Hari ini adalah hari ganti untuk SRJKC Chung Sin. Jadi awal-awal Anisa dan ke sekolah, begitu juga dengan Sufi. Tinggal aku je di rumah hari ni. Dalam pukul 10 am aku dapat panggilan dari mak mengatakan mereka sekeluarga dengan Sheda dan anak-anaknya dalam perjalanan ke Tanjung Malim. Memang di luar jangkaan...Dan pukul 12.00 mereka dah pun terpacak di Pekan Tanjung Malim!
Rupa-rupanya ada kecelakaan yang berlaku, penyewa kedai makan mak telefon abah memberitahu yang kedai dipecah masuk dan dua tong gas dah hilang. Kesian mak dengan abah...
Ini dah kali ketiga kecelakaan sebegini berlaku...
Akhirnya rancangan yang dirancang dipendekan kerana mak dan abah nak balik ke Taiping. So lepas lunch di Restoran Yik Mun yang terkenal dengan Pau Tg Malim, kami pun bergerak ke rumah yang bakal aku sewa memandangkan minggu depan aku akan mengangkut barang dari Taiping. Dalam sibuk bersalam, Sufi masuk ke kereta opahnya dan tak mau keluar dah. Akhirnya abah mengajak aku ke Kampar. Tanpa dirancang dan Anisa masih lagi berbaju sekolah, kami semua bertolak bersama-sama! Sempat juga aku shopping di Tesco Kampar.
No comments:
Post a Comment