Hujung minggu ni agak sibuk buat aku, tapi dalam kesibukan itu, sempat juga aku membawa mak dan bodyguard kami meringankan kepala ke Penang. Bukan apa, bila seminggu bekerja, perlu juga satu masa untuk meringankan kepala. So kami bertolak selepas maghrib, slow drive sebab hujan renyai-renyai. Kebetulan pula bodyguaard kami baru selesai mengawal tempat perlumbaan cup prix di Kamunting so dia pun keletihan. Dengar ceritanya ada pelumba perempuan burusia 16 tahun dan berjaya ke pusingan akhir untuk esok hari. Tahniah buat wanita yang semakin rancak berlumba pulak...at least kali ni secara halal.
Kali ni kami mengunakan feri untuk masuk ke Pulau Pinang. Memang bila membawa anak naik feri, ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat mereka!Aku selalu juga naik feri masa belajar di M4P dulu-dulu.Aku suka sebab relaxing dan permandangannya lepas sejauh mata memandang. Memang ringan kepala. Sufi pun dalam takut-takut begitu teruja bila dapat melihat pelbagai kontena, crane dan kapal-kapal besar sepanjang perjalanan.
Kami terus ke Gurney Plaza untuk mendapatkan tiket wayang. Cadang nak tengok cerita "Akhirat" tapi rupanya tiada tayangan di GSC. So kami memilih untuk menonton "Deadly Ghost" filem dari Thai. bagi aku dari 5 bintang aku bagi 2 bintang sebab ceritanya boring dan tak takut pun! Tak ada hujung pangkal ceritanya...Tengok aksi Sufi kali pertama menonton cerita seram rate "U" memang gelak sakan! kebetulan aku memakai selendang panjang yang digunakan sebagai penganti baju sejuk dan Sufi berada di ribaan aku, sepanjang cerita tangannya tak lepas dari memegang selendang untuk menutup muka dan dalam takut tu sempat lagi tanya.."dah udah?"..so bila aku kata dah okay, tangannya terus lepaskan selendang untuk terus menonton...Dalam berani takut juga...dalam takut ada berani gak!
Sebenarnya sebelum masuk panggung, sempat lagi kami menjamu selera di Gurney Drive. Pilihan aku ialah rojak pasembor dan rojak buah. Kalau makan rojak buah di Pulau Pinang memang puas! Masa kami menjamu selera, sempat jugalah kami menjamu mata..apa yang dipandang...sepasang kekasih yang jelas si wanitanya itu "pon"! dan memandang manusia yang tamak selera. Untuk dua orang makan, sepinggan "baq" rojak pasembor diorder...kompom tak abis tapi bila dah selera membuak...
Habis tengok wayang dah hampir pukul 2 pagi. Slowly, aku pun menyusuri jalan-jalan dalam pulau untuk menuju ke Jambatan Pulau Pinang. Aku selesa memandu di kawasan Air Itam dan Jalan Perak dan walaupun macamana berbelit pun jalannya, signboard cukp banyak untuk membantu kita ke destinasi kita...Akhirnya sampai juga ke Jambatan dan sesak juga kali ni sebab sedang diupgradekan. Dari 3 lorong dah jadi satu lorong. Pelik sungguh, manusia di pulau ni tak pernah tidur sebab jambatan pun boleh jam dengan kereta. Akhirnya sampai rumah tepat pukul 3.26 am lepas hantar bodyguard kami balik!
Ahad pagi, nak buka mata pukul 6 punya lah berat...akhirnya bangun gak dan sambung balik sampai 8.22 am. Masa tu kena bangun gak sebab ada kenduri, nak selesaikan urusan-urusan dalam rumah! Biasalah hujung minggu. Masa aku ke kenduri, sempat aku melihat pasangan ibu bapa yang kelihatan lebih ranggi dan bergaya dari pasangan pengantin sendiri. Satu keadaan yang sangat suka aku pandang!
Itulah kehidupan seharian kita...
No comments:
Post a Comment