Beberapa hari lepas, aku membaca blog OD, ada satu cerita yang menarik yang dapat aku gunakan sebagai bahan pengajaran aku untuk hari ini…Dalam kisah itu, menceritakan bagaimana seorang guru meminta setiap pelajarnya menulis satu perkara baik tentang rakan sekelas mereka.
Hari ini, kisah itu aku olahkan untuk kelas yang aku relief (2 waktu beb!). Bagi aku, aktiviti ini adalah satu cara untuk para pelajar mengenali rakan sekelas mereka sendiri (macam ice-breaking session) kerana dari apa yang aku perhatikan, mereka tidak mengetahui nama sebenar rakan sekelas dan rasanya ada di antara mereka yang tidak pernah bertegur sapa. Apa yang terjadi dalam kelas ialah, akhirnya mereka bangun dan berjalan sekeliling kelas, cuba mendapatkan nama kawan-kawan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Bukan senang nak ingat nama 35 orang pelajar…Seorang guru pun belum tentu mampu mengingat semua nama pelajarnya.
Apa yang menariknya, ada di antara pelajar yang merasa bangga apabila ada rakan lain yang datang bertanyakan nama mereka kerana mungkin buat kali pertama, ada yang berminat untuk mengenali dirinya. Dan rupa-rupanya bukan mudah untuk memecahkan tembok ego walaupun untuk pelajar yang berumur 13 tahun kerana " id" mereka telah diasuh dari kecil dengan cara yang keras dan tiada tolak ansur apabila ada yang menjerit kerana diganggu oleh rakan yang ingin tahu nama penuhnya. Terutama bagi pelajar berbangsa cina. Bagi pelajar Melayu pula mereka amat manja dan memang sangat mengharapkan semua orang akan sedia membantu mereka sampai bila-bila kerana untuk mereka bergerak dan mendapatkan nama-nama rakan mereka ibarat kura-kura simpan kepala dalam tempurng kulit. Punyalah susah untuk membuka mulut dan bertanya. Pelajar India pula memang sangat tinggi "daya gorengnya" kerana akhirnya aku dapati pelajar perempuan India yang tolong tulis senarai nama itu untuk rakan lelaki India! Hmmm…
Langkah seterusnya ialah meminta para pelajar untuk menulis satu perkataan yang menggambarkan kebaikan rakan sekelas mereka tanpa mengulang perkataan yang sama.
Kepala aku akan minta pelajar itu untuk gabungkan apa yang mereka telah tulis supaya setiap pelajar mendapat satu list mengenai kebaikan diri mereka yang telah dicatatkan oleh rakan sekelas.
No comments:
Post a Comment