Wednesday, November 12, 2008

Anugerah


Seorang lelaki dan wanita berdiri di tebing bukit mengadap permandangan yang berlatarkan persisiran pantai yang bertaut dengan bukit-bukau yang sangat indah. Kelihatan matahari petang mula terbenam di ufuk menghasilkan suatu keindahan yang benar-benar menakjubkan.



Dan mereka mula mempertikai, yang mana lebih indah di antara pantai yang memutih atau langit yang bergenang dengan keindahan petang. Lalu mereka beralih melihat bukit bukau yang menghijau dibandingkan dengan matahari yang kian menghilang.



Perbandingan demi perbandingan, pertelingkahan demi pertelingkahan tercetus kerana ingin menentukan yang mana lebih cantik, pantai atau langit, bukit-bukau atau matahari.



Pertengkaran mereka menarik minat seorang lelaki yang agak berumur yang sedang leka mengambil gambar-gambar di tebing itu. Akhirnya lelaki itu berkata...



"Kamu berdua bertelingkah tentang perkara yang salah... Dalam hal pantai dan langit, tidak ada yang lebih indah dan tidak . Atau siapa yang betul atau salah..."

Pasangan itu terus terdiam dan mula mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh si lelaki tersebut.

"Dari terus bertelingkah tentang mana yang cantik dan mana yang tidak, kenapa tidak melihat pada keindahan yang terbentang dan kelebihan yang ada. Putuskan persetujuan tentang perbezaan setiap permandangan yang kamu lihat dan itu yang bakal menentukan apa yang terindah.."


Apa kataku...:

Persepsi seringkali memainkan peranan yang penting dalam membentuk sangkaan kita. Satu yang pastinya ialah dalam banyak keadaan yang kita tempuh, ego akan menentukan apa yang betul dan apa yang salah atau apa yang ya dan apa yang tidak. Akhirnya kita terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita menentukan siapa yang patut menang dan siapa kalah!

Namun fokus kita sebenarnya tertumpu pada apa tindakan yang terbaik yang bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita tempuhi. Lihatlah situasi yang ada dari pelbagai sudut yang berbeza dengan bersedia membuat keputusan yang pelbagai.

Antara langit petang atau pantai memutih, kedua-duanya indah dan saling melengkapi. Maka penyesuaian yang perlu ialah melihat pada keadaan-keadaan yang menyebabkan kedua-duanya kelihatan begitu memukau dan bagaimana keindahan itu membentuk suatu pemandangan yang menakjubkan.









No comments: