Semasa aku di Philly tahun lepas, aku telah mengajar di sebuah cluster school iaitu Constitution High School. Sekolah ini memfokuskan pelajarnya untuk berkarier dalam jurisdiction atau bidang kehakiman dan keadilan. Mereka dilatih oleh peguam-peguam supaya mahir dalam bidang politik dan pentadbiran negara. Selain dari itu, apa yang menarik tentang sekolah ini ialah, ia berasal dari sebuah bangunan Muzium Seni bersebelahan dengan rumah George Washington. Sekolah ini menggunakan semua kemudahan yang juga digunakan oleh penduduk Philly seperti perpustakaan, dewan philharmonic, muzium. Boleh dikatakan apa sahaja yang ada dalam Bandar itu dijadikan kelas untuk para pelajar ini. Apa sahaja ceramah yang diadakan di sekeliling kota, pelajar ini juga terlibat sama. Outing menjadi perkara biasa bagi pelajar-pelajar ini.
Dan setiap 3 bulan sekali mereka mempunyai perkembangan staff yang diadakan pada Hari Jumaat jam 12.30 hingga 3.04 pm. Waktu sekolah bermula ialah dari jam 7.24 am sehingga 3.24 pm. Tetapi pada hari Jumaat di mana ada perkembangan staff, pelajar dibenar pulang awal. Konsep pendidikan barat ialah memudahkan yang mudah maka tiada kekangan seperti apa yang ditekankan di sesetengah sekolah di Malaysia di mana guru kena bekerja pada hari Sabtu dan sentiasa lebih masa. Bila ada paksaan maka akan ada tentangan. Itu yang seringkali berlaku di sekolah-sekolah. Kenapa perlu paksaan sedang kebanyakan kita sudah tahu tanggungjawab masing-masing, Cuma perlu ada ingat-mengingat.
Jadi aku tidak merasa hairan jikaguru-guru yang ada di sekolah ini sangat berdedikasi walaupun para pelajarnya bukanlah pelajar yang pandai atau kaya tetapi setiap pelajar mendapat peluang untuk menimba ilmu. Aku berpeluang duduk bersama mentor aku selama 6 jam pada hari Ahad untuk mereka bentuk bahan pengajaran dan rancangan mengajar bagi satu unit. Malahan pada musim cuti panas, guru-guru akan menyiapkan bahan pengajaran mereka selama setahun supaya mereka bersedia sebelum pelajar masuk sekolah.
Satu yang amat menarik dan membuat aku begitu teruja ialah konsep kurikulum merentasi matapelajaran. Semua guru di sekolah ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan cara di mana semua guru matapelajaran apa paun akan mengajar menggunakan satu konsep sahaja. Ketika itu konsep tau tema ialah The Black American History,maka semua subjek mempunyai tema yang sama dan semua guru akan mengajar berdasarkan tema itu.
Apa yang dapat aku perhatikan ialah pelajar dikukuhkan pengetahuan mereka dan minda mereka diselaraskan dengan ilmu yang mereka terima. Satu lagi ialah, mereka dapat membuat perkaitan dalam apa sahaja yang mereka pelajari kerana memang apa yang berlaku disekeliling kita memang berkait dan saling bergantung.
No comments:
Post a Comment