Saturday, January 24, 2009

Getting back on Track..

Wah, with not enough sleep and lots of assignments falling from the sky, 24 hours seems not what I want right now. Can anybody at least be bermurah hati to sedekah an extra few hours to me...!
Multiple Intelligences atau kepelbagaian kebijaksanaan. Aku memang suka dengan tajuk ini. Kalau cerita siapa Gardner kat aku, heh...senyum je. Aku suka konsep ini kerana kalau kita benar-benar memahami bagaimana untuk mengenalpasti kebijaksanaan yang kita miliki pasti banyak perkara yang mampu kita kuasai tanpa memberi ruang untuk kelemahan kita menyusup masuk dan menjatuhkan diri kita. Kita dikurniakan 9 jenis kepintaran yang boleh dipelajari dan dipertingkatkan. Mengenalpasti kebijaksanaan kita memampukan kita untuk membuat keputusan tentang apa yang ingin kita lakukan dan inginkan..
Begitu juga dengan konsep "Medicine Wheel" yang diamalkan oleh kaum Red Indian di Amerika. Mereka mempunyai cara untuk memilih ketua dan ahli majlis ketua yang mampu membuat keputusan untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Mereka mengenalpasti kekuatan kepimpinan dalam diri setiap individu dalam puak mereka hanya menggunakan konsep Medicine Wheel. Sebab tu kita tengok nama-nama orang Indian menggunakan nama-nama alam yang menggambarkan jenis kekuatan yang dimiliki...
Semua ini aku aplikasikan dalam diri aku dengan harapan aku mampu menjadi penggerak untuk orang sekeliling aku. Semalam kelas kepimpinan menyebut tentang kekuatan pengikut di kalangan pemimpin. Aku berpaksikan pada kata-kata pengetua SMK Simpang, Cikgu Harith iaitu " a good follower is a good leader dan a good leader is a good follower"...
Macam bagus je ek!...Hahahahah...Hari ni lunch, masak sup ayam. Makan petang rasanya mee daging kut! Hari ni akan menjadi hari yang panjang kerana pagi ni sibuk mengemas di rumah sewa Taman Bernam sebab nak berpindah ke rumah sewa di Taman Pelangi. Lepas tu tengahari ada group discussion di TMU. Selesai discussion, nak kena shoot balik ke Taiping untuk angkut barang ke Tanjung Malim. Paling frust ialah aku tak dapat buat claim pindah...Yelah, tak sampai setahun pindah dari Ipoh ke Taiping, pindah lagi dari Taiping ke Tanjung Malim...Adoi! Nampak gayanya plan ke luar negeri tahun 2009 kena KIV kut tapi dok masih berharap gak plan bulan June ni menjadik!
Berjalan ni bagus untuk exercise minda. Ramai bila dah mula exercise ni, tersangkut...heheheh...Kenapa? Sebab kita akan belajar mencari persamaan dalam perbezaan budaya, bahasa dan adat resam. Penemuan persamaan-persamaan ini akan menjadikan kita mampu melihat pelbagai perkara dari pelbagai sudut dengan mengambil banyak view berbeza sebelum membina persepsi kita. Kekuatan ini membuatkan minda kita lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan idea dan menjadikan kita lebih memikirkan orang lain dari menjurus kepada pendapat diri sendiri...
Akhirnya kita akan bersetuju bahawa lagi banyak kita belajar, lagi banyak perkara yang kita masih tidak tahu. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

No comments: