Awal pagi tadi aku ke Giant dekat rumah aku sementara menunggu cina repair dryer datang. Saja nak beli clorox dan penyapu plastik. Masa aku melilau, aku mendengar radio komuniti Giant. Satu isu yang berkait dengan entri aku " Hak Anda".
Dalam radio itu disebut bagaimana ramai pasangan yang bergaduh tetapi selepas berbaik, bila ditanya, mereka tidak berniat untuk menyakiti hati pasangan mereka. Bila dikaji ini adalah apa yang terjadi.
Si suami menganggap hari Sabtu ialah hari santai untuk mereka berehat, membaca surat khabar, menonton bola atau keluar bersama rakan mereka. Mereka merasakan keadaan ini wajar kerana mereka telah penat bekerja selama seminggu.
Si isteri menganggap hari minggu ialah hari di mana si suami akan membantu mereka menjada anak-anak supaya mereka boleh keluar shopping, atau berehat setelah seminggu menjaga anak-anak dan menyiapkan keperluan rumahtangga.
Kedua-duanya mempunyai sebab yang betul dan boleh diterima pakai. Tapi akhirnya pada pukul 4.32 petang, kedua-dua mereka bergaduh sambil menyalahkan pihak satu lagi kerana tidak memahami keperluan masing-masing...
Aku sedar keadaan ini sering berlaku sehingga membawa kepada pergaduhan besar yang mengugat kesejahteraan rumahtangga...
Lewat malam tadi, selepas pulang dari rumah rakan mak aku, sempatlah aku dan mak menonton rancangan "Vice Versa". Rancangan ini memaparkan konflik dalam rumahtangga yang benar-benar berlaku dalam kehidupan kita. Apa yang menarik dalam rancangan ini ialah ia cuba membuka ruang bagi pihak wanita dan pihak lelaki meluahkan apa yang benar-benar bermain dalam kepala mereka.
Rancangan ini membawa penonton menyelami kehidupan 3 pasangan suami isteri yang berbeza latar belakang dan pekerjaan. Mereka menyingkap punca permasaalahan agar kita yang berada di alam realiti dapat menjadikan kisah ini sebagai panduan dalam menangni masalah kita sendiri. Mungkin wajar bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kemelut rumahtangga agar membuka minda sambil melihat satu-satu punca masaalah dan penyelesaiannya dari pelbagai sudut sebelum membuat kesimpulan siapa salah dan siapa betul.
No comments:
Post a Comment