Markah 40% dengan 100% ~ sama-sama lulus! Tapi apa yang membezakan antara 40 dan 100? Kenapa ada pelajar beria-ria suka untuk LULUS sahaja? Kenapa pula pelajar datang ke sekolah setiap hari?
Menurut kajian rambang aku…rata-rata jawapan yang diberikan ialah untuk "belajar". Apa pula kerja seorang cikgu? Juga menurut kajian rambang…cikgu kerjanya untuk mengajar!
Jadi apa bezanya antara 40% dengan 100%? Kenapa pelajar mesti belajar dan cikgu mesti mengajar?
Mungkin tugas pelajar ke sekolah bukan untuk belajar dan tugas guru bukan untuk mengajar?
Mungkinkah tugas pelajar datang ke sekolah setiap hari tanpa mengira hujan atau panas untuk mengenal dunia?
Mungkinkah pula tugas seorang cikgu bukan sekadar mengajar tetapi sebenarnya ialah untuk membuka minda pelajar?
Sekolah ibarat mini Malaysia…di mana semua kaum bercampur gaul bersama-sama perbezaan amalan, budaya dan agama. Dan jika sekolah dijadikan mini Malaysia, wajarlah cikgu menjadi perdana menteri dan menteri-menteri yang mentadbir negara kecil itu.
Atau mungkinkah lebih sesuai jika kuasa pemerintahan diserahkan kepada pelajar itu sendiri untuk mengenal dunia kecil mereka ini?
My Comment:
Anak-anak sentiasa dahagakan ilmu walaupun kadang-kadang kita tertipu dengan gelagat acuh tidak acuh itu…Setiap anak itu datang dengan seribu kelebihan dan satu kelemahan tetapi kita selalu terpedaya dengan kelemahan yang satu itu.
No comments:
Post a Comment