Monday, May 25, 2009

Alhamdulillah...

Orang kata selepas kepahitan, akan datang kemanisan! Hmm...aku semakin percaya dengan keadaan itu!

Bulan ini adalah bulan yang mencabar buat aku. Bermula dengan kesibukan kerja di tahap gaban, kemudian beberapa kejadian yang benar-benar diluar jangka sehingga mengugat emosi aku! Walaupun menyenget juga bahu aku memikulnya, sehingga ada masanya aku menangis di hadapanNYA.

Akhirnya satu persatu tabir hijab dibuka untuk aku kembali tersenyum! Sesungguhnya pengajaran yang aku dapat ialah, YAKINLAH bahawa setiap kesusahan diiringi dengan kemenangan yang sangat manis!

Hari ini keputusan Peperiksaan M. ED Sarjana Pendidikan UPSI telah diumumkan. Tahniah buat semua! Aku...takla seterer mereka yang sememangnya hebat!

7 comments:

DeLinn said...

sharifah, dah habis ke master Ed? Cepatnyaaaa. Anyway, congrats ye!

lupekanje said...

Salam cikgu,
tahniahhh...master?? so, pas ni nk amek pHd la gamaknyer ye...??

Sharifah Hassan said...

Salam De Linn,

hehehe..baru habis sem satu!!! Nak ngadap banyak lagi...

Sharifah Hassan said...

Salam Lupakanje,

Uish...nak ke PhD tu macam jauh sangat lagi...Yang ini pun jenuh enjut! Doalah kut-kut sampai hajatnya ke situ!! heheheeh....

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

dah keluaq result Upsi?..lega la. UKM masih dok nganga lagi...bila nak dpt result tak tahu la...

Pak Ngah: said...

:: salam... ayat terakhir tu amat menarik rasanya... yang penting ialah "tau takpe"...

:: bukan apapun... sekadar mengacah je...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

Hahahahah! hmmm...dimanakah aku kalaunya gitu ek???

Selamat kembali ke Sarawak..nampaknya Milo seteko tu kena KIV lerr...