Tuesday, February 26, 2008

Avocado lagi...


Buah avocado telah lama ditanam di sekitar kawasan hijau di Sabah tetapi belum dikomersialkan secara besar-besaran mungkin kerana permintaan yang kurang di pasaran tempatan. Tetapi dari apa yang aku baca malam ni, pasaran yang besar memang ada di luar negara namun begitu kita mempunyai saingan dari negara Mediteranean.

Ada sebuah kebun yang dikenali sebagai Kebun Guru yang kini mempunyai hampir 30 batang pokok avocado dan sudah ada sejumlah dari pokok-pokok tersebut sudah mula mengeluarkan hasil.

Apa yang membuat aku tertarik ialah keinginan di antara kita untuk kembali ke alam..

Mungkin alam adalah satu sumber ketenangan yang sudah mula kita kikis dengan pembangunan hutan batu sehingga menghakis dinding ketenangan dalam jiwa kita.

Adalah sudah sampai masanya layar kita dialih semula dari mana kita datang dulu? Jika sumber pertanian suatu ketika dulu menjadi satu sumber pendapatan isi rumah dan juga negara, tidak mustahil jika kini pertanian dikembalikan ke persada global dengan teknologi baru dan terkini...

Buah avocado mempunyai banyak khasiat terutama kandungan lemak monosaturated nya yang sebenarnya sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengawal pengambilan lemak. Walaupun ada yang mengatakan buah ini tinggi kadar kolestrolnya tetapi ia masih lagi lebih baik dari lemak binatang. Begitu juga kebaikan omega 3 yang sememangnya merupakan makanan otak, yang sangat sesuai dijadikan makanan pengenalan untuk bayi dan kanak-kanak...maka jika kita dapat membangunkan pasaran tempatan dengan membudayakan masyarakat tentang pemakanan sihat dan berkhasiat, aku pasti buah ini akan mendapat sambutan dari ramai orang...

No comments: