Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk sesiapa yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan 2009.
Dah berbuih aku promote pada kawan-kawan aku kat sekolah dan seantero malaya supaya memohon tapi kadang-kadang aku pun heran. Kenapa bila ada rezeki percuma bergolek datang tak nak disambar dan bila dah berlalu barulah sibuk bertanya.
Kali ni permohonan untuk hadiah ni jauh lebih mudah kerana pemohon tidak lagi perlu menyediakan abstrak thesis dalam borang. Malahan kali ni pemohon hanya perlu mengisi borang yang ringkas dan mudah. Rasanya kalau betul-betul duduk dan isi, tak sampai 20 minit pun boleh selesai.
No comments:
Post a Comment