Monday, May 4, 2009

Kira ego dia...EGO ko?

Salah satu cabaran ditempat kerja, ada orang yang ngam dengan kita, ada yang dalam diam tak ngam dengan kita. Ada ke orang camni? Ada.

Ada orang, tetiba tak layan kita, tak sambut tangan kita bila kita salam dia dan tak nengok muka kita langsung time kita bertembung. Bila Anda mengalami situasi camni, hadapilah ia dengan tenang.

Fikiran kena baik sepanjang masa, supaya kita berada dalam situasi yang baik-baik juga sepanjang masa, selama Anda berada di tempat kerja Anda sekarang.

Mungkin Anda tak tahu. Fikiran kita, hati kita dan minda kita, sepanjang masa berdoa.

Apa yang kita fikirkan selalu, ibarat kita berdoa minta ia dimunculkan pada kita. Apa yang kita selalu cakap dalam hati, ibarat kita minta supaya apa yang kita cakapkan itu didatangkan pada kita. Apa yang kita ulang-ulangkan di minda, apa yang kita ingat selalu, bayangkan selalu, ibarat kita berdoa supaya ia dijelmakan dalam kehidupan kita.

Saranan supaya bersangka baik pada sesiapa saja bukan sekadar saranan. fikiran, percakapan dan perbuatan kita memberi kesan tersendiri. Kita buat baik pada orang, orang buat baik pada kita juga.

Sebaliknya, bila kita jahat pada orang, otomatiknya orang akan jahat ngan kita juga. Jika kita berfikiran buruk pada orang, orang akan berfikiran buruk pada kita lantas membangkitkan komunikasi negatif antara kedua belah pihak, Anda dan dia.

Jangan cepat bersangka buruk bila orang buat tak layan denagn Anda. Gunakan reverse saikologi. Anggaplah dia mahu Anda tunjukkan pada dia kerajinan Anda, semangat kerja Anda dan kemahiran Anda. Itu lebih baik dari bersangka buruk tetiba.

Mungkin hari ni dia tak layan Anda. Esok-esok, mana tahu, dia sendiri yang datang tegur Anda.

Sesetengah orang suka menilai orang lain dulu, dengan menguji dia. Anda kena terima hakikat memang ada orang camni. Dia test try dulu, tengok OK ke tidak, baik hati ke tidak.

Untuk kekal bersemangat, kekal berfikiran positif, bersangka baiklah dalam apa saja situasi, apa saja keadaan dalam apa jua ketika.

Dipinjam dari...imotivasi


No comments: