Monday, January 5, 2009

Dunia Baru...

Hari ini merupakan satu perjalanan baru buat aku dan anak-anak. Memang sangat menarik dan penuh dengan pancaroba tetapi tetap diteroka untuk pengalaman hidup.
Untungnya Anisa di hari pertama persekolahan 2009 ialah dia mendapat kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan guru besarnya (yang aku kira agak rapat dengannya!). Dan esok dia akan memulakan persekolahannya di SRJKC Chung Sin Tanjung Malim.
Sufi pula hari ni tak ke sekolah dan lewat pukul 4 pm dalam perjalanan kami semua ke Tanjung Malim, aku mendapat panggilan telefon dari Kak Raihan, caretaker di Tadika Anis bertanyakan hal Sufi. Nampak gayanya mereka kehilangan seorang pelajar yang banyak kerenah dan keletah dalam kelas untuk tahun ini. Dan janji aku, kalau ada kelapangan, akan aku bawa Sufi melawat mereka di Tadika Anis untuk mengucapkan selamat tinggal.
Aku pula setelah bermandi peluh menyimpan barang keperluan, terus bergegas ke SMK Simpang untuk memulangkan segala macam yang aku pinjam dan guna sepanjang 2008. Sempatlah aku mengucapkan selamat tinggal pada mereka yang aku kenal lebih kurang 8 bulan. Apa yang pastinya ramai yang tidak menjangkakan pertukaran aku yang berlaku dalam sekelip mata sahaja. Namun begitu setiap yang berlaku ada hikmahnya kerana kini aku bertugas di tempat baru dengan cabaran baru. Teruja, seronok, risau semua terasa...Terima kasih kepada semua yang telah membantu aku.
Akhirnya dalam pukul 3pm, kami meninggalkan Bandar Taiping untuk memulakan kehidupan baru di Tanjung Malim untuk 2 tahun mendatang. Selepas itu, Allah sahaja yang tahu namun perancangan tetap dibuat!
Esok hari baru dengan lembaran baru...

No comments: