Written by Malaysiakini | |
Monday, 03 March 2008 | |
BEKAS personaliti TV3, Normala Samsuddin terpaksa buka langkah seribu apabila dikejar oleh seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat Padang Besar, Perlis Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi 2 Mac ketika mengetuai 30 anggota Puteri Umno Padang Besar untuk berkempen membantu calon-calon Barisan Nasional (BN). Suaminya, Datuk Azmi Khalid yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar, bertanding mempertahankan kerusi parlimen Padang Besar 9 Mac ini. Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ. Menurut Bernama, semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang. My Comment: Pasal tudung dan handbag MERAH! Kompom baju tudung dan handbag tu sedekah kat rumah anak-anak yatim atau hantar terus ke Recycle Center! As they say, behind every man there is a woman...so behind the woman is a dot.dot.dot (make your own conclusion la beb!) |
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
5 comments:
:: salam... BARANGKALInya antara acara berkempen di kpg tu ialah acara berlari2 anak... orang kpg tak mau ikut sama menyertainya... maka VVIP dibiarkan le untuk mendahului acara tuuu... dan kebetulan lembu tu datang... itu yang jadi cerita tuuu... KAHKAHKAH...
KEbarangkaliANnya pula, lembu tu memang dah 'aim' kat minah-minah si baju merah...dan yang lain sikit pesen baju memang si Datin Seri...nak buat camna!
salam kembali!
:: salam... emmm... "pemilih" jugak lembu tu yee... punya "citarasa tinggi" pulak tuuu... SEBAB... mungkin punya susur galur keturunan "berkasta" tinggi niii... KAHKAHKAH...
salam,
hak..hak..hak.."pemilih" kena "bercitarasa tinggi" supaya tidak hanya memilih yang ada "kasta" sahaja!
Post a Comment