Hari ini hari Jumaat...Aku berjalan di Pasar Arpo. Dalam "tri", aku terfikir (dan aku memang selalu berfikir)...
Kehidupan.
:: Kita akan sentiasa cuba mencapai sesuatu dalam hidup kita.
Tahap pertama kita akan mencuba melepasi tahap pendidikan. Kita akan berusaha untuk mencapai tahap yang tinggi dalam nilai sebuah pendidikan. Ramai juga yang sangkut di tahap ini dan menggunakan nilai pengalaman pula untuk meneruskan pejuangan dalam kehidupan.
Tahap kedua, menggunakan nilai pendidikan yang ada, kita akan berusaha mendapatkan kestabilan kewangan. Bagi yang tidak, mereka akan menggunakan apa jua kaedah demi keselesaan "RM". Bagi yang berjaya mereka akan meneruskan lagi langkah mereka. Bagi yang tidak, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi demi sebuah kehidupan.
Tahap ketiga, menggunakan wang yang ada, kita akan merancang apa yang kita inginkan dalam kehidupan. Selalunya di sini ramai yang menilai kejayaan mereka dari segi material yang mereka ada. Ada yang gagal dan terbelenggu dalam kesilapan percaturan sehingga menyebabkan mereka terikat dengan hutang keliling pinggang walaupun mempunyai wang yang banyak! Mereka yang berjaya bergerak lagi. Mencari peluang untuk mengembangkan kehidupan mereka untuk orang di sekeliling.
Tahap keempat, Kehidupan yang stabil dan berjaya dikatakan berkait rapat dengan kestabilan emosi dan sosial. Ramai yang mengimpikan sebegini. Namun ramai yang kecundang...
Apa kataku:
Kesilapan yang berlaku itu bukan satu kesalahan tetapi semuanya berbalik kepada kekuatan kita mengawal kehendak dan keperluan.
Di mana aku berada sekarang adalah memenuhi kehendakku. Keputusan aku adalah untuk diri aku. Berkemungkinan aku mementingkan diri aku sendiri! So?
~Never ask what others have done for you, but ask what you can do for others. (After you have done what you need to do for yourself)!
No comments:
Post a Comment