Tuesday, February 19, 2008

Mencipta Equilibirium

Kesimbangan dalam semua perkara adalah satu keadaan yang sukar untuk dilakukan kerana setandan pisang yang masak tidak serentak, setandan kelapa yang jatuh, tidak semuanya elok.

Bagaimana kita cuba menyamakan keadaan yang tidak sama, menyempurnakan suasana yang nampak pincang semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita mencipta equilibirium!

Bila aku melangkah masuk ke kelas pertama hari ini untuk mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar yang hampir 90% melayu telah meletakkan aku dalam keadaan yang sangat sukar! Ini kerana budaya yang aku bawa dari Convent School adalah budaya 90% positif dan 10% negatif, tetapi kini aku berdepan dengan keadaan 90% negatif dan 10% positif.

Imej yang aku bawa masih lagi bersandarkan imej di SMK Tarcisian Convent iaitu lantang dalam bersuara dan sentiasa confident dalam kata-kata untuk memancing minda pelajar supaya melihat aku sebagai guru yang berbeza dari apa yang mereka biasa lihat! Kali pertama aku bersuara dalam Bahasa Inggeris membutangkan mata pelajar, mungkin kerana tak sangka ada guru yang menganggap mereka pandai berbahasa Inggeris. Namun begitu satu keadaan yang membuat aku teruja ialah bila pelajar cuba berbahasa Inggeris dengan aku untuk menerangkan di mana bangunan-bangunan penting berada! Satu pencapaian kecil dalam cabaran yang besar.

Ramai guru yang sempat aku beramah tamah memikirkan aku adalah guru praktikum atau guru ganti kerana aku mengambil alih time table guru bersalin dan bila diceritakan aku adalah guru bertukar, mereka aku terkezut! Mungkin kerana gaya dan cara aku tidak menampakkan "ketuaan" aku dalam dunia perguruan! Satu keadaan yang aku selesa kerana lebih dianggap tidak berpengalaman dari diletakkan setaraf dengan bijak pandai!

Satu keadaan yang aku tidak selesa ialah perebutan tingkatan enam kerana DG 44. Rupa-rupanya di sini guru yang mempunyai DG 44 layak mengajar Tingkatan Enam. Persoalan aku, mana yang lebih pengalaman mengajar atau atau kelayakan mengajar? Mungkin suasana di Ipoh yang tidak mengambil berat isu DG 44 menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengajar Tingkatan Enam tanpa mengambil kira siapa dan apa kelulusan beliau!

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... kekadangnya orang mengambil jalan mudah... hanya mengikut keadaan sahaja...

:: kekadangnya orang ubahsuai dirinya... mengembek bila masuk kandang kambing... dan mengiau bila jumpa kucing...

:: tapi... wajarkah kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip hidup kita...???

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

Satu keadaan sukar yang sedang saya lalui!

Antara memilih kekal dengan cara sendiri atau menjadi sesumpah atau mengikut arus...

Keputusan saya ialah melakukan kesemuanya (bila bersesuaian tetapi sukar untuk mengenalpasti bila pula masa yang sesuai!)

Sangat memerlukan bantuan talian hayat....waaargh!