Lawak atau aku salah tengok TV3 midnite News. Condollezza Rice salam tangan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Apa yang aku faham ialah bagaimana begitu diplomasinya dan secara halusnya Rice mengatakan Israel dan US akan bekerjasama untuk menyekat kemasukan senjata haram kepada tentera Hamas dalam usaha untuk memberhentikan peperangan di Gaza. Adakah ini bermakna, Hamas tak boleh dapat senjata secara haram untuk mempertahan Palestin tetapi Israel boleh membunuh penduduk Gaza sesuka hati kerana mereka mempunyai sejata secara halal?! Ini yang ironinya...
Dan hari ni UMNO mencatat sejarah dalam lipatan politik negara apabila Kuala Terengganu jatuh ke tangan PAS sedangkan bila baca surat khabar atau dengar berita, seolah-olah confirm KT hak milik UMNO. Apa dah jadi? Ke mana penyokong UMNO? Kenapa UMNO semakin jauh dari hati pengundi? Malahan mereka yang dulunya adalah pengikut setia kini bertebaran dan tidak lagi ingin melibatkan diri dengan UMNO?
Kegagalan pihak media menjalankan tugas tanpa berat sebelah merupakan antara punca yang menyumbang kepada kekalahan ini. Bagi aku, media adalah satu-satunya sumber yang perlu mendidik masyarakat untuk membuat pilihan sendiri berdasarkan maklumat yang disebarkan. Surat khabar dan TV sepatutnya melaporkan cerita dari kedua-dua pihak seadilnyanya tanpa berat kepada mana-mana pihak atau menunjukkan sokongan pada sesiapapun. Keadan ini membuat pembaca atau masyarakat lebih terbuka dan mampu membuat keputusan. Malangnya media kita belum memiliki kematangan berbicara secara terbuka tanpa menunjukkan kasih tumpah pada siapa.
Akhirnya masyarakat akan retaliate (memberontak) untuk menentang dengan mengundi pihak yang dianaktirikan oleh media. Sekarang siapa yang tepuk dahi....
Betul kata GuruBashid, UMNO telah diberi 52 tahun untuk melobi rakyat dan berkempen demi mengekalkan kuasa mereka. Sudah sampai masanya mereka menerima bahawa yang diatas akan turun ke bawah dan sebaliknya.
Politik bukan kuasa tetapi cara...
No comments:
Post a Comment