Bermain atau main-main sebenarnya membuka satu ruang dalam minda kita untuk mencuba tanpa ada penilaian dari sesiapapun. Tetapi kita sering kali membelakangkan kuasa "main-main" kerana kita terikat untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan.(Tambah kalau ada ISO yang tinggi ~ kantoi!). Aku selalu beranggapan pelajar yang main-main adalah pelajar yang bijak dan sangat " street-wise" berbanding pelajar yang skema! Ada banyak pencapaian dalam dunia sains yang tersadung secara bermain-main. Salah satu kisah yang menarik ialah bagaimana seorang pakar kanser bermain-main dengan bakteria yang di ambil dari mukus manusia dan diuji dengan cel kanser. Hasilnya sangat menakjubkan kerana kini kebanyakan cell kanser tidak lagi diuji dengan tikus sebaliknya ujian dijalankan ke atas bakteria yang berada dalam tubuh manusia. Malahan begitu juga seorang pakar robot yang bermain-main dengan cip yang diletakkan dalam robot semata-mata untuk membina body sensor. Akhirnya kini kita mempunyai banyak ciptaan yang menggunakan sistem touch screen, alarm sensor dan yang terkini cip-cip seperti MyKad.
Adakah permainan dalam kelas juga perlu dinilai? Seperti main bola kena ada score? Tak perlu kut! Dalam perniagaan juga banyak istilah main-main. Macam buat kek atau kuih yang sukar, apa salahnya kalau kita suka-suka je main-main dengan resepi dan akhirnya pasti banyak kuih yang dianggap sukar untuk disediakan tapi bagi yang main-main, tak lah sesusah mana pun kerana kita mengganggap ianya sekadar satu eksperimen main-main!
Dalam kelas, banyak elemen main-main yang boleh diterapkan. Umpamanya main-main dengan komputer. Aku kini giat bermain komputer dengan pelajar semata-mata untuk tidak menakutkan mereka dengan kesukaran memahami bahasa inggeris. Bayangkan kalau boleh register untuk gmail tapi tak tau baca dalam bahasa inggeris. Macamana tu? Tapi semalam, ramai pelajar yang sebelum ini tak tahu apa itu gmail akhirnya dengan main-main untuk mencipta username dan password, kini dah ada blog sendiri!
No comments:
Post a Comment