Tuesday, November 25, 2008

Hak

Hak yang ada ditangan kita biasanya akan terselit hak orang lain. Bagaimana kita menjaga hak yang dikatakan "hak kita" banyak bergantung kepada bagaimana kita menjaga hak orang lain juga.
Selalunya kita terlupa pada hak orang lain dan hanya meletakkan fokus kepada "hak kita" semata-mata. Ini agaknya keadaan yang dikatakan 'mementingkan diri sendiri". Kenapa berlaku begitu?
Banyak contoh di sekeliling kita. Ambil yang mudah. Katakan kita memiliki sebuah kereta dan kita menjaga kereta itu sebaik mungkin kerana itu "hak kita" sedangkan kita menggunakan kereta itu untuk membawa anak isteri kita ke mana-mana. Jadi kita membeli kereta itu bukan untuk diri kita tetapi demi kesejahteraan orang lain juga. Itu yang dikatakan hak yang ada di tangan kita biasanya terselit hak orang lain.
Kenapa hari ini aku menulis tentang hak?
Semalam aku menghantar kereta aku untuk di touch-up! Kes sagat pagar rumah...habis dua pintu di sebelah kanan....Dulu tanya harga dengan tokey cat Ah Siong kat kedai makan mak aku, dia minta RM280. Baru-baru ni ada sebuah kedai cat budak melayu bukak kat jalan shortcut dari Simpang ke Aulong. Aku ajak bodyguard aku riki harga. Budak tu offer RM120. Canteeekkk....So hari ni aku patah kaki lagi.
Dalam kami berbual petang semalam, terselitlah kisah kehidupannya yang menyayat hati. Rupa-rupanya budak tu ialah bapak kepada dua budak yang kini tinggal dengan bekas isteri. Perpisahan yang baru sangat. Aku hanya menitik beratkan hak anak-anaknya itu kerana walaupun kedua ibu bapa mereka berhak untuk berpisah tetapi dalam hak mereka itu terselit hak dua anak kecil yang masih perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Aku masih memikirkan bagaimana kita masih mampu menekan tentang "hak kita" sedangkan dalam "hak kita" itu masih terselit hak orang lain...
Wallahuallam...

No comments: