Kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke sekolah ini ialah pada hari Jumaat, 15 Febuari untuk melapor diri. Pandangan pertama aku sayup dan kelam kerana suasana yang dipamerkan amat berbeza dengan SMK TArcisian Convent. Namun begitu, suasana kelam itu menjadi cerah bila aku berjumpa dengan PK Pentadbiran, Puan Aminah Hatun, yang baru bertukar dari SMK Convent Taiping. kami sempat bertukar fikiran dan akhirnya tercetus idea untuk aku memberi satu sessi perkembangan staff pada guru di sini...Kami berpisah dengan huluran buku pelawat dan buku rekod baru beserta buku takwim n senarai tugas guru.
Kali kedua aku ke sekolah itu ialah pada 18 Febuari, hari ini untuk bertemu dengan Cikgu Bashid (nama yang gah dalam dunia blogging khususnya di kalangan guru dan politicians).Blog Cikgu Bashid ini telah aku link kan dengan blog aku ~Panduan Guru-Guru Malaysia. Dalam keriuhan di pejabat sekolah, rupa-rupanya sepupu abah aku juga berkhidmat di situ sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan...bernafas legalah aku sebab confirm pasal gaji aku tak akan ada masalah! Sambil itu sempat juga aku beramah mesra dengan sepupu Sultan Azlan, Cikgu Lafti yang merupakan Andersonians old boy. Akhirnya dalam debaran menunggu, orang yang ditunggu bersedia menerima kehadiran aku..BIG BOSS!
Encik Harithzuddin merupakan mentee kepada Tuan Haji Osman, yang merupakan bekas pengetua merangkap ala-ala bapa angkat aku gak sebab dia selalu makan semeja dengan aku di kedai kopi sambil bersembang pasal perniagaan dan memikir di luar kotak! Tuan Haji Osman merupakan salah seorang daripada Think Tank di JPN Perak sebelum turun padang sebagai pengetua di SMK Simpang. Menempatkan aku di SMK Simpang mempunyai banyak agenda yang tersurat dan tersirat!
Maka bila berdepan dengan Cikgu Harith, aku rasa seperti haruan pulang ke lubuk, sirih pulang ke ganggang, burung pulang ke sarang! Apa tidaknya, aku memang dilahirkan di Matang Gelugor, dan arwah tok wan Sahari memang dikebumikan di Simpang. Ramai rakan permainan abah yang bermastautin di Simpang. Apatah lagi rumah arwah tokwan masih berdiri gagah di No 4, Jalan Kuala Kangsar, Simpang. Banyak kenangan aku tersendiri yang masih terlipat dalam ingatan...
Kepulangan aku memang ditakdirkan kerana semasa berdepan dengan pegawai di JPN, rupa-rupanya sekolah yang sama bermain dalam minda kami. Suratan atau Kebetulan?
Sikap proaktif yang dipamerkan oleh Pengetua sangat sesuai dengan jiwa aku yang sukakan perubahan dalam pembangunan minda. Maka kehadiran aku disitu sebenarnya ada seribu macam hikmah buat diri ku sendiri...Hanya yang ESA lebih mengetahui segala agenda yang tersembunyi.
Satu persepsi yang menarik dalam leadership diketengahkan oleh En Harith..."The Pulling and Pushing Action"...di mana kita memilih untuk berada...sama ada menjadi kuasa penarik dan kita sentiasa akan berada di hadapan membawa perubahan atau kuasa menolak dari belakang dan kita akan sentiasa menolak orang untuk ke hadapan...Yang mana pilihan kalbu?

5 comments:
:: salam... suatu percaturan yang dicaturkan... moga ide yang terbenam selama ini mampu tumbuh segar di dalam persekitaran baru...
:: selamat bertugas... di mana2 pun kita adalah... CIKGU... yang berbeza profesion berbanding bidang lain...
:: semoga tidak terlebih lajak dari luncur...
Salam,
Insyaaallh, mana berani lebih lajak dari bos...apa yang berani ialah tolong rentang kain layar jerr...supaya boleh sama-sama meluncur!
Yang betulnya...seronok gak beralih angin nih...cabaran baru bila bergelumang dengan English...tup-tup kena ajar Bahasa Melayu, buat sementara!
:: salam... semakin bertambah le rakan sejawatan... pelajar... keadaan baru... pengurusan baru dll yang serba baru...
:: selalunya orang melihat kita sebagai junior walaupun kita dah senior... puncanya kerana berpindah ke tempat baru... kenapa ye...?
teacher!!!!!!!!!gosh i miss u lah ...
cher r u teaching in smk covent kota?!?!?
cher let me know if u know a gurl named pravina ....(happens to be my cousin )
how r u cher....aih miss u too much ...miss yur lessons ....A LOT!!
clk 3
vaish
salam PakNgah,
Apalah salahnya jadi junior! Bukan mudah tau orang "tua" nak balik "muda" ~ reverse transition!
Nikmat jadi muda ~ banyak yang sudi mengajar dan membuka ruang untuk kita kembali belajar!
Post a Comment