Thursday, February 28, 2008

Necktie





Semenjak dua menjak ni aku asyik menegur pelajar lelaki dan perempuan pasal memakai tali leher...sehinggakan akhirnya aku tertanya-tanya, sebenarnya budaya pakai tie ni datang dari mana? Dan membudayakan pemakaian tali leher ni adakah satu budaya yang positif kepada kita atau satu budaya hiliran, yang ada pun tak apa, tak ada pun tak apa? Apa pun aku tidak menentang kerana ketika aku lepak dalam bilik komputer sementara tunggu kelas relief aku..(sekarang ni aku relieve sangat sebab tak payag ngajar BM dah!) Cukuplah pengalaman aku minggu lepas...penat-penat-penat sangat!

Ooh...sorry! Apa yang aku nak katakan ialah...latihan dan pengukuhan dalam apa jua yang dilakukan. Pelajar sebenarnya perlu dilatih dengan meniru dan melakukan semula apa jua keadaan yang mereka lalui sehingga mereka bersedia untuk mencanai minda mereka menggunakan kekuatan yang mereka ada. Dan di sinilah tenaga seorang guru diperlukan untuk membina kekuatan tersebut. Sebagai guru, kini aku tersedar bahawa walaupun pelajar itu meniru dan melakukan semula tetapi kita telah menyediakan platform kepada pelajar ini bersedia dengan keadaan yang bakal berlaku. Contohnya untuk pelajar berani menyebut dan menjawab soalan dalam kelas, kita sendiri mesti menyebut soalan dan jawapan itu berkali-kali supaya pelajar dapat menerima input itu. Namun, ketika ini mereka belum ada kekuatan untuk mengolah dan menggunakan kaedah soalan kita untuk meneroka soalan baru.

Maka peranan guru sangat penting sebagai penyedia ruang untuk pelajar membuat kesilapan dan untuk pelajar meniru kaedah yang ada untuk membina kekuatan diri mereka sebelum mereka mampu untuk bergerak sendiri.

Semalam, aku diajak untuk memberi seminar menjawab soalan bahasa Inggeris PMR. Soalan pertama aku ialah adakah cikgu yang mempelawa aku itu juga pemeriksa kertas, jawabnya tidak dengan alasan masih baru. Hmmm....persoalan yang timbul dalam diri aku ialah sepatutnya di saat bermulanya karier dalam perguruan walau di tahun pertama, sebagai guru, kita harus berani meneroka tanpa alasa sama ada kita baru atau lama dalam bidang ini kerana semua pengalaman ini akan membantu kita untuk membantu pelajar membina kekuatan diri mereka supaya pelajar kita ada keyakinan untuk sentiasa bersedia bergerak atau kaki sendiri bila-bila masa.

Wednesday, February 27, 2008

School Within The community

Semasa aku di Philly tahun lepas, aku telah mengajar di sebuah cluster school iaitu Constitution High School. Sekolah ini memfokuskan pelajarnya untuk berkarier dalam jurisdiction atau bidang kehakiman dan keadilan. Mereka dilatih oleh peguam-peguam supaya mahir dalam bidang politik dan pentadbiran negara. Selain dari itu, apa yang menarik tentang sekolah ini ialah, ia berasal dari sebuah bangunan Muzium Seni bersebelahan dengan rumah George Washington. Sekolah ini menggunakan semua kemudahan yang juga digunakan oleh penduduk Philly seperti perpustakaan, dewan philharmonic, muzium. Boleh dikatakan apa sahaja yang ada dalam Bandar itu dijadikan kelas untuk para pelajar ini. Apa sahaja ceramah yang diadakan di sekeliling kota, pelajar ini juga terlibat sama. Outing menjadi perkara biasa bagi pelajar-pelajar ini.

Dan setiap 3 bulan sekali mereka mempunyai perkembangan staff yang diadakan pada Hari Jumaat jam 12.30 hingga 3.04 pm. Waktu sekolah bermula ialah dari jam 7.24 am sehingga 3.24 pm. Tetapi pada hari Jumaat di mana ada perkembangan staff, pelajar dibenar pulang awal. Konsep pendidikan barat ialah memudahkan yang mudah maka tiada kekangan seperti apa yang ditekankan di sesetengah sekolah di Malaysia di mana guru kena bekerja pada hari Sabtu dan sentiasa lebih masa. Bila ada paksaan maka akan ada tentangan. Itu yang seringkali berlaku di sekolah-sekolah. Kenapa perlu paksaan sedang kebanyakan kita sudah tahu tanggungjawab masing-masing, Cuma perlu ada ingat-mengingat.

Jadi aku tidak merasa hairan jikaguru-guru yang ada di sekolah ini sangat berdedikasi walaupun para pelajarnya bukanlah pelajar yang pandai atau kaya tetapi setiap pelajar mendapat peluang untuk menimba ilmu. Aku berpeluang duduk bersama mentor aku selama 6 jam pada hari Ahad untuk mereka bentuk bahan pengajaran dan rancangan mengajar bagi satu unit. Malahan pada musim cuti panas, guru-guru akan menyiapkan bahan pengajaran mereka selama setahun supaya mereka bersedia sebelum pelajar masuk sekolah.

Satu yang amat menarik dan membuat aku begitu teruja ialah konsep kurikulum merentasi matapelajaran. Semua guru di sekolah ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan cara di mana semua guru matapelajaran apa paun akan mengajar menggunakan satu konsep sahaja. Ketika itu konsep tau tema ialah The Black American History,maka semua subjek mempunyai tema yang sama dan semua guru akan mengajar berdasarkan tema itu.

Apa yang dapat aku perhatikan ialah pelajar dikukuhkan pengetahuan mereka dan minda mereka diselaraskan dengan ilmu yang mereka terima. Satu lagi ialah, mereka dapat membuat perkaitan dalam apa sahaja yang mereka pelajari kerana memang apa yang berlaku disekeliling kita memang berkait dan saling bergantung.

hi Carmil

Just read your Digital Story. Good job...keep blogging so that i am kept abreast with what is evolving in your life...

Take Care..
Puan Sharifah

Tebu dan Rotan

Hmmm...semenjak dua menjak setelah aku mula mengajar Bahasa Melayu, nampak gaya penggunaan Bahasa Melayu aku semakin mencanak!
Tadi aku bersembang dengan seorang rakan guru, alih-alih terkeluar peribahasa baru..."menanam tebu di mulut, memegang rotan di tangan". Tercengang rakan aku tu! Aku pun..hak..hak..hak..
Sebenarnya bila aku berkata sedemikian mungkin disebabkan dek banyak keadaan yang aku perhatikan yang berlaku pada kita sendiri. Percayakah anda jika aku katakan ramai diantara kita selalunya "cakap tak serupa bikin" Tambah-tambah bila berjanji. Selalu sangat menabur kata ibarat menanam tebu di bibir tapi dalam masa yang sama merotan kita dengan perbuatan yang menyakit hati. Mungkin ramai yang telah melalui keadaan ini akan menyumpah seranah orang itu walaupun sebenarnya salah kita sendiri yang terlalu mudah terpedaya dengan kata-kata manis itu...
Fikir sendiri la beb!

Economy Models Based On Cows





COMMUNISM

You have 2 cows. The State takes both and gives you some milk.


SOCIALISM

You have 2 cows. You give one to your neighbour.


FASCISM

You have 2 cows. The State takes both and sells you some milk.


NAZISM

You have 2 cows. The State takes both and shoots you.


BUREAUCRATISM

You have 2 cows. The State takes both, shoots one, milks the other, and then throws the milk away!


TRADITIONAL CAPITALISM

You have two cows. You sell one and buy a bull. Your herd multiplies, and the economy grows. You sell them and retire on the income.


SURREALISM

You have two giraffes. The government requires you to take harmonica lessons


AN AMERICAN CORPORATION

You have two cows. You sell one, and force the other to produce the milk of four cows. Later, you hire a consultant to analyse why the cow has dropped dead.


ENRON VENTURE CAPITALISM

You have two cows. You sell three of them to your publicly listed company, using letters of credit opened by your brother-in-law at the bank, then execute a debt/equity swap with an associated general offer so that you get all four cows back, with a tax exemption for five cows. The milk rights of the six cows are transferred via an intermediary to a Cayman Island Company secretly owned by the majority shareholder who sells the rights to all seven cows back to your listed company. The annual report says the company owns eight cows, with an option on one more. You sell one cow to buy a new president of the United States , leaving you with nine cows. No balance sheet provided with the release. The public then buys your bull.


THE ANDERSEN MODEL

You have two cows. You shred them.


A FRENCH CORPORATION

You have two cows. You go on strike, organise a riot, and block the roads, because you want three cows.


A JAPANESE CORPORATION

You have two cows. You redesign them so they are one-tenth the size of an ordinary cow and produce twenty times the milk. You then create a clever cow cartoon image called "Cowkimon' and market it worldwide.


A GERMAN CORPORATION

You have two cows. You re-engineer them so they live for 100 years, eat once a month, and milk themselves.


AN ITALIAN CORPORATION

You have two cows, but you don't know where they are. You decide to have lunch.


A RUSSIAN CORPORATION

You have two cows. You count them and learn you have five cows. You count them again and learn you have 42 cows. You count them again and learn you have 2 cows. You stop counting cows and open another bottle of vodka.


A SWISS CORPORATION

You have 5000 cows. None of them belong to you. You charge the owners for storing them.


A CHINESE CORPORATION

You have two cows. You have 300 people milking them. You claim that you have full employment, and high bovine productivity. You arrest the newsman who reported the real situation.


AN INDIAN CORPORATION

You have two cows. You worship them.


A BRITISH CORPORATION

You have two cows. Both are mad.


AN IRAQI CORPORATION

Everyone thinks you have lots of cows. You tell them that you have none. No-one believes you, so they bomb the hell out of you and invade your country. You still have no cows, but at least now you are part of a Democracy!.


A NEW ZEALAND CORPORATION

You have two cows. The one on the left looks very attractive.


AN AUSTRALIAN CORPORATION

You have two cows. Business seems pretty good. You close the office and go for a few beers to celebrate.


Dipetik daripada GuruBashid

Tuesday, February 26, 2008

My friends are good!

Beberapa hari lepas, aku membaca blog OD, ada satu cerita yang menarik yang dapat aku gunakan sebagai bahan pengajaran aku untuk hari ini…Dalam kisah itu, menceritakan bagaimana seorang guru meminta setiap pelajarnya menulis satu perkara baik tentang rakan sekelas mereka.

Hari ini, kisah itu aku olahkan untuk kelas yang aku relief (2 waktu beb!). Bagi aku, aktiviti ini adalah satu cara untuk para pelajar mengenali rakan sekelas mereka sendiri (macam ice-breaking session) kerana dari apa yang aku perhatikan, mereka tidak mengetahui nama sebenar rakan sekelas dan rasanya ada di antara mereka yang tidak pernah bertegur sapa. Apa yang terjadi dalam kelas ialah, akhirnya mereka bangun dan berjalan sekeliling kelas, cuba mendapatkan nama kawan-kawan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Bukan senang nak ingat nama 35 orang pelajar…Seorang guru pun belum tentu mampu mengingat semua nama pelajarnya.

Apa yang menariknya, ada di antara pelajar yang merasa bangga apabila ada rakan lain yang datang bertanyakan nama mereka kerana mungkin buat kali pertama, ada yang berminat untuk mengenali dirinya. Dan rupa-rupanya bukan mudah untuk memecahkan tembok ego walaupun untuk pelajar yang berumur 13 tahun kerana " id" mereka telah diasuh dari kecil dengan cara yang keras dan tiada tolak ansur apabila ada yang menjerit kerana diganggu oleh rakan yang ingin tahu nama penuhnya. Terutama bagi pelajar berbangsa cina. Bagi pelajar Melayu pula mereka amat manja dan memang sangat mengharapkan semua orang akan sedia membantu mereka sampai bila-bila kerana untuk mereka bergerak dan mendapatkan nama-nama rakan mereka ibarat kura-kura simpan kepala dalam tempurng kulit. Punyalah susah untuk membuka mulut dan bertanya. Pelajar India pula memang sangat tinggi "daya gorengnya" kerana akhirnya aku dapati pelajar perempuan India yang tolong tulis senarai nama itu untuk rakan lelaki India! Hmmm…

Langkah seterusnya ialah meminta para pelajar untuk menulis satu perkataan yang menggambarkan kebaikan rakan sekelas mereka tanpa mengulang perkataan yang sama.

Kepala aku akan minta pelajar itu untuk gabungkan apa yang mereka telah tulis supaya setiap pelajar mendapat satu list mengenai kebaikan diri mereka yang telah dicatatkan oleh rakan sekelas.

Dear Sushi

hi,

truly from my heart...i always thought you as one of my toughest nut to crack because you are so serious in what you are doing. And guess what...i used you as my yard stick in my class so that i will never be off track in my teaching.

Keep writing and keep expressing you thoughts in your blog so that you will be able to see beyond the horizon. Be sure to give the true touch to your "well-loaded and colourful" life because all your experiences will one day be your personal teacher to lead your mind to better thoughts penned to your life.

Thank you for being my student even just for a short while...

Puan Sharifah

Hi Vaish..

i was reading your blog and suddenly something struck me in my mind...how mature my students are...and how you are treated like small kid...

i really like your "don't judge a book by its' cover" post. how true it is that we alway make a misconception of most people around us and we always think that what we think is always right...how untrue!

love,
Puan Sharifah...

p/s: hopefully you are having fabulous time in TCS even without me!

Avocado lagi...


Buah avocado telah lama ditanam di sekitar kawasan hijau di Sabah tetapi belum dikomersialkan secara besar-besaran mungkin kerana permintaan yang kurang di pasaran tempatan. Tetapi dari apa yang aku baca malam ni, pasaran yang besar memang ada di luar negara namun begitu kita mempunyai saingan dari negara Mediteranean.

Ada sebuah kebun yang dikenali sebagai Kebun Guru yang kini mempunyai hampir 30 batang pokok avocado dan sudah ada sejumlah dari pokok-pokok tersebut sudah mula mengeluarkan hasil.

Apa yang membuat aku tertarik ialah keinginan di antara kita untuk kembali ke alam..

Mungkin alam adalah satu sumber ketenangan yang sudah mula kita kikis dengan pembangunan hutan batu sehingga menghakis dinding ketenangan dalam jiwa kita.

Adalah sudah sampai masanya layar kita dialih semula dari mana kita datang dulu? Jika sumber pertanian suatu ketika dulu menjadi satu sumber pendapatan isi rumah dan juga negara, tidak mustahil jika kini pertanian dikembalikan ke persada global dengan teknologi baru dan terkini...

Buah avocado mempunyai banyak khasiat terutama kandungan lemak monosaturated nya yang sebenarnya sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengawal pengambilan lemak. Walaupun ada yang mengatakan buah ini tinggi kadar kolestrolnya tetapi ia masih lagi lebih baik dari lemak binatang. Begitu juga kebaikan omega 3 yang sememangnya merupakan makanan otak, yang sangat sesuai dijadikan makanan pengenalan untuk bayi dan kanak-kanak...maka jika kita dapat membangunkan pasaran tempatan dengan membudayakan masyarakat tentang pemakanan sihat dan berkhasiat, aku pasti buah ini akan mendapat sambutan dari ramai orang...

Monday, February 25, 2008

Waaaa….Canggihnya XP 2007

Aku sebenarnya belum pandai guna XP 2007 dan tak ramai kawan-kawan aku yang guna XP 2007. Hari ni secara kebetulan aku tersadung cara nak publish blogpost dari Microsoft Word tanpa masuk ke blog aku ….waaaaa….bestnya sebab sekarang aku boleh post bila-bila masa dan di mana sahaja. Secara automatik post aku akan disiarkan di blog aku!!!

Kata orang Utara…aku ni jadi "PERAK" jap!!!

Macam Bagus

Markah 40% dengan 100% ~ sama-sama lulus! Tapi apa yang membezakan antara 40 dan 100? Kenapa ada pelajar beria-ria suka untuk LULUS sahaja? Kenapa pula pelajar datang ke sekolah setiap hari?

Menurut kajian rambang aku…rata-rata jawapan yang diberikan ialah untuk "belajar". Apa pula kerja seorang cikgu? Juga menurut kajian rambang…cikgu kerjanya untuk mengajar!

Jadi apa bezanya antara 40% dengan 100%? Kenapa pelajar mesti belajar dan cikgu mesti mengajar?

Mungkin tugas pelajar ke sekolah bukan untuk belajar dan tugas guru bukan untuk mengajar?

Mungkinkah tugas pelajar datang ke sekolah setiap hari tanpa mengira hujan atau panas untuk mengenal dunia?

Mungkinkah pula tugas seorang cikgu bukan sekadar mengajar tetapi sebenarnya ialah untuk membuka minda pelajar?

Sekolah ibarat mini Malaysia…di mana semua kaum bercampur gaul bersama-sama perbezaan amalan, budaya dan agama. Dan jika sekolah dijadikan mini Malaysia, wajarlah cikgu menjadi perdana menteri dan menteri-menteri yang mentadbir negara kecil itu.

Atau mungkinkah lebih sesuai jika kuasa pemerintahan diserahkan kepada pelajar itu sendiri untuk mengenal dunia kecil mereka ini?

My Comment:

Anak-anak sentiasa dahagakan ilmu walaupun kadang-kadang kita tertipu dengan gelagat acuh tidak acuh itu…Setiap anak itu datang dengan seribu kelebihan dan satu kelemahan tetapi kita selalu terpedaya dengan kelemahan yang satu itu.

Avocado

Buah avocado memang buah yang menarik sebab kaya dengan Omega 3 (bagus untuk pembentukan sel-sel otak) malahan lagi bagus jika dijadikan mask muka untuk wanita yang berkulit kering. Dulu aku pernah tengok buah ni masa di Sabah pada tahun 90 an. Dan baru-baru ni di Luang Prabang, Loas semasa aku berjalan di pasar pagi.

Setiba aku di sekolah, rakan aku menunjukkan buah yang tidak asing kepadaku dengan penuh rasa teruja.Alih-alih aku pun sama, mungkin kerana inilah kali pertama aku mendapat memegang buah itu tanpa dibeli…hak..hak..hak.. Apa yang menarik tentang buah ni?? Rasanya confirm aku akan mencari ruang dan peluang untuk mengenali buah yang terkenal dalam dunia kecantikan wanita…

Friday, February 22, 2008

Thanks PakTeh!

Kadang-kadang inspirasi ni datang dengan tidak dijangka...

Bila aku boring, biasanya aku melanggut TV je, kalau dak, aku melayan si Sufi dengan macam-macam karenah budak umur dua tahun...sambil-sambil membaca blog orang...kalau rajin aku tinggalkan komen, kalau tidak aku sekadar baca komen orang je.

So just now, aku masuk blog PakNgah, baca pasal ulat sago yang montel-montel untuk dijadikan kudapan, kemudian aku ke blog PakTeh, kat sini, aku lama sikit sebab tertarik dengan isu "checkmate" dan tiba-tiba datanglah inspirasi!

Beberapa hari ni aku sedang berperang dengan masalah besar (bagi aku sangatlah besar) tapi bagi orang di sekeliling, masalah tu macam nothing je. Itu yang aku jadi mandom sangat ni.

Aku sekarang rasanya dalam proses "transformasi" dari ulat sago nak jadi kumbang badak kut! (pinjam komen blogger di blog PakNgah) sebab dari guru English kena jadi guru Bahasa Melayu. Turnover 360 degree!

Masalahnya bukan mudah nak memudahkan sesuatu yang biasanya dipandang mudah oleh ramai pihak. Mengajar BM memang dianggap mudah bagi kebanyakan guru yang tidak mengajarnya...termasuk aku la! Tetapi bila aku dicampak ke kancah dunia baru, terkial-kial aku dibuatnya. Akhirnya dicelah-celah Bahasa Melayu aku yang memang bahasa buku...terselit juga Englishnya! Nak buat camna...

Kekangan utama aku ialah bila mengajar dengan minda kosong kerana walaupun ramai yang berkata pendekatan/approach pengajaran bahasa biasanya hampir sama tetapi perjalanan proses transformasi tu yang menyebabkan aku asyik tersadung je. Semalam, contohnya...dalam buku sastera "Seuntai Kata untuk Dirasa" ada pantun perpisahan 7 rangkap di mana setiap rangkapnya ada 4 baris tapi dalam nota yang aku baca, ia dikenali sebagai pantun 8 kerat...
CONFUSING la...Penyelesaian aku...sms dan tanya je member yang ngajor BM dan betulkan nota aku tu sambil bagi tau kat pelajar kalau saya salah, salah lah awak semua!

Salut la pada cikgu-cikgu yang mengajar BM...Rupa-rupanya bukan mudah nak mengajar bahasa ibunda. Kadang-kadang rasa lebih mudah mengajar English sebab menurut rakan aku, pelajar tidak ada bandingan bila belajar English tetapi dalam Bahasa Melayu, akan sentiasa ada bandingan antara bahasa pasar dan bahasa persuratan. Bukan mudah nak perbetulkan anak murid bila keadaan itu sudah sebati dalam jiwa mereka.

Positive mind aku berkata...ini adalah satu proses "overhaul" yang perlu dilalui oleh sesiapa sahaja yang sedang menjalani kehidupan baru. Kena bawa kereta tu slow-slow sebab enjin baru!!! Maka aku juga begitu, kena slow dan sabar dalam proses ini. Ini kerana bukan mudah untuk mengubah budaya yang sudah sebati dengan diri kita dan mengubahsuaigunakan budaya baru dalam budaya kita yang sedia ada itu...

Saja Nak Bermanja..Hak..Hak..Hak...

Dua tiga hari ni aku menyepi dari posting apa-apa sebab ada beberapa perkara yang sedang aku lalui dan pengalaman-pengalaman itu membuat aku berfikir panjang, dalam dan lama!

Aku rasa aku ni manja la...Ataupun aku sendiri yang yang suka memanjakan diri?

Entahlah...

Aku masih lagi dalam usaha mencari arah tujuan aku kerana menetapkan halatuju memang mudah...hanya on-paper tetapi untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan bukanlah sesuatu yang mudah.

Hopefully hari-hari yang mendatang akan memberi inspirasi kepadaku untuk terus melangkah ke hadapan dengan jitu dan gagah...

Tuesday, February 19, 2008

Mencipta Equilibirium

Kesimbangan dalam semua perkara adalah satu keadaan yang sukar untuk dilakukan kerana setandan pisang yang masak tidak serentak, setandan kelapa yang jatuh, tidak semuanya elok.

Bagaimana kita cuba menyamakan keadaan yang tidak sama, menyempurnakan suasana yang nampak pincang semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita mencipta equilibirium!

Bila aku melangkah masuk ke kelas pertama hari ini untuk mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar yang hampir 90% melayu telah meletakkan aku dalam keadaan yang sangat sukar! Ini kerana budaya yang aku bawa dari Convent School adalah budaya 90% positif dan 10% negatif, tetapi kini aku berdepan dengan keadaan 90% negatif dan 10% positif.

Imej yang aku bawa masih lagi bersandarkan imej di SMK Tarcisian Convent iaitu lantang dalam bersuara dan sentiasa confident dalam kata-kata untuk memancing minda pelajar supaya melihat aku sebagai guru yang berbeza dari apa yang mereka biasa lihat! Kali pertama aku bersuara dalam Bahasa Inggeris membutangkan mata pelajar, mungkin kerana tak sangka ada guru yang menganggap mereka pandai berbahasa Inggeris. Namun begitu satu keadaan yang membuat aku teruja ialah bila pelajar cuba berbahasa Inggeris dengan aku untuk menerangkan di mana bangunan-bangunan penting berada! Satu pencapaian kecil dalam cabaran yang besar.

Ramai guru yang sempat aku beramah tamah memikirkan aku adalah guru praktikum atau guru ganti kerana aku mengambil alih time table guru bersalin dan bila diceritakan aku adalah guru bertukar, mereka aku terkezut! Mungkin kerana gaya dan cara aku tidak menampakkan "ketuaan" aku dalam dunia perguruan! Satu keadaan yang aku selesa kerana lebih dianggap tidak berpengalaman dari diletakkan setaraf dengan bijak pandai!

Satu keadaan yang aku tidak selesa ialah perebutan tingkatan enam kerana DG 44. Rupa-rupanya di sini guru yang mempunyai DG 44 layak mengajar Tingkatan Enam. Persoalan aku, mana yang lebih pengalaman mengajar atau atau kelayakan mengajar? Mungkin suasana di Ipoh yang tidak mengambil berat isu DG 44 menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengajar Tingkatan Enam tanpa mengambil kira siapa dan apa kelulusan beliau!

Terlebih Lajak dari Luncur

Bukan mudah nak mengawal lajak perahu...apa tah lagi kalau di pengemudinya masih di tahap baru belajar! Selalunya bila nak menguasai arus, banyak aspek yang diambil kira...ke mana arus terarah, ke mana nak di tuju...dan kadang-kadang berlakulah keadaan di mana terlebih lajak dari luncur!

Terlebih lajak dari luncur dek salah kemudi juga satu keadaan yang..."alamak", terlepas pandang atau memang tak tahu?

Bagi aku sama ada terlajak atau masih meluncur, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kalau terlajak maka belajarlah menarik perahu...kalau terlebih luncur, pandai-pandailah membetul layar!

Dalam kehidupan, keadaan seperti ini memang sentiasa berlaku tetapi selalu sangat kita cepat melihat kesan sebab tanpa melihat sebab keadaan itu berlaku! Kalau kita cepat melihat kesan, maka kita akan lebih mudah mencari kesalahan tetapi jika kita melihat dari sudut sebab, mungkin kita dapat membuka ruang kebenaran dalam tindakan yang dilakukan...

Apa yang penting ialah kita bersedia menempuh tanpa merempuh apa hal jua yang berlaku disebabkan dari tindakan kita sendiri...

Monday, February 18, 2008

Sirih bertepuk, Pinang Menari

Kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke sekolah ini ialah pada hari Jumaat, 15 Febuari untuk melapor diri. Pandangan pertama aku sayup dan kelam kerana suasana yang dipamerkan amat berbeza dengan SMK TArcisian Convent. Namun begitu, suasana kelam itu menjadi cerah bila aku berjumpa dengan PK Pentadbiran, Puan Aminah Hatun, yang baru bertukar dari SMK Convent Taiping. kami sempat bertukar fikiran dan akhirnya tercetus idea untuk aku memberi satu sessi perkembangan staff pada guru di sini...Kami berpisah dengan huluran buku pelawat dan buku rekod baru beserta buku takwim n senarai tugas guru.

Kali kedua aku ke sekolah itu ialah pada 18 Febuari, hari ini untuk bertemu dengan Cikgu Bashid (nama yang gah dalam dunia blogging khususnya di kalangan guru dan politicians).Blog Cikgu Bashid ini telah aku link kan dengan blog aku ~Panduan Guru-Guru Malaysia. Dalam keriuhan di pejabat sekolah, rupa-rupanya sepupu abah aku juga berkhidmat di situ sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan...bernafas legalah aku sebab confirm pasal gaji aku tak akan ada masalah! Sambil itu sempat juga aku beramah mesra dengan sepupu Sultan Azlan, Cikgu Lafti yang merupakan Andersonians old boy. Akhirnya dalam debaran menunggu, orang yang ditunggu bersedia menerima kehadiran aku..BIG BOSS!

Encik Harithzuddin merupakan mentee kepada Tuan Haji Osman, yang merupakan bekas pengetua merangkap ala-ala bapa angkat aku gak sebab dia selalu makan semeja dengan aku di kedai kopi sambil bersembang pasal perniagaan dan memikir di luar kotak! Tuan Haji Osman merupakan salah seorang daripada Think Tank di JPN Perak sebelum turun padang sebagai pengetua di SMK Simpang. Menempatkan aku di SMK Simpang mempunyai banyak agenda yang tersurat dan tersirat!

Maka bila berdepan dengan Cikgu Harith, aku rasa seperti haruan pulang ke lubuk, sirih pulang ke ganggang, burung pulang ke sarang! Apa tidaknya, aku memang dilahirkan di Matang Gelugor, dan arwah tok wan Sahari memang dikebumikan di Simpang. Ramai rakan permainan abah yang bermastautin di Simpang. Apatah lagi rumah arwah tokwan masih berdiri gagah di No 4, Jalan Kuala Kangsar, Simpang. Banyak kenangan aku tersendiri yang masih terlipat dalam ingatan...

Kepulangan aku memang ditakdirkan kerana semasa berdepan dengan pegawai di JPN, rupa-rupanya sekolah yang sama bermain dalam minda kami. Suratan atau Kebetulan?

Sikap proaktif yang dipamerkan oleh Pengetua sangat sesuai dengan jiwa aku yang sukakan perubahan dalam pembangunan minda. Maka kehadiran aku disitu sebenarnya ada seribu macam hikmah buat diri ku sendiri...Hanya yang ESA lebih mengetahui segala agenda yang tersembunyi.

Satu persepsi yang menarik dalam leadership diketengahkan oleh En Harith..."The Pulling and Pushing Action"...di mana kita memilih untuk berada...sama ada menjadi kuasa penarik dan kita sentiasa akan berada di hadapan membawa perubahan atau kuasa menolak dari belakang dan kita akan sentiasa menolak orang untuk ke hadapan...Yang mana pilihan kalbu?

Sunday, February 17, 2008

Bila Kaki Mula Melangkah

Perjalanan ini selalunya akan bertembung pelbagai persimpangan di mana kita mesti memilih...seperti kata Robert Frost dalam puisi terkenalnya "The Road Not Taken"...

Ada masanya kita memilih jalan yang mudah...dan ada masanya kita terpaksa menempuh perjalanan yang sukar.

Bukan mudah untuk memilih. Ada pula yang yang memilih untuk memilih semua pilihan yang ada...ada pula yang akan berada di atas pagar dan menunggu orang lain untuk membuat keputusan untuk mereka...Tapi apa pun keadaannya, satu keputusan tetap perlu ada di tangan.

Maka bila kaki mula melangkah...tetapkan hati dan yakin dengan apa jua keputusan yan telah berada di tangan

To All dearest Angels of my Heart...

A new life begins

A new leaf turned
A new beginning

We move forward
And left memories

We step ahead
And left footprints

think of me as your "bestest" friend
and memoirs in our mind

so please let nothing left
and be sure to keep all

I am not good at parting bad news
nor saying goodbye

What happened was
just a junction that we need to cross...

Life is too short to ponder upon the pouring rain
while we know the rainbow will always wait

For you and for me to share the same shine
and to chesrish the same smile!

Be merry and be happy!

Tuesday, February 12, 2008

Remote Control



Istilah Remote Control nih menarik tau!

Kalau di sekolah, cikgi-cikgi yang tak tahan panas, pas tu kena ngajar PJPK, kompom pakai remote control kat bebudak...Hampa pilih nak main apa, pas tu 30 minit nanti simpan je kat stor PJ!

Kalau kat office, bos selalu pakai remote control nak sejukkan bilik yang panas...hehehehe..selingan! Bos biasanya akan hanya mengarah apa, kenapa dan bagaimana untuk melaksanakan satu-satu keadaan...

Kalau kat rumah pun sama gak..anak-anak dah diremote control dari kecik apa yang perlu mereka lakukan dari seawal bangun tidur sehingga lelap mata...

Tapi ada satu keadaan dimana "Remote Control"digunakan dan aku terkedu!
Alkisah, seorang boyfriend nih dah nak mula kehilangan si girlfriend yang kononnya menurut si boyfriend nih, "digilai" oleh ramai lelaki-lelaki lain...tatkala si girlfriend nih menyampaikan hajat yang terbuku, si boyfriend terus melenting dengan asakan dan tuduhan bahawa si girlfriend nih dah "diremote controlkan" oleh boyfriend baru! Menurut sumber rapat, rupa-rupanya si girlfriend tak tahan dengan sikap si boyfriend yang mudah percaya dengan hal-hal yang tak masuk dek akal, contohnya la...menurut sumber rapat laaa...si boyfriend ni terlalu taksub dan sayangkan si girlfriend sehingga sanggup menggunakan perkhidmatan perubatan alternatif (BOMOH leee) untuk memujuk si girlfriendnya kembali!

Maka wujud la kisah ada lelaki lain yang sedang "usha" girlfriend dia nih dan guna-gunakan sehingga dapat diremote controlkan girlfriend dia supaya mengikut kata-kata lelaki nih...

Kesimpulan aku yang bersimpul-simpul ialah: Aikkk...kalau boleh pakai remote control la bab hati dan perasaan malangla mak pak kita, pasal cintan cintun mereka pun kompom diremote control dek mak pak depa dulu ek...dan ada gak boyfriend dan lelaki cam tu zaman leee nih?

Kompiden level mau jaga leee beb!

Monday, February 11, 2008

Belajar Menyebut

Kanak-kanak mula membina kemahiran bercakap seawal umur 0 bulan sehingga 1 tahun 15 bulan. Selepas tahap masa itu, bualan dari anak kecil ini ibarat bertih jagung.

Kalau diperhatikan begitu jugalah kita dalam membina komunikasi dalam perhubungan. Namun begitu, kita seringkali berada dalam keadaan mengharapkan pasangan atau rakan kita memahami apa yang ada dalam kepala kita tanpa ingin kita menyebutnya satu-satu.

Banyak cara yang boleh digunakan tetapi dek selimut ego, akhirnya apa yang ingin disampaikan terbantut dan apa yang disampaikan seringkali disalahertikan.

Mengapa jadi begitu?

Kisah Seekor Ikan

Ikan siakap bakar yang memang favourite ramai orang tapi bukan mudah nak disediakan kerana cara disiangkan memerlukan teknik yang betul dan bersesuaian.
Ada satu kisah menarik yang dapat dijadikan renungan buat semua rakan maya ku...
Beberapa hari lepas, aku teringin nak makan ikan siakap bakar tetapi aku memang kalah dalam bab menyiang ikan...kalau menyiang tak tangan aku luka, pastinya ikan akan hancur!
Habis semua yang ada dalam rumah aku pujuk rayu dan goda untuk menyiang ikan itu dengan cara yang aku nak...apa yang payahnya ialah aku tahu bagaimana keadaan dan rupa ikan itu perlu disediakan tetapi si penyiang tidak diberikan gambaran yang jelas bagaimana ikan itu harus disiangkan.
Terkial-kial lah si penyiang yang datang nak membantu aku dan aku pula dalam keadaan, kau mesti ikut apa yang aku nak dengan cara yang aku nak. Akhirnya si penyiang yang mulanya datang dengan niat berkobar untuk menyiang meninggalkan aku terpingga-pingga sendiri. Apa tidaknya, cara letak papan, aku yang gayakan, pisau mana yang sesuai, aku yang tetapkan dan akhirnya dalam minda si penyiang, baik aku yang lakukan sendiri sebab aku je yang tahu apa yang aku nak.
Di mana kesilapannya?

Friday, February 8, 2008

Semakin Mencanak

Setiap langkah kita dalam kehidupan sebenarnya menuju ke satu arah yang kita sendiri tentukan. Tidak ada langkah yang berlaku tanpa dirancang walau kita mengatakan ia adalah takdir semata...
Apa yang perlu dilakukan ialah menetapkan hati dan matlamat ke arah apa yang kita inginkan dalam kehidupan dan ambil lah langkah itu tanpa rasa ragu-ragu kerana langkah itu adalah langkah kaki kita sendiri dan pasti sekali kita tidak menumpang kaki orang lain!
renung-renung dan fikir-fikirkan lah!
Dari aku!

Monday, February 4, 2008

Breakfast @ 9am

This morning, I had an interesting chat with my close friend, Mr Karuna. Our conversation evolve around politics and issue of upgrading the Malay minds. Compelling discussion that made me thought of many things.

Actually I have stopped reading newspaper about 2 years back. The reason?....well try reading the newspaper from the first page to the last. The only word that appeared.."PROPAGANDA"

Not that I am against our government but experience taught me an essential knowledge...Being a politician is NOT a career but that is what is happening in Malaysia. We have the freedom to say what we want to say but not always we can do what is really needed to be done.

A conversation shared with my friend highlighted a pre-agreement called "gentleman handshake" between the politicians. The obvious one was how Abdullah Badawi ended up as our Prime Minister not Najib Tun Razak? A big question mark in my mind when he was up in Putrajaya. I guess now I know the answer!

So the next election awaits!