Monday, May 11, 2009

Segalanya ku terima...


Kita sering tertarik pada mereka yang serupa. Itulah Hukum Tarikan yang menjadi intipati dalam buku The Secret.

Akhirnya aku menjumpai buku ini "Quranic Law of Attraction" yang menjelaskan Hukum Tarikan dari sudut Islam. Mengikut hukum ini, setiap tindakan ada tindakbalas. Keadaan itu berlaku dalam semua keadaan tanpa membezakan apa jua amalan kita.

Segala harapan dan keinginan kita sebenarnya boleh dipenuhi sekiranya kita meletakkan fokus yang tinggi terhadapnya. Caranya memang mudah. FIKIRKAN BOLEH!

Apabila kita memahami makna Hukum Tarikan ini, kita dapat merasakan kehidupan ini mudah.

Dulu aku sendiri agak pesimis dengan keadaan sekeliling kerana terbiasa melakukan segalanya sendirian tetapi apabila aku belajar untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan, kelegaan memenuhi ruang kehidupanku.

Pengaturan alam semesta berada di tanganNYA. Apabila kita semakin pasrah dan berserah kepadaNYA, segala-galanya menjadi lebih jelas dan kita semakin memahami perkara-perkara yang sebelum ini kelihatan kabur dan buntu.

Senyumlah dan terimalah segala-galanya dengan hati yang terbuka. Pasti apa yang kita inginkan akan datang kepada kita.

No comments: