Tuesday, May 19, 2009

When Malaysians are considered STUPID!

Orang Malaysia ni agaknya orang yang suka berlagak pandai! Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga!
Justify Full
Senario ini berlaku di mana-mana...

Apa yang aku perhatikan ialah isu kebijaksanaan masyarakat Malaysia. Mungkin kita ni tak boleh ada orang lain yang lebih pandai dari kita dan kita sentiasa merasakan kita dah tahu semua.

Sekarang ni, pergolakan politik di Perak meninggalkan impak yang besar kepada perjalanan politik Malaysia. Begitu juga dengan isu kemasukan pekerja asing yang berlambak-lambak.

Dua keadaan ini kalau dikupas sebenarnya benar-benar menunjukkan, how stupid Malaysian actually are!

Meh kita lihat senario politik di Malaysia. Apa yang jelas ialah kita tidak pernah belajar dari sejarah malah kita selalu mengenepikan iktibar dari sejarah. Kita mudah mengikut perasaan. Akhirnya kita memalukan diri sendiri. Kejadian dalam Dewan Rakyat ketika PKR "bertempur" dengan Barisan Nasional menunjukkan tahap kematangan kita berpolitik. Setelah 50 tahun merdeka kita masih lagi dijajah dengan "aku yang tahu segala-galanya dan semua orang mesti tahu apa yang aku tahu".

"Kebijaksanaan" Menteri Luar, Datuk Anifah Aman membuka pekung di dada di hadapan Setiausaha Negara US, Hillary Clinton mengenai tawaran Anwar untuk berpaling tadah pasti mengundang pelbagai spekulasi selepas ini. Walaupun jawapannya sekadar menjawab persoalan dari wartawan namun apabila dia bercerita masalah yang sepatutnya diselesaikan di negara sendiri, jelas menunjuk tahap profesionalisme politik Malaysia!

"Kebijaksanaan" kerajaan Malaysia membuka pintu hanya kepada pekerja asing untuk melakukan kerja buruh mengundang pula satu senario yang menarik di Malaysia kerana pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk Malaysia kini menjadi milik warganegara Myanmar, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Thailand, India. You name all and Malaysia have all TAPI sayangnya kita hanya mempunyai kepakaran kelas tiga. Dasar buka pintu Malaysia hanya untuk mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik. Persoalannya kenapa orang Malaysia tidak menggalakkan kemasukan pakar-pakar yang benar-benar dapat memberi input dari ilmu pengetahuan bertaraf kelas pertama malah pengiktirafan tidak diberikan kepada rakyat Malaysia yang memiliki kepakaran dan akhirnya mereka memilih untuk berhijrah ke luar negeri.

Apa yang paling ajaib ialah dalam dunia pendidikan, guru-guru yang tidak memiliki ijazah diberi pengiktirafan dari aspek gaji yang lebih lumayan berbanding guru-guru yang memiliki master (langsung tak laku kat sekolah!)

Kesimpulan aku ialah di Malaysia, menjadi STUPID lebih bagus dari pandai!!! Hahahahaha....


2 comments:

SATIRA + KACAU said...

Salam Puan Sharifah: Selamat Hari Guru dan saya sokong pendapat Puan. Orang atau mereka lebih suka kita terus menjadi bodoh. Kerana itulah mereka ingat kita bodoh dan boleh diperbodohkan. Saya suka tulisan puan yang berani dan lantang begini. Hukla!

Satira+Kacau

Pak Ngah: said...

:: salam... anda berani... anda berani menyatakan sesuatu yang selama ni terbuku di hati anda...

:: sehingga kini MUNGKIN lebih ramai yang sanggup memendam rasa... berbanding yang mampu meluahkan rasa hati...