Thursday, February 26, 2009

Antara Output dan Proses..

Aku orang proses...perlu tahu perjalanan setiap perkara...perlu ambil tahu apa yang berlaku!

Begin With The End In Mind


According to Peter Drucker and Warren Bennis,
"Management is doing things right; Leadership is doing the right things."


Sekarang aku tengah boring dalam kelas Prof Hariri...(Nasib baik le prof macho!!!) Belajar guna SPSS..

Hari ni belajar Compute Variable. Rasa-rasanya aku kena belajar sampai aku buat soal selidik untuk thesis! Uissh...gelabah minda beb!

Time boring aku cari le amendenya begin with the end in mind. Menarik juga pendekatan ni. Semua perkara dibuat dua kali. Kalau difikirkan memang betul. Satu dalam minda kita dan satu perbuatan kita. Maka apa yang ada dalam minda perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya supaya kita tahu apa yang bakal kita lakukan.

Bab assignment nih memang aku phobia. Bukan pasal nak score ke tapi nak hantar mengikut due date. Setakat ni aku tengah gaban dengan critical analysis, penulisan ilmiah, kritikan journal, proposal dan lit review. Wah! Yang bestnya semua ni kena siap dalam masa dua minggu.

Sebab tu aku rasa begin with the end in the mind sangat penting.


...sambung kelas Prof Macho..


Friday, February 20, 2009

Dari Tak tahu kepada TAHU..

Kalau pada anak-anak murid, selalu aku katakan belajar ni ialah dari tak tahu kepada tahu. Taoi pada diri sendiri aku rasa lebih kepada TAHU dah jadi TAK TAHU!!

Jadual kehidupan semakin beralih arah tanpa melihat ke mana arah jam atau bulan dan matahari...

Hari ni aku terima buku ni (kopak RM 40~fotostat je tapi kulit ori!) Belum selak lagi apa ada kat dalam cuma yang pasti ialah aku TAK TAHU bila aku boleh TAHU apa isi kandungan dalam buku ni!

Thursday, February 19, 2009

Malang Tidak Berbau...


Add Image



Memang nahas tak dapat dijangka. Pepagi lagi warga SMKA dikejutkan dengan kemalangan guru praktikum (Cik Ili Syahirah) yang merupakan anak kepada pensyarah UPSI (En Ihsan). Sempat juga aku dan Farhana menjenguk scene sambil beraksi CSI! Sebenarnya aku memang lalu scene tu masa memecut ke sekolah, tapi yelah...mana nak perasan..Akhirnya pengetua dan ramai jugalah guru yang free berkonvoi (termasuk aku yang free sampai 11.20 am) bergegas ke sana.

Peringatan untuk aku juga bila tengok keadaan Kancil yang agak serius kondisinya...Jangan le memandu macam jalan tu macam aku yang punya. Semalam baru betulkan bahagian Wira yang kemek!


Belajarlah Mendengar Pandangan Orang Lain...

Peringatan untuk AKU!

Manusia yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.

Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.


Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.

Oleh Mohd Zawawi Yusoh

Wednesday, February 18, 2009

Sirr Al-Maktum...

Kehidupan bercakap menggunakan Bahasa Alam yang selalunya hanya dapat dirasai menggunakan gerak hati. Selalunya kita akan tersungkur kerana kita hanya mendengar bahasa dari tutur kata bicara dengan tidak memperdulikan kata hati.

Rahsia Tingkap Johari menunjukkan ada rahsia diri sendiri yang kita tidak ketahui tapi ramai orang lain yang tahu. Saling mengingatkan adalah sangat perlu...Sirr Al-Maktum!

Misperception...

Giving the best or trying to be the best..

::memberi yang terbaik atau cuba menjadi yang terbaik...

Something that I pondered while driving towards TM yesterday. Long thoughts and intertwined ideas which ended in the junkyard. Yet, later, I realised how I was trying too hard to give the best though it was taken as I was trying to be the best...Sakitnye hati!

Sengih jelah...

Rahsia Abjad

Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:

1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)

3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.

Contoh: ADET ZAIN

Vokal: A+E+A+I

1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7

Konsonan: D+T+Z+N

4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1

Kombo ADET ZAIN ialah 7-1

Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9

Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!

1-1 Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.

2-1 Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.

3-1 Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.

4-1 Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.

5-1 Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman.Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.

7-1 Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.

9-1 Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
_________________

1-2 Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.

2-2 Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.

3-2 Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.

4-2 Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.

5-2 Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.

6-2 Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.

7-2 Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.

8-2 Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.

9-2 Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya.Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.
_________________

1-3 Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.

2-3 Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.

3-3 Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.

4-3 Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.

5-3 Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.

6-3 Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.

7-3 Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.

8-3 Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.

9-3Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
_____________

1-4 Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.

2-4 Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.

3-4 Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.

4-4 Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.

5-4 Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.

6-4 Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.

7-4 Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.

8-4Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?

9-4Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.
____________________

1-5 Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.

2-5 Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.

3-5Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.

4-5Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.

5-5Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.

6-5Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.

7-5 Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.

8-5Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.

9-5 Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
____________________

1-6 Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.

2-6 Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.

3-6 Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.

4-6 Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.

5-6 Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.

6-6 Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.

7-6 Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.

8-6Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!

9-6 Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
______________

1-7 Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.

2-7Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.

3-7 Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.

4-7Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.

5-7Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.

6-7 Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.

7-7 Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.

8-7 Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.

9-7 Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
________________

1-8 Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.

2-8 Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.

3-8 Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.

4-8 Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.

5-8 Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.

6-8 Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.

7-8 Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.

8-8 Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.

9-8 Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.
_______________

1-9 Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.

2-9 Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.

3-9 Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.

4-9 Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.

5-9 Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.

6-9 Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.

7-9 Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.

8-9 Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!

9-9 Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.

Rahsia Warna Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
T idak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Saturday, February 14, 2009

Attention to those who wants to debate...

Dearest Perak teachers (regardless of any options/ secondary/ primary school/ gender/race!)

JPN Perak is trying to have a pool of English debaters (teacher) by having a course within 2 weeks' time. If you know anybody whose interested (or you are too!), please send the names, ic no and name of school via sms to Pamela Devadason 012-2009065 - SMK Ave Maria Convent, Ipoh Nazri 012-4410042 - JPN Perak or fax to Arman Nordin at 05-4527962 - SMK Dato' Zulkifli, Slim River by Monday 16th next week.

p/s: Those who are on sabatical leave are also invited.

see you there!

Alamak..and we blame ourselves!

It's not the fault of the student if he fails, because the year has ONLY 365' days. Let us see the typical academic year for a student...

1. Sundays- 52 Sundays in a year, you know Sundays are for rest; days left 313.

2. Term holidays-78 days, be it mid or term holidays where everything is put on hold except PLAY Around; days left 235.

3. 8 hours daily sleep-means 122 days; days left 113.

4. 1 hour for daily playing-(good for health) means 15days; days left 98.

5. 2 hours daily for food & other delicacies(chew properly &
eat)-means 30 days. days left 68.

6. 1 hour for talking (man is a social animal)-means 15 days; days left 53.

7. Exam days per year at least 35 days; days left 18.

8. Family matters, tertinggal bas, overslept at least 3 days; days left 15.

9. For motivation, cocurricular activities or sickness after those activities at least 5 days; remaining days 10.

10. Movies and functions at least 2 days; 8 days left.

11. Teachers away on courses or do other things at least 3 days; days left 5.

12. That 1 day is your birthday. "How can you study on that day?" Balance day -4

WOULD 4 DAYS BE ENOUGH TO COVER ALL THE SUBJECTS FOR THE SAID YEAR?

"How can a student pass ??"

taken from here!

"Demi masa, sesungguhnya kita selalu kerugian...tak gitu?"

Friday, February 13, 2009

Di mana aku sekarang?

Dari aku kecik sampai la dah besar gajah, cara aku belajar masih lagi tak berubah! Kena tempat sunyi sepi dan malam gelita...sorang-sorang je! Lewat malam dini hari. Rasanya mak aku pun kadang-kadang pening tengok aku belajar tapi leganya dia tak pernah lak ganggu atau bising-bising. Tang tu memang aku syukur sangat! Thank you mum...(dah 2 minggu tak balik Taiping...!)

Ada 2 journal yang perlu dikupas secara mendalam. Aku belum ada mood walau dah baca macam-macam. Belum datang "Ghhhaaaa"... Journal dah ada di tangan tapi hmmm....masih dok melilau tunggu mood stress! Pepagi dah gaduh-gaduh manja gitu, pastu sambung jerit pekik terlolong kat tepi padang then lepak kat McD dengan boyfriend kesayangan...Tapi....belum mai juga.

Sekarang ni aku tengah hilang dari dunia sekejap. Ambil mood untuk berjaga malam ni...Dah set kepala untuk siapkan journal Nazir dan settlekan folio Omar. Apa kisah pun aku kena siapkan semua tu sebab dalam seminggu ni kena siapkan proposal pulak.

Time-time gini kalau drive kat highway, belasah 160kmph...perghhh..ringan kepala!
aaaaaarrrgggghhhhhhhhhhh....tension nyeeeerrr!


Thursday, February 12, 2009

Read this TEACHERS!

we don't need no education
We don't need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! teachers! leave them kids alone!
All in all it's just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.

Daddy's flown across the ocean
Leaving just a memory
Snapshot in the family album
Daddy what else did you leave for me?
Daddy, what'd'ja leave behind for me?!?
All in all it was just a brick in the wall.
All in all it was all just bricks in the wall.

[Sound of many TV's coming on, all on different channels]
"The Bulls are already out there"
Pink: "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrgh!"
"This Roman Meal bakery thought you'd like to know."

I don't need no arms around me
And I dont need no drugs to calm me.
I have seen the writing on the wall.
Don't think I need anything at all.
No! Don't think I'll need anything at all.
All in all it was all just bricks in the wall.
All in all you were all just bricks in the wall.


"wrong, do it again!"
"wrong, do it again!"
"if you don't eat yer meat, you can't have any pudding. how can you
Have any pudding if you don't eat yer meat?"
"you! yes, you behind the bikesheds, stand still laddy!"

~ Another brick in the wall :: Pink Floyd


Suddenly teringat sangat kat Honey...Apa khabar dia kat Penang Free School?!

Pengantin Tak Jadi...


Gambar semasa Konvokesyen Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang tahun 1994 di Hotel Sheraton, KOMTAR Pulau Pinang

Lama dah aku tak menatap gambar ni...Mengimbau kenangan lama...Orang yang berdiri sama segak dan sedondon dengan aku tu dah hampir 15 tahun tak bertemu! Aku takut sama tapi tak serupa je!!!!

p/s: Bashah: Aku tengah adjust date dengan mamat nih!!!

Wednesday, February 11, 2009

The Tool..

something that I borrowed from here...

Ramai yang sering bertanya kenapa anak-anak aku semuanya bersekolah cina? Dan ramai juga yang bertanya kenapa aku merancang untuk menghantar anak-anak aku belajar ke Mesir. Ada juga yang bertanya kenapa satu-satunya anak lelaki aku bakal dibesarkan sebagai "Sufi"?

Kemampuan aku untuk membangunkan bangsa terletak dalam diri aku sendiri. Mungkin aku bukan guru yang hebat mahupun ibu yang terbaik namun aku tahu apa yang aku ingin anak-anak aku lakukan untuk generasi mereka. Ramai yang menganggap aku bercita-cita besar dan mempunyai impian yang terlalu tinggi. Memang dan aku akui hakikat itu. Malahan itulah misi aku menjadi ibu dan guru. Matlamat itu adalah penggerak untuk aku terus menerokai kehidupan sekaligus memenuhi impian untuk membangunkan generasi mendatang.

Kenapa perlu kita menunggu dan membiarkan orang lain melakukan untuk kita? Kenapa tidak kita sendiri mencorak dan menentukan warna kehidupan kita sendiri.

Kuncinya adalah pada ilmu pengetahuan dan bagaimana kita menguasai ilmu untuk membina empayar bangsa yang mampu menggerakkan dunia ke arah yang lebih baik.

Sanggup?

just another brick in the wall

Aku antara beribu kawan
kami antara 5 ke 10 persen
daripada kawan-kawan kami;
dikebanyakan sekolah,
Yang diperkata, dipersenda.
yang selalu dijijikan
dengan PMR
hanya kerana lulus satu D;
mereka tidak peduli,
Siapa yang memperdulikan?
Selain dari diri kami sendiri

Mereka yang mengajar kami,
tidak pernah terasa malu,
tidak merasa silu
mendabik dada terasa puas,
“Itulah tak mahu belajar”
Dan kami disambut pula
oleh rakan mereka yang menjijik,
memomok dan mempersendakan.

Mau diapakan, mereka tidak peduli
Tidak siapa memperdulikan
Perasaan kami, bisikan nurani kami;
‘Memang kami lemah,
benar kami nakal – Ya, kami malas’
tetapi, kami juga dipinggirkan
oleh mereka yang hanya bertanya
kepada kawan kami
yang mengangkat tangan,
Mereka hanya menyoal
kawan kami di baris depan
Kami diapakan?

Kawan yang tahu menjawab
betul
Kami yang tidak tahu
dianggap tahu
Siapa peduli?

Bukan sekali, bukan sehari
mereka berlagak begini
cukup selalu,
dan akhirnya kami dipinggirkan
dan terpinggir sampai bila-bila.

Siapa yang memperdulikan?
perasaan kami yang selalu
disindir dan dimalukan
depan rakan-rakan kami sendiri
dan selalu begini

Hancurlah satu harapan
Musnahlah segala impian
tercicirlah anak watan
kerana tidak diperdulikan.

Ke mana perginya cabaran
Wawasan?
Apalah ertinya ketulusan
Keikhlasan dan kesabaran?

Akhirnya kami juga tidak peduli kepada mereka
Yang tidak memperdulikan kami.
Semoga……?
Hendaknya……?

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang yang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka ‘diet’

Orang berperangai baik disangka buruk

Orang berperangai buruk disangka baiK

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya


Sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap suka sangka-sangka



Nukilan,

Seorang guru,

Kursus KT Zon Utara 2004

Monday, February 9, 2009

Anak Sendiri VS Anak Murid

Waaargggh..bila aku memikirkan isu ini memang berat dan penat! Berdepan dengan anak-anak memerlukan kepakaran yang "diluarjangka" berbanding dengan anak murid di mana hasil outputnya lebih mudah diatur dan di susun.

Aku sedang menggunakan beberapa formula yang aku harapkan dapat membantu anak-anak aku. Tapi peliknya ialah menyampaikan pada anak sendiri tidak semudah berbanding menyampaikan pada anak orang. Heran! Atau aku je yang sorang-sorang sebegini?

Berdepan dengan kerenah anak yang meningkat remaja memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding berdepan dengan kerenah anak yang dibawah usia 5 tahun. Mendidik anak yang sudah matang dari segi pemikiran tetapi masih memerlukan bimbingan memang mencabar.

Remaja ni mudah shut off. Bila lebih sikit pot-pet dah kantoi. Mula menitik air mata dan sangkut perasaan. Berdepan dengan serangan emosi selalunya memang membosankan aku. Kat situ aku memang tak sabar. Malas nak layan! Jenuh gitu.

Anisa masih belum dapat membezakan antara tegas dan marah. Dia menganggap apa sahaja yang keluar dari mulut aku adalah marah. Mungkin pengalaman lepasnya banyak berdepan dengan situasi marah menyebabkan dia sukar memahami mana yang marah dan mana yang tegas. Paling aku risau ialah dia mudah cair dengan orang yang manis mulut dan lembut lidah. heheheh....rasanya sapa pun suka bila dapat "jawapan penenang" dengan mulut yang manis dan lidah yang lembut!

Hari ni aku buat counter check dengan buku-buku dia. Wah...Chung Sin ni relax juga sekolahnya. Tak banyak homework...Jenuh-jenuh!

Nampak gayanya banyak perkara tentang Anisa yang perlu aku bersedia dan mula mencari kuncinya...Berbanding dengan si Aisyah dan Adlin, Anisa ni memang berbeza dari adik-adiknya. So tak kena cara memang tak dapat apa yang kita harapkan.

Tapi yang tak mudah itu memang menarik untuk diterokai. Cuma sabar dengan tidak je!

Hari Yang Panjang...

Menyibuk yang sibuk....

Bila Aisyah (Pengurus Pasukan Hoki SMKA) bertanya sama ada aku nak ke Ipoh untuk latihan hoki, memang aku tak tolak sebab bukan aku akan ke Ipoh tapi BALIK ke Ipoh! Lagipun banyak benda yang dapat aku selesaikan...

Pepagi lagi aku dah setting untuk ke Ipoh dan kemudiannya terus balik ke Taiping, sayangnya si Anisa ada programnya tersendiri (itu le jadinya bila anak dah pandai survive..pro dan kontranya sama banyak) Maka diaturkan agar dia dapat menumpang dengan rakannya yang tinggal di Taman Wangsa tapi akhirnya aku dapat tahu dari surrogate mum dia yang dia balik pukul 4.30 petang pulang...waduuh...

Memandangkan pemilihan pemain diletakkan di atas bahu aku, maka kenalah aku merujuk pada mereka yang mengenali nama pelajar-pelajar. Apa yang pentingnya ialah by 1pm aku dah dapat senarai 11 pemain dan position mereka. Selesai akhirnya...

Dalam masa yang sama aku menunggu kamera aku yang lebih kerap ke luar negeri dari aku..(uisshhh....jelesnya bila aku menatap shots dari Iran...kalaulahhh..)...Rasanya hampir 3 bulan jugak aku berpisah dengan camera kesayangan aku tu...Rindu woi!

Elok bertukar tangan je camera tu, baru aku nampak batang idung si Naren! Tersengih-sengih sebab dia tak jumpa geran van mak angkat aku yang tinggal di Taman Bernam. Apapun aku dah kelaparan jadi terus konvoi ke Meru Valley Golf Resort pekena nasi Jepun, Meeteow (walamak....memang sedap ~ aku terus jadikan menu dinner aku malam tu..) dan chicken chop with cheesesauce (bolehleee!)

Tapi kami semua rushing masa lunch sebab tee-off Naren pukul 2.15pm. Habis lunch, aku terus ke Kinta City sebab nak tunekan internet setting. Walamak...punyalah ramai orang, sesak nafas aku. Queue panjang pulak kat Digi counter. Dalam sibuk aku menerangkan pada si minah cun tu, aku ternampak kelibat Sufi menerpa keluar. Hmmm....hilang (yang pertama!) Aku wakafkan je laptop aku kat si minah tu sebab aku tau dia pun kena layan customer lain. Aku pulak dah panjang leher melilau cari Sufi. Ke tandas tak ada, kemudian aku teringatkan port dia sebab depan kedai tu ada tempat budak-budak main merry go round. Hah...dia ada dalam MPH, sibuk susun buku dalam display area. Dah kena tarik telinga sebab hilang dari aku! Dialog biasanya ialah: "Mama, Sufi nak cium Mama.." Adussshh...cair...cair! Tup-tup nampak Pamela dan anak-anaknya, sempat jugalah kami bertukar-tukar cerita sambil Sufi melayan buku-buku cerita Ben 10. Dalam masa yang sama dah terlekat dalam genggaman dia cubic game. Terbang RM 9.90! Cuma yang geramnya, dalam sibuk aku bayar, pusing-pusing dah hilang.(yang kedua)..Alahai..ke mana pula. Pusing pulak aku satu round. Sempat juga aku check laptop aku yang belum siap settingnya. So akhirnya aku patah balik ke MPH. Akhir dia didukung masuk dek couple cute dan muda. Jelas sekali mereka terkejut bila tahu si Sufi baru 3 tahun. Adusssh...sakit jantung aku. Akhirnya dari situ, kami bergerak ke Popular pulak sebab laptop aku tak siap juga....Masa di Popular...jumpa lagi sorang best friend aku si Norashikin (dia take over tempat aku di TCS) Banyak juga kisah-kisah TCS yang dapat ditukar ganti dengan kisah-kisah di SMKA!! Dalam kami sibuk membayar dan bercerita, mata aku sempat melilau tengok Sufi, okay ada depan mata. Tapi bila kami keluar dari Popular...lesap lagi.(hilang ke tiga) Melilau pulak aku. Penatlah...Rupa-rupanya dia dok merayau tengok alat sukan kat Health Stream. Fuiissshhh...Pecah peluh aku bila asyik hilang camni. Dari situ aku amik laptop aku dan terus chow.Tak ada mood nak tanya setting apa yang tak kena. Nak keluar dari Ipoh pun dah penat sebab roadblock banyak dan kereta pun boleh tahan juga.

Sampai Tanjung Malim dalam pukul 8 malam. Aku terus pengsan pukul 10.30 mlm. Waaaarghh...banyak lagi kerja tak siap.

Hari ni kena force diri untuk siapkan journal. Tak kira dengan apa jua sekalipun!


Friday, February 6, 2009

Serangan Emosi vs Serangan Mulut

Frankly speaking, kadang-kadang aku rimas melihat orang yang selalu tenggelam dengan emosi sendiri seolah-olah dunia hanya berkisarkan pada diri mereka semata-mata.

Melihat pada tajuk, aku sekadar membuat critical analysis terhadap apa yang diperkatakan disini dan disini.

Pengalaman mengajar aku banyak perkara terutama apabila berdepan dengan mereka yang selalu dilanda serangan emosi apabila dicuit! Kebanyakan orang sukar untuk menerima kelemahan sendiri dan gagal menjadikan kelemahan itu sebahagian dari keunikan dirinya. Mungkin kerana ramai juga yang memikirkan orang lain perlu berubah dan bukan dirinya! Kalau aku? Mudah je, apa aku kisah dengan apa yang orang kata selagi tak jadi kudis, tak meyusahkan aku, katalah apapun! Orang nak berkata-kata...sebab tu aku lebih suka berkata-kata kosong macam aku ni tak kisah dan tak ambil tahu. Sebab menyimpan perkara yang akhirnya mengugat kesejahteraan minda hanya akan menyesakkan ruang aku bergerak.

Baru-baru ni aku dikatakan mengucilkan hati seorang yang kini aku hanya anggap sebagai kenalan dan bukan lagi teman. Kutuk mengutuk (Provokasi) antara dua teman sebenarnya adalah kunci yang membuka banyak ruang baru untuk diterokai kerana dengan melihat pada kelemahan diri, itu akan dijadikan jambatan untuk menguatkan pertalian. Aku sedar ramai yang tidak seberani aku dalam meneroka nilai sebuah persahabatan. Akhirnya kenalan aku tu terkucil hanya kerana aku mengutuk ciri-ciri guru sekolah rendah yang selalunya sangat menitikberatkan nilai estetika dalam persembahan sesuatu bahan. Sedangkan berbanding dengan guru sekolah menengah dan kena pula dengan orang sukan, selalunya content atau pengisian bahan lebih penting kerana itu akan menjadi benchmark dan rujukan. Yang bestnya, bila aku dikatakan bukan seorang yang kreatif, tak pulak aku melenting tak tentu hala...sebab creativiti tu meluas penggunaannya! Bukan sekadar pandai menempel kertas dan pandai membuat hiasan yang cantik! Creativity datang dengan kritisnya pemikiran kita...bukan sekadar pembuatan semata-mata. Mana lebih baik? Kreatif design content atau kreatif dalam penyampaian content? Kalau kita bijak, kedua-duanya compliment atau saling melengkapi. Kenapa tidak digabung dan diguna bersama-sama. Rugi sangat bila melenting kerana hal-hal yang tak perlu. Akhirnya pasti ada pihak yang kerugian.

Kadang-kadang kebrutalan aku provoke adalah satu cara dimana aku menilai nilai orang itu sebagai samada sebagai teman atau sekadar kenalan. Kalau dia berani mempertahankan dirinya dan segala kebaikan yang wajar dipamerkan, tahniah sebab dia memang mempunyai nilai seorang teman tetapi bila diserang mulut, dan jelas pula dia terus diserang emosi, maka lebih baik dia dianggap sebagai kenalan dan pastinya akan aku ketepikan dari senarai teman! Sebab orang sebegini akan menjadi liabiliti untuk aku. Menyusahkan dan memeningkan...

Dan fikir-fikirkan lah...mana lebih baik, berdepan dengan orang yang manis mulut tapi sekadar ingin meletakkan dirinya di zon disenangi oleh semua orang atau berdepan dengan orang yang mampu mengatakan yang benar dan kita pula berasa kita selamat dengan orang sebegini.


Monday, February 2, 2009

Enjoy Your Life...

Kenapalah kita selalu tenggelam dalam kesedihan sedangkan banyak lagi warna-warna pelangi yang boleh dipandang! Kenapalah warna hitam yang menjadi pilihan hati??? Heran sungguh!
Peliknya kehidupan ialah kita sering memikirkan kehilangan yang berlaku pada diri kita sedangkan pada masa yang sama terlalu banyak nikmat yang kita terima. Kenapa tidak bersyukur dengan apa yang kita ada dan merelakan kehilangan yang berlaku?
Maka, apa salahnya jika kita memikirkan tentang kesenangan dan kenikmatan yang kita ada dari terusan hidup dalam dunia yang suram. Nasihat aku pada kawan-kawan, keluarlah dari kepompong kesedihan dan kegelapan. Enjoy your life to the fullest!
kalau orang tanya aku....
Heheheh...hidup ni semuanya di tangan Allah, kita hanya perlu menikmatinya sahaja. Malahan segala ganjaran pun dari NYA. Apa masalahnya? Kalau kita bercerai, well mungkin sebab Allah akan memberikan pasangan yang lebih baik! Kalau suami kita kawin lain, mungkin madu kita tu akan jadi teman sebantal! Kalau kita tak kawin-kawin, mesti kat syurga kita akan dapat pasangan yang terhebat dari apa yang kita impikan! Kalau kita kehilangan orang yang paling kita sayang, pasti sekali gantinya lebih baik dari apa yang kita hilang. Dan kalau kita tengah sakit, pasti sekali bila baik, sihat kita mesti jauh lebih bagus dari sebelumnya.
Maka...setiap yang tidak elok berlaku sebab kita akan menerima nikmat yang lebih baik...Itu je kepala hotak aku selalu fikirkan. So senyum je!

Sunday, February 1, 2009

Menghargai yang tiada...

Betul tak tajuk tu...?
Cuba bayangkan, kita ada mak bapak yang masih bernafas, kita tak ambil pusing....sebab kita anggap mereka masih hidup...bila dah tiada baru teringat pada segala macam yang ingin kita lakukan untik mereka. Tapi kenapa tidak dilakukan ketika mereka masih lagi hidup..
Begitu juga bila semasa kita bekerja, masa bos kita ada, semuanya tak kena...ada je perkara yang kita kutuk dan marah dan tak suka. Bila bos tu dah bertukar atau naik pangkat dan diganti dengan bos yang baru, barulah kita sibuk membandingkan kebaikan dan kelebihan bos yang lama dan mulalah semua yang ada pada bos baru tak kena dan tak sehebat bos lama...kenapa gitu?
Selalunya begitu jugalah yang terjadi pada guru-guru yang bertukar, masa dia berkhidmat di sekolah lama, terasa bahawa kehebatannya tidak diakui tetapi bila dia bertukar ke sekolah lain barulah terasa kehilangannya...
Sebenarnya penyelaras ICT Cikgu Rosli Bajuri di sekolah aku bertukar ke SMJKC Choong Hua, Tapah, jadi sekarang makmal ICT nampak agar terabai memandangkan apabila penyelaras tak ada, banyak kerja maintainance tak dapat dijalankan. Aku pulak memang memerlukan makmal untuk P&P menyebabkan banyak perkara berkaitan networking tersangkut...Addduuuusshhhh....Tolong!
p/s: Untuk mereka yang pernah menjadi anak-anak murid kepada guru-guru...ingatlah bahawa ilmu didada sebenarnya diisi oleh guru itu. Si guru itu yang membuka jalan untuk kita dari tak tahu kepada tahu... Jadi hargailah jasa guru itu!