Friday, January 9, 2009

SMKA Slim River

Aku tranform lagi....kini berdepan dengan straight 'A' religious Malay students. Samada aku dapat titik pertemuan di antara 'Sama tidak serupa", masih lagi menjadi tanda soal. Namun begitu team yang aku join adalah mereka yang sejiwa dan seminda. Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Sirajuddin, Kaunselor, Pn Maimon (femes dengan panggilan Mama) adalah orang kuat BTN (Biro Tatanegara), maka rasanya aku jumpa lubuk baru! Memang aku minat dengan pendekatan BTN yang berteraskan memupuk kecemerlangan diri tanpa menyalahkan orang lain.
Dari mereka berdua aku mendapat suntikan semangat untuk meneruskan pendekatan yang telah aku gunakan di TCS dan SMK Simpang iaitu memupuk minat yang tinggi dalam Bahasa Inggeris menggunakan "Learning is FUN".
At a glance, pelajar di sini masih ramai yang "yes sir" lagi. Masih belum terbuka minda untuk mempersoal tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat. Pasti sekali aku akan menggunakan pendekatan "streetwise and straight A's" sebab pelajar kini perlu tahu untuk seimbangkan kebijaksanaan mengawal keadaan dan dalam masa yang sama cemerlang dalam akademik.
Nampak gayanya aku akan jadi Miss London lagi kat sini....

1 comment:

DeLinn said...

Salam Sharifah

Eh dah tukar sekolah ke Slim River ke pulak?. Why the sudden change?