Friday, February 6, 2009

Serangan Emosi vs Serangan Mulut

Frankly speaking, kadang-kadang aku rimas melihat orang yang selalu tenggelam dengan emosi sendiri seolah-olah dunia hanya berkisarkan pada diri mereka semata-mata.

Melihat pada tajuk, aku sekadar membuat critical analysis terhadap apa yang diperkatakan disini dan disini.

Pengalaman mengajar aku banyak perkara terutama apabila berdepan dengan mereka yang selalu dilanda serangan emosi apabila dicuit! Kebanyakan orang sukar untuk menerima kelemahan sendiri dan gagal menjadikan kelemahan itu sebahagian dari keunikan dirinya. Mungkin kerana ramai juga yang memikirkan orang lain perlu berubah dan bukan dirinya! Kalau aku? Mudah je, apa aku kisah dengan apa yang orang kata selagi tak jadi kudis, tak meyusahkan aku, katalah apapun! Orang nak berkata-kata...sebab tu aku lebih suka berkata-kata kosong macam aku ni tak kisah dan tak ambil tahu. Sebab menyimpan perkara yang akhirnya mengugat kesejahteraan minda hanya akan menyesakkan ruang aku bergerak.

Baru-baru ni aku dikatakan mengucilkan hati seorang yang kini aku hanya anggap sebagai kenalan dan bukan lagi teman. Kutuk mengutuk (Provokasi) antara dua teman sebenarnya adalah kunci yang membuka banyak ruang baru untuk diterokai kerana dengan melihat pada kelemahan diri, itu akan dijadikan jambatan untuk menguatkan pertalian. Aku sedar ramai yang tidak seberani aku dalam meneroka nilai sebuah persahabatan. Akhirnya kenalan aku tu terkucil hanya kerana aku mengutuk ciri-ciri guru sekolah rendah yang selalunya sangat menitikberatkan nilai estetika dalam persembahan sesuatu bahan. Sedangkan berbanding dengan guru sekolah menengah dan kena pula dengan orang sukan, selalunya content atau pengisian bahan lebih penting kerana itu akan menjadi benchmark dan rujukan. Yang bestnya, bila aku dikatakan bukan seorang yang kreatif, tak pulak aku melenting tak tentu hala...sebab creativiti tu meluas penggunaannya! Bukan sekadar pandai menempel kertas dan pandai membuat hiasan yang cantik! Creativity datang dengan kritisnya pemikiran kita...bukan sekadar pembuatan semata-mata. Mana lebih baik? Kreatif design content atau kreatif dalam penyampaian content? Kalau kita bijak, kedua-duanya compliment atau saling melengkapi. Kenapa tidak digabung dan diguna bersama-sama. Rugi sangat bila melenting kerana hal-hal yang tak perlu. Akhirnya pasti ada pihak yang kerugian.

Kadang-kadang kebrutalan aku provoke adalah satu cara dimana aku menilai nilai orang itu sebagai samada sebagai teman atau sekadar kenalan. Kalau dia berani mempertahankan dirinya dan segala kebaikan yang wajar dipamerkan, tahniah sebab dia memang mempunyai nilai seorang teman tetapi bila diserang mulut, dan jelas pula dia terus diserang emosi, maka lebih baik dia dianggap sebagai kenalan dan pastinya akan aku ketepikan dari senarai teman! Sebab orang sebegini akan menjadi liabiliti untuk aku. Menyusahkan dan memeningkan...

Dan fikir-fikirkan lah...mana lebih baik, berdepan dengan orang yang manis mulut tapi sekadar ingin meletakkan dirinya di zon disenangi oleh semua orang atau berdepan dengan orang yang mampu mengatakan yang benar dan kita pula berasa kita selamat dengan orang sebegini.


No comments: