.

*Didiklah anak remaja anda tentang asam garam kehidupan, dan kemanisan dan kepahitan menyelesaikan masalah agar mereka tahu menikmati kegembiraan dan menangani perkara yang buruk. Sedarkan remaja bahawa hidup ini tidak seindah mimpi. Jangan dibuai remaja dengan harapan semuanya mudah dan indah kerana ini akan menyebabkan remaja kecewa dengan realiti kehidupan. Jangan sempitkan ruang lingkup pilihan yang ada. Misalnya, meminta anak belajar dengan rajin sekiranya ingin menjadi seorang doktor. Realitinya ramai juga remaja yang pintar yang tidak mendapat kursus pilihan masing-masing kerana persaingan yang sengit.
Gunakan kaedah ‘peneguhan positif’ (positive reinforcement) untuk tingkah-laku yang positif sekiranya munasabah; ia jauh lebih berkesan daripada kritikan (atau kutukan) dan hukuman terhadap tingkah-laku yang negatif. Peneguhan positif diberi dalam bentuk pujian, penghargaan, hadiah istimewa atau pergi melancong misalnya. Perkataan yang memperkecilkan keupayaan dan kebolehan mereka boleh menyebabkan kecederaan kepada penghargaan kendiri (self-esteem) remaja. Perkakas yang paling berguna dalam mendidik remaja ialah kasih sayang, belas ihsan, kepekaan, sanjungan, memahami dan komunikasi yang telus dan tulus.

*Didik anak remaja anda bahawa hak-hak dan tanggungjawab berjalan seiringan. Berikan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada anak remaja anda dengan tujuan melatihnya seperti tanggungjawab menjaga keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Beri peluang kepada remaja untuk membantu kerja-kerja di rumah dan terlibat dengan proses perbincangan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam keluarga.

*Dapatkan pandangan remaja dan bantu mereka agar memahami proses bagaimana sesuatu keputusan dicapai. Berikan situasi di mana remaja diuji dengan kemahiran membuat keputusan dengan sokongan orang dewasa di sekelilingnya. Jangan kritik remaja sekiranya keputusan yang diambilnya tidak tepat atau tidak seperti yang diingini. Sebaliknya tunjukkan bahawa anda memahami dan berikan bantuan yang diperlukan. Dengan ini, remaja akan belajar membuat keputusan-keputusan yang penting dalam hidup mereka seperti keputusan samada hendak merokok atau tidak, hendak belajar atau tidak dan sebagainya.

*Bantu remaja agar tidak terlalu bergantung kepada orang di sekitarnya seperti ibu bapa atau abang dan kakaknya. Keperluan remaja untuk memanifestasikan ‘kebebasan’ dan kematangan mereka mungkin berlaku pada masa yang berbeza dan melalui wadah yang berbeza. Kadangkala sukar bagi ibu bapa untuk membiarkan remaja melakukan keputusan bersendirian kerana risaukan keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, keupayaan remaja menangani tanggungjawab yang semakin bertambah akan meningkat sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan kepada pilihan yang mereka buat dan menjadikan remaja bersedia menghadapi cabaran yang menanti.

*Berikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda sebenarnya sedang mencari-cari ruang untuk diri mereka di dalam dunia ini. Melibatkan remaja dalam aktiviti komuniti dan masalah masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka terhadap diri sendiri dan menolong mereka membangunkan kemahiran sosial mereka dengan perasaan ‘dipunyai’ (belonging) di samping memperkasakan remaja dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Bantu anak remaja yang bersekolah asrama untuk menyertai kelab-kelab remaja seperti Kelab Remaja JIM (KRJ) atau program dakwah yang lain ketika cuti sekolah. Adakan program ziarah kampung, memberi bantuan kepada fakir miskin dan sebagainya yang boleh mengajar remaja tentang realiti kehidupan selain mengelakkan remaja terlibat dalam gejala sosial.

*Luangkan masa dari segi kualiti dan kuantiti terhadap anak remaja anda. Tidak ada istilah ‘masa berkualiti’. Untuk mendapatkan kualiti dalam perhubungan, kuantiti masa juga adalah kritikal. Zaman remaja inilah biasanya anak remaja anda semakin jauh daripada keluarga dengan meluangkan lebih banyak masa di sekolah, dengan rakan sebaya ataupun sudah bekerja. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa meluangkan masa dengan anak remaja mereka kerana inilah kunci kepada kesejahteraan perkembangan emosi dan sosial remaja.

*Ambil peluang ketika remaja berada di rumah, sewaktu makan malam, solat berjemaah di rumah atau surau serta menonton televisyen bersama untuk mengukuhkan hubungan anda dengan remaja. Ambil tahu apakah minatnya dan hobinya serta terlibat dengan minat tersebut. Ini boleh membantu mengukuhkan sokongan anda terhadapnya serta memberi gambaran kepada anda tentang alam remajanya.

*Ada ketikanya ibu bapa merasa kecewa, marah, sedih atau putus asa terhadap anak remaja mereka. Terimalah perasaan anda itu. Menjadi ibu bapa yang baik tidak semestinya mesti segalanya sempurna. Tunjukkan bahawa anda mampu meminta maaf kepada remaja sekiranya anda telah terkasar dengan mereka. Ini akan menjadi contoh kepada remaja bahawa manusia juga melakukan kesilapan dan bermaaf-maafan adalah suatu cara dalam memulihkan semula perhubungan yang retak oleh tekanan dan ketidaksefahaman.

*Dapatkan bantuan dan panduan untuk diri anda dalam menangani perubahan pada diri anak remaja anda. Lihat tanda-tanda berlakunya krisis dan berbincanglah dengan ibu bapa lain atau dapatkan bantuan pakar. Dengan ini, ibu bapa boleh memahami apakah yang normal atau tidak normal pada seseorang remaja.

*Kebanyakan remaja mempunyai masalah pada suatu masa tertentu. Ini ditunjukkan dengan tingkah-laku memberontak secara tiba-tiba dan adalah normal kepada remaja. Janganlah ibu bapa pula merasa malu di atas sikap remaja. Jangan pula anggap bahawa setiap tingkah-laku anak-anak mencerminkan kualiti keibubapaan anda. Anda sudah lakukan yang terbaik dan berusahalah agar tingkah-laku negatif remaja tidak berpanjangan dan dibaiki segera.

*Jangan paksa remaja menyelesaikan masalah mereka dengan drastik. Remaja juga perlukan masa dan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Misalnya, berikan masa kepada remaja untuk membuang tabiat merokok dengan mendedahkan semua maklumat yang perlu dan memberi bantuan profesional kepadanya. Tunjukkan sokongan anda dan tidak berputus asa dengan mereka.

*Sediakan peluang untuk mereka membesar dan mengharungi zaman remaja dengan tindakan dan maklum balas yang positif. Berkongsi dengan anak remaja tentang harapan anda terhadapnya, pelajarannya dan masa hadapannya. Muhasabah tentang peranan mereka dan minta mereka muhasabah diri anda sebagai ibu bapa. Sediakan peluang untuk mereka mengasah bakat dan minat mereka serta mempertajamkan kemahiran mereka di samping memperkembangkan jati diri dan daya saing.

Posted by rohahassan

apa kataku:

Terus terang aku katakan, aku sendiri risau dan takut untuk menerima hakikat bahawa anak kecilku yang ku gedong bertahun-tahun sudah menginjak remaja dan semakin banyak karenahnya!

Kadang-kadang aku sendiri hilang sabar dan ada masanya ketidaksabaran aku mampu menguris hatinya. Apa yang pastinya ialah aku sendiri sedang menempuh apa yang ibu aku tempuhi dan apa yang nenek aku tempuhi...Cuma seperti selalu kita akan mengatakan zaman kita tidak sama dengan zaman anak-anak sekarang! Iya ke?

Yang penting ialah aku sedang melakukan yang terbaik, walaupun itu belum lagi cukup baik!!





Monday, November 17, 2008

Moga Takdir Masih Ada Untuk Kita

Jauh di sudut kata, jodoh bukan milik kita
Jauh di sudut rasa, moga takdir masih ada untuk kita
Moga bersua pandang semula sepertimana
Saat-saat indah pertemuanitu mengubah kisah
Kali pertama berttentang mata lantas bertemu
Kekal bertamu di sudut hatiku
dan biarlah ianya di situ sampai bila-bila
Kerana tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku

Sesungguhnya angin kenangan masih menderu
Membawa dedaun ingatan berguguran
Membisik gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan diperdu kasihku
yang setia menanti hadirmu

Setelus Impian ~ Zulaila Zakaria


Suddenly old memories came barging to my mind....

Sunday, November 16, 2008

X Generation

Membaca latar belakang Barrack Obama membuat aku terfikir bagaimana kita sebagai ibu bapa memainkan peranan membentuk keperibadian anak-anak agar mampu menjiwai dan memahami kehadiran mereka di muka bumi ini. Secara peribadi, aku berpendapat bahawa anak-anak memang perlu diberikan persediaan yang secukupnya agar jiwa mereka kuat untuk menempuh dugaan secara fizikal dan emosi. Sesungguhnya bukan mudah untuk mereka meneroka kehidupan mereka jika mereka tidak mempunyai persediaan yang jitu.
Kita sekarang adalah X Generation yang mengharapkan arus perubahan dari pelbagai sudut. Ekonomi yang tergugat malahan tidak stabil membuatkan kita lebih berhati-hati dan bersedia dengan segala macam kemelut.
Persediaan kita bukan lagi untuk mempersoalkan siapa yang akan menjaga kepentingan kita atau menjaga kebajikan kita tetapi memikirkan cara yang sesuai untuk memastikan diri kita sentiasa terjaga.

Destinasi Percutianku..


Kali ini aku berjalan lagi. Cuma dalam Asia sebabkan kekangan masa dan kerja! Bagi aku yang penting ialah aku masih mampu mempelajari dan menghargai kehidupan yang berbeza. Dalam perbezaan itu akan aku carikan persamaan yang mengikat satu budaya dengan budaya lain.


Tempat yang aku tuju kali ini memang menarik, banyak membuat aku menginsafi dan mensyukuri segala kelebihan yang aku miliki.


Ada diantara teman rapatku yang tak minat berjalan, merantau dan memerhati tempat baru (for sure kalau disponsor, ikut jugak!). Bagi mereka berjalan adalah aktiviti membuang masa dan duit. Kata mereka betul mengikut perkiraan mereka. Pasti mereka ada cara membelanjakan wang mereka! Untuk aku, berjalan memang "passion" aku dari dulu kerana itulah cara aku dibesarkan..(Rasanya apa yang aku buat, semua jadi "passion"!!!)


Nanti aku masukkan gambar-gambar!



Thursday, November 13, 2008

Selesai Untuk Tahun ni...

Brunch at Restoren Samy Chemor (boss belanja ~ Mr. Foong is the first guy from the right)
Favourite aku: Teh tarik susu lembu...


Under oath....nothing much can be said.
Tahun ni menarik sebab aku dapat boss baru!

Mr Foong is a very cool guy and very efficient. Aku rasa aku yang tak perform. Mungkin kerana aku banyak main-main... dan aku jenis playful (seriously very playful) cuma siap kerja seminggu awal dari orang lain. Heheheheh!


Tapi kerja tetap kerja dan yang paling penting aku sentiasa enjoy myself to the maximum. Paling best aku still dapat tengok Daniel Craig beraksi di celah-celah 4 hari penuh kesibukan. Dan disambung pulak di sekolah sampai 6.40pm (kerja hujung tahun memang urghhhh....)

Mungkin minggu depan masih di sekolah untuk bereskan kerja-kerja yang masih terbengkalai. Lepas tu 5 weeks in heaven!

Wednesday, November 12, 2008

Anugerah


Seorang lelaki dan wanita berdiri di tebing bukit mengadap permandangan yang berlatarkan persisiran pantai yang bertaut dengan bukit-bukau yang sangat indah. Kelihatan matahari petang mula terbenam di ufuk menghasilkan suatu keindahan yang benar-benar menakjubkan.



Dan mereka mula mempertikai, yang mana lebih indah di antara pantai yang memutih atau langit yang bergenang dengan keindahan petang. Lalu mereka beralih melihat bukit bukau yang menghijau dibandingkan dengan matahari yang kian menghilang.



Perbandingan demi perbandingan, pertelingkahan demi pertelingkahan tercetus kerana ingin menentukan yang mana lebih cantik, pantai atau langit, bukit-bukau atau matahari.



Pertengkaran mereka menarik minat seorang lelaki yang agak berumur yang sedang leka mengambil gambar-gambar di tebing itu. Akhirnya lelaki itu berkata...



"Kamu berdua bertelingkah tentang perkara yang salah... Dalam hal pantai dan langit, tidak ada yang lebih indah dan tidak . Atau siapa yang betul atau salah..."

Pasangan itu terus terdiam dan mula mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh si lelaki tersebut.

"Dari terus bertelingkah tentang mana yang cantik dan mana yang tidak, kenapa tidak melihat pada keindahan yang terbentang dan kelebihan yang ada. Putuskan persetujuan tentang perbezaan setiap permandangan yang kamu lihat dan itu yang bakal menentukan apa yang terindah.."


Apa kataku...:

Persepsi seringkali memainkan peranan yang penting dalam membentuk sangkaan kita. Satu yang pastinya ialah dalam banyak keadaan yang kita tempuh, ego akan menentukan apa yang betul dan apa yang salah atau apa yang ya dan apa yang tidak. Akhirnya kita terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita menentukan siapa yang patut menang dan siapa kalah!

Namun fokus kita sebenarnya tertumpu pada apa tindakan yang terbaik yang bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita tempuhi. Lihatlah situasi yang ada dari pelbagai sudut yang berbeza dengan bersedia membuat keputusan yang pelbagai.

Antara langit petang atau pantai memutih, kedua-duanya indah dan saling melengkapi. Maka penyesuaian yang perlu ialah melihat pada keadaan-keadaan yang menyebabkan kedua-duanya kelihatan begitu memukau dan bagaimana keindahan itu membentuk suatu pemandangan yang menakjubkan.









Sunday, November 9, 2008

Berbaik Sangka

Aku sendiri selalu kalah...kenapa kita sukar untuk berbaik sangka? Terutama apabila kita terasa keadaan kita terancam. Dengan mudah kita akan membuat prasangka sedangkan sebenarnya kita tahu apa yang diprasangka itu belum tentu betul. Ramai antara kita takut nak buat postsangka dengan melalui keadaan yang dikatakan mengancam itu terlebih dahulu!
Peringatan buat diri aku sendiri.
Fikirkan yang baik-baik dulu sebelum aku membuat apa-apa keputusan.
Elakkan mencari aib seseorang! Lebih baik melihat aib sendiri.

Saturday, November 8, 2008

B aca jika anda ada masa untuk ALLAH . Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kitacuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ... ... Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian... Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLAH ...
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? .
Dan Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Friday, November 7, 2008

Mencapai Gapaian..

Hari ini hari Jumaat...Aku berjalan di Pasar Arpo. Dalam "tri", aku terfikir (dan aku memang selalu berfikir)...
Kehidupan.
:: Kita akan sentiasa cuba mencapai sesuatu dalam hidup kita.
Tahap pertama kita akan mencuba melepasi tahap pendidikan. Kita akan berusaha untuk mencapai tahap yang tinggi dalam nilai sebuah pendidikan. Ramai juga yang sangkut di tahap ini dan menggunakan nilai pengalaman pula untuk meneruskan pejuangan dalam kehidupan.
Tahap kedua, menggunakan nilai pendidikan yang ada, kita akan berusaha mendapatkan kestabilan kewangan. Bagi yang tidak, mereka akan menggunakan apa jua kaedah demi keselesaan "RM". Bagi yang berjaya mereka akan meneruskan lagi langkah mereka. Bagi yang tidak, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi demi sebuah kehidupan.
Tahap ketiga, menggunakan wang yang ada, kita akan merancang apa yang kita inginkan dalam kehidupan. Selalunya di sini ramai yang menilai kejayaan mereka dari segi material yang mereka ada. Ada yang gagal dan terbelenggu dalam kesilapan percaturan sehingga menyebabkan mereka terikat dengan hutang keliling pinggang walaupun mempunyai wang yang banyak! Mereka yang berjaya bergerak lagi. Mencari peluang untuk mengembangkan kehidupan mereka untuk orang di sekeliling.
Tahap keempat, Kehidupan yang stabil dan berjaya dikatakan berkait rapat dengan kestabilan emosi dan sosial. Ramai yang mengimpikan sebegini. Namun ramai yang kecundang...
Apa kataku:
Kesilapan yang berlaku itu bukan satu kesalahan tetapi semuanya berbalik kepada kekuatan kita mengawal kehendak dan keperluan.
Di mana aku berada sekarang adalah memenuhi kehendakku. Keputusan aku adalah untuk diri aku. Berkemungkinan aku mementingkan diri aku sendiri! So?
~Never ask what others have done for you, but ask what you can do for others. (After you have done what you need to do for yourself)!

Tuesday, November 4, 2008

Banyak Yang Dapat Kau Banggakan!

Kau punya begitu banyak hal yang dapat kau banggakan :
tentangan-tentangan yang membuatmu
menjadi lebih kuat,
tekadmu yang selalu teguh,
dan kemahuanmu untuk
tetap berada di jalanmu
dan memberikan yang terbaik darimu.
Kau bertahan dengan mimpi-mimpimu;
Kau bekerja keras;
kau tak pernah menyerah.
Sekarang kita semua tahu
tak ada satu pun yang
tak dapat kau lakukan !
Impian benar-benar punya cara
untuk menjadi kenyataan,
dan kau telah membuktikannya.
Inilah momen yang telah kau perjuangkan-nikmatilah!
Kemudian ikutilah kata hatimu
dan semua peluang emas itu
masih ada di depanmu.

- Linda E. Knight

Monday, November 3, 2008

Daun Terakhir yang Tak Pernah Gugur


Di sebuah kawasan di Washington DC. tinggalah sekelompok pelukis. Tetapi mayoritas diantara pelukis terssebut miskin. Diantara mereka juga tinggal seorang wanita yang mengidap penyakit kanker paru-paru.


Dokter menganjurkan wanita tersebut menumbuhkan semangat hidup dari dalam dirinya sendiri supaya dapat segera pulih kesehatannya. Tetapi wanita itu tidak mengikuti anjuran dokter. Ia justru terus menerus memikirkan sakit yang ia derita, sehingga selalu merasa letih, lesu dan sakit. Ia mengatakan akan segera menjemput ajal bila daun-daun di pohon depan rumahnya semuanya gugur.


Sedangkan salah seorang dari para pelukis miskin tersebut bertekad untuk memberikan hadiah istimewa untuk wanita sakit itu. Ditengah keterbatasan dana pelukis itu tak pernah menyerah mencari ide untuk berkarya. Ia yakin berhasil menemukan ide cemerlang untuk sebuah karya yang luar biasa di sepanjang hidupnya.


Beberapa hari kemudian, wilayah tersebut didera angin yang sangat kencang. Semua pohon tak ada yang luput dari terjangan angin. Hampir seluruh pohon seketika daunnya berguguran. Kejadian angin kencang beberapa bulan yang lalu ternyata benear-benar menjadi inspirasi bagi pelukis tersebut untuk menciptakan karya paling luar biasa di sepanjang hidupnya.


Diam-diam pelukis itu berusaha melukis fenomena alam itu pada sebuah sisi tembok yang berhadapan dengan salah satu jendela rumah wanita yang sedang sakit itu. Lukisannya benar-benar indah bahkan hampir menyerupai wujud asli sebuah pohon yang semua daunnya berguguran karena sedang didera angin dan hanya menyisahkan setangkai daun. Ketika membuka jendela, wanita itu terperanjat dan mengira apa yang terlukis di tembok sama dengan fenomena yang sesungguhnya.


Lukisan tersebut ternyata mampu menggugah wanita itu untuk berjuang melawan penyakitnya. Ia begitu bersemangat dan berusaha mencari berbagai bentuk pengobatan agar dapat hidup lebih lama. Lambat laun kondisi kesehatannya membaik, sampai suatu ketika ia dinyatakan sembuh total.

Renungan :
Pada kenyataaannya seringkali kita sendiri mencoba menggambarkan sebuah keinginan, impian, dan harapan di benak kita, tetapi pada saat yang bersamaan muncul perasaan takut dan keraguan apakah mungkin dapat mewujudkannya? Seringkali kita menginginkan sesuatu, tetapi kita sendiri takut untuk mendapatkannya. Kita menginginkan kehidupan yang berbeda, tetapi di sisi lain kita takut untuk berubah.Ironis sekali jika kita sama sekali tidak pernah menyadari bahwa sesungguhnya ketakutan dan keraguan itu bersembunyi di dalam pikiran kita.

Sunday, November 2, 2008

untuk Azzah!

Hari ni macam nak buat kek karrot. Pagi tadi aku buat kuih cek mek, favourite aku (masa tinggal di Kuala Besut). Tengah-tengah malam sambil layan 4 dvd dgn anak-anak aku (diaorang tidur pukul 2, aku tidur pukul 6) aku teringatkan keledek manis yang ada dlm fridge, so sambil layan mata, sempatla aku merebus keledek. Pagi ni tinggal gaul je...

Berbalik pada kisah kek karrot, aku pun masuk website cari-carikan resepi yang mudah (ada resepi yang main campak dan gaul-gaul je) tapi aku terserempak dengan satu website yang amat menarik. Orang pertama yang aku ingat ialah si azzah. Rasa aku dia buat kek keladi. Kalau dia nak promote keknya ke persada maya, ini adalah laman web yang paling sempoi dan best gak untuk dijadikan platfform. Yang penting percuma..kan!

Politik Kita!

Perkara Ahli Nujum Negara
Kelemahan
Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yangmanakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'
Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'
Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'
Tukang Soal : 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'
Tukang Soal : 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'
'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan..
Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang adadi genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Saturday, November 1, 2008

Boringnyeeeeer....

Hari ni aku boring lagi.....so aku kemas rumah dan spend sejam lebih dalam bilik mandi (bukan berendam lorrrr tapi cuci lantai dinding dan kolah, sambil memikir!)
Ntah apa-apa kadang-kadang tu rasa! Yang aku tau right now, kerja bertimbun-timbun. Dan aku pun tengah contemplating untuk mula blogging dalam English balik! Bukan apa dah hampir setahun aku menulis dalam Bahasa Melayu, kiranya macam rasa dah ok! So kenalah polish English pulak...tambah aku ni jenis mdah lupa kalau tak selalu practice! Ahaks (tetiba teringat kat Arsaili....apa la yang ko busy sangat tuh!)
Best friend si Nita akan ke Iran for nearly 2 weeks, meghengkam hati aku sebab aku tak leh ikut! Kadang-kadang tu bukan pasal duit (atau memang pun kut!) tapi sebab komitmen aku yang memang banyak dan semuanya priority yang perlu didulukan sampai aku dah tak tau mana dulu dan mana kemudian! Heheheeh....lantaklah labu, asalkan sebelum 14 November, semua kerja aku selesai dan aku boleh berehat panjang (itupun hanya ngam-ngam sebulan je!). Bulan 12, ada projek baru yang aku anggap sebagai perjuangan kali kedua! Dulu aku gagal menamatkan mungkin kerana komitmen yang perlu diberikan priority! So kali ni aku akan usahakan agar perjuangan kali kedua ini adalah priority aku yang pertama...Doa-doakan lah...aku akan tahu pada 5 November dan paling lewat 10 November (double bonus gak untuk aku sebab weekend tu aku dapat birthday present aku....wahaahhhaha...bestnyerrr!)
Semalam dapat keputusan PTK, uishhh...memboringkan...setakat layak naik pangkat je tapi tak dapat naik gaji! Tapi aku cool down je sebab rezeki aku kat tempat lain...mana boleh nak raup semua masuk kat aku je, kena kasi kat orang lain! So Tahniah kepada semua cikgu-cikgu yang berjaya naik gaji! Ada satu cikgu kat sekolah (sessi petang) aku dapat naik gaji rezeki anak yang baru lahir beberapa hari lepas! Rezeki dia...
Aku ingat cuti sekolah ni aku nak belajar main golf! Masa aku ke Manjung dulu, aku berjumpa dgn pegawai teknik golf, ada dia offer untuk ajar. Pastu best friend aku pun dok ajak main golf kat club dia...hehehehe...tak leh pegang kayu hoki dah, belajar pegang kayu golf lak!!! Benda baru memang seronok untuk dicuba. Jom ajerrr...Jadikkk!