Monday, February 25, 2008

Avocado

Buah avocado memang buah yang menarik sebab kaya dengan Omega 3 (bagus untuk pembentukan sel-sel otak) malahan lagi bagus jika dijadikan mask muka untuk wanita yang berkulit kering. Dulu aku pernah tengok buah ni masa di Sabah pada tahun 90 an. Dan baru-baru ni di Luang Prabang, Loas semasa aku berjalan di pasar pagi.

Setiba aku di sekolah, rakan aku menunjukkan buah yang tidak asing kepadaku dengan penuh rasa teruja.Alih-alih aku pun sama, mungkin kerana inilah kali pertama aku mendapat memegang buah itu tanpa dibeli…hak..hak..hak.. Apa yang menarik tentang buah ni?? Rasanya confirm aku akan mencari ruang dan peluang untuk mengenali buah yang terkenal dalam dunia kecantikan wanita…

No comments: