Thursday, January 15, 2009

Mimpi Melayu

For once, I dare not say what is in my mind when I think of Malays...Bukan kerana takut dikritik dengan meletakkan satu benchmark untuk erti Melayu tetapi kerana sedih memikirkan apa akan jadi pada Melayu...Layu ke?
Apabila aku diberi peluang berkhidmat di sebuah sekolah yang mempunyai enrolment seramai lebih kurang 600 pelajar Melayu cemerlang, keadaan ini menyebabkan aku semakin goyah dengan cabaran berdepan dengan mereka. Mungkin kerana aku merasa takut dengan apa yang bakal mereka tempuhi selepas mereka meninggalkan pintu pagar sekolah ini selepas tamat belajar.
Apa yang pastinya ialah minda aku sudah dipasak dengan ini bukan lagi zaman mimpi tetapi zaman segala mimpi-mimpi semalam yang semakin menjadi kenyataan. Kini yang mampu aku lakukan ialah menggantikan mimpi-mimpi indah yang terlakar itu kepada sesuatu yang pasti.
Anak-anak Melayu cemerlang ini perlu diberi peluang untuk keluar dari kepompong kaca dan menikmati segala macam cabaran dan kepahitan realiti kehidupan sebenar. Persoalannya beranikah kita memperjudikan minda-minda ini? Kita cuba nak??

No comments: